INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Isnin, September 27, 2010

Cara-cara Menjajah Negara

Lemahkan Kaum Lelaki Melalui Pendidikan
Peralatkan para menteri, canselor, guru besar, cikgu dan lain-lain. Gunakan mereka untuk menaikkan kaum wanita secara majoriti. Biarkan kaum lelaki menjadi kaum yang gagal dan sentiasa di bawah. Naikkan yuran pendidikan, cabutkan biasiswa dan wujudkan had umur dalam institusi pendidikan yang berlawanan dengan had umur pusat-pusat maksiat.

Bila umur dah lanjut nak belajar tak dapat sebab duit tak cukup, jadi bapa ayam. Jenayah pun meningkat, rumahtangga bergolak dan negara perlu bergantung pada teknologi luar negara sampai bila-bila.

Asingkan Bidang Pertanian
Bidang teknologi moden akan ditekankan. Asakkan kepala otak anak-anak muda dengan teknologi moden, sehingga anak-anak muda lupa dan malu dengan bidang pertanian. Ubah semua rupabentuk binatang di media masa dan gantikan binatang dengan mahluk asing supaya kanak-kanak tidak tahu seekor binatang pun dan jua fungsi-fungsinya. Perhebatkan juga drama yang menghina kehidupan di kampung-kampung. Ratakan juga kampung-kampung dari pandangan kanak-kanak. Lahir-lahir sahaja sudah duduk di tingkat 3, tingkat 15 dan nampak lampu-lampu neon.

Apabila semua ini berlaku, sumber makanan wajib diimport dari negara luar. semua dah siap dalam tin dan tidak membawa mesej dari mana dan bagaimana ia berasal. Makanan pun terjajah. Dari makanan juga segala genetik boleh dibentuk dan memberi kesan pada 27 juta mulut-mulut manusia. Aduhai senangnya menjajah.

Cabutkan Agama
Jadikan kaum agamawan sebagai orang-orang yang ekstrim dan dibenci ramai. Contoh terbaik ialah kes letupan berani mati dan kes ajaran sesat. Jemput artis-artis barat setiap bulan yang separuh bogel untuk menjaja budaya barat yang menghalalkan benda yang haram. Jadikan muzik dan pesta-pesta satu budaya di Malaysia, sehingga rumah-rumah Tuhan menjadi kosong dan tidak ada sambutan langsung. Kaum agamawan yang bakal menyekat penjajahan kini tewas dengan umpan hawa nafsu seperti muzik dan pesta-pesta yang disebutkan tadi.
Mengangkat senjata bukan lagi cara popular dalam menakluki sesebuah negara. Pertumpahan darah tidak memberikan kesan positif. Satu contoh terbaik ialah apa yang telah terjadi di Iraq. Jika saya ditanya bagaimanakah caranya untuk menjajah sebuah negara, contohnya negara Malaysia. Inilah resipinya:-
Mainkan Sentimen Perkauman
Laga-lagakan kaum-kaum yang ada. Cina, Melayu dan India. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan pendatang asing. Semua ini dilakukan bagi menggugat ekonomi antara kaum agar tidak sama-rata sampai bila-bila. Negara yang tidak bersatu, mudah dijajah. Kerana penjajah akan menggunakan orang-orang yang berpaling tadah bagi mendapatkan alasan untuk masuk campur urusan pentadbiran negara.

Ekonomi Bertunjangkan Hutang
Hutang merupakan satu bentuk sistem perhambaan di zaman moden ini. Cuba lihat kehidupan orang yang berhutang. Hidupnya seperti terpaksa kerana hutangnya sekian-sekian banyak. Dari baik luhur budi pekertinya, terus bertukar menjadi seorang insan yang siang-malam mengejar wang bagi tujuan mengambus hutang. Pinjaman sana dan hutang sini. Belum campur lagi cerita inflasi dek penggunaan wang kertas dan kecelakaan lain. Lalu semua ini menyebabkan individu itu terjajah kuasa belinya. Semua main sewa-sewa. Pelancong pula dapat rumah.
Apakah sudah berlaku semua dari nombor 1 hingga nombor 5?

Sebab itu APCO & FBINAA boleh tembusi negara kita. Memang negara kita aman, tetapi aman dalam suasana penjajahan moden. Tiada pertumpahan darah. Tiada kerisauan.

p/s: Bagus Tok Guru Nik Aziz laksanakan dinar dan dirham. Ini semua akan membuka pekung BN dan Pakatan Rakyat samada mereka ini agen penjajahan moden atau pun bukan.

artikal asal dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong