Rabu, April 27, 2011

TALAK 3 UNTUK MENGAMBIL LADANG DARI FELDA

Gara-gara ingin mengambil ladang dari Felda seorang peneroka Felda Chini 04 telah menceraikan isterinya dengan talak 3.

Chini 04 telah mendapat geran ladang dengan bayaran cukai tanah lebih dari RM300.00 setahun seluas 10 ekar berbanding dengan rancangan lain cukai tahunan hanyalah RM 100.00 lebih sahaja.
Chini 04 juga penama dalam geran dua orang ia itu nama peneroka ( suami ) dan nama isteri ini bererti setiap seorang berhak memiliki 5 ekar.


Sekiranya peneroka ingin mengambil ladang dari Felda peneroka mestilah meminta izin dari isteri kerana isteri ada hak dalam ladang tersebut.
Sekiranya salah seorang tidak setuju pergaduhan akan berlaku dan ini yang telah berlaku di felda Chini 04 .
Suami ingin mengambil ladang dan isteri tidak mahu dan isteri inginkan 5 ekar bahagian dia tetap diuruskan oleh felda.
Apabila berlaku perceraian semua pendapatan dibahagi dua termasuk rumah .
Dalam kes ini rumah sebelah dapor diambil oleh suami dan sebelah depan untuk isteri.

P/S : aku buntu dalam kes ini , pada yang bijak pandai tolong beri penerangan dari segi undang-undang berkaitan geran 2 nama.


3 ulasan:

  1. Tanpa Nama27.4.11

    pakcik, tanah GSA mana boleh pecah lot pakcik.
    kalau hasil bolehlah nak dibahagi dua.
    mana punye peguam ni tak baca ke Akta Tanah GSA 1960?
    tak tahu hukum tanya la Peguam FELDA.
    yang peneroka tu pun satu, bercerai kerana harta...
    dahlah bercerai tu dimurkai Tuhan, pasal harta dunia pulak tu, nauzubillah...

    BalasPadam
  2. bagus perkara ini kita bincangkan bersama........

    BalasPadam
  3. Tidak lama kita akan dengar anak beranak bergaduh fasal rampas ladang dari Felda kerana ada pro dan kontra.

    Jadi~lah nanti ' KELUARGA 69' yang tak habis di~landa masalah keluarga.

    Dengar cakap enggang
    Makan buah beluluk
    Dengar cakap orang
    Terjun masuk lubuk

    Sampai bercerai talak 3 sangat mengejutkan.

    BalasPadam