tag:blogger.com,1999:blog-2660593746983994568.post6202599195020518832..comments2023-09-22T15:45:44.840+08:00Comments on Gaya Peneroka: SEMBANG FB - HALA TUJU KEMANA ALP BAWA KPF ...Gaya penerokahttp://www.blogger.com/profile/06751812614323369944noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2660593746983994568.post-25617252495090613412014-01-21T15:11:49.504+08:002014-01-21T15:11:49.504+08:00KPF adalah milik peneroka dan kakitangan. KPF maju...KPF adalah milik peneroka dan kakitangan. KPF maju membangun kerana adanya kedua2 entiti ini. Syarikat Felda di bawah Felda holdings jugak berkembang maju kerana sokongan warga peneroka. Sekarang syarikat yg dibina oleh Felda sendiri bersama tangan2 peneroka dan kakitangan lebur kerana politik yg tamak tanpa memikirkan masa depan pelaburan peneroka. Badan yg menjadi tempat peneroka bergantung sudah pupus ditangan pengkhianat bangsa sendiri. FGV menjadi pemusnah peneroka. Pegangan 20 peratus saham peneroka dlm FGV melalui tabung amanah diuruskan oleh pemimpin yg bergelumang dengan rasuah.
KPF sekarang kaya dengan memegang tunai kira2 rm5billion. ALP yg dipengerusikan oleh DG Felda sudah mula gelap mata. Dia lupa tanggongjwab dan amanah menjadi Pengerusi. Pengerusi KPF lebih mementingkan tempolok diri. Mana kan tidak! Dia mengambil kesempatan membolot dan menguasai KPF. Semua ahli lembaga termasuk bekas2 lembaga sejak KPF ditubuhkan diberikan bayaran sagu hati atas jasa dan sumbangn terhadap kemajuan KPF. Tiada siapa bantah dan rasanya semua ahli setuju mereka diberikan sagu hati kerana menjaga KPF hingga setanding Koperasi taraf dunia. Purata mereka dibayar antara rm20ribu-rm25 ribu seorg. Ini jugak termasuk mantan2 DG yg pernah memegang jawatan Pengerusi KPF dan sebilangan pegawai Felda dan syarikat yg pernah menjadi anggota lembaga. Termasuk juga ayahanda bonds peneroka yg turut menjadi ahli lembaga KPF. Sekalung tahniah kepada bekas2 para lembaga yg bekerja keras menjaga KPF sehingga berjaya.
Yang di persoalkan mengapa DG dan ahli lembaga baru mendapat habuan luar biasa dari lembaga yg lalu? Apa asas perkiraan? Adakah kerana jasa ahli lembaga KPF baru melelong KPF kpd FGV. Adakah lembaga lama tak berguna ? Mengapa DG yg baru pegang jawatan 6 bulan mendpat habuan rm40 ribu? Benarkah DG guna kuasa veto meminda minit mesyuarat???
Dengan habuan besar rm40ribu yg disogok oleh DG, benarkah ahli lembaga KPF yg baru bersetuju meluluskan bayaran sponsorship rm1juta kepada kelab Felda United? Ada kalangan lembaga berkata mereka tidak tahu menahu bayaran rm1 juta kpd kelab bola Felda. Tidak ada kertas mesyuarat berkenaan sumbangn rm1juta. Sebaliknya hanya sekeping nota diedarkan kpd ahli lembaga.
Mesti diingat bahawa DG Felda adalah Pengerusi atau Presiden kelab bola Felda united. DG adalah Pengerusi KPF. Tidak kah ini diistilahkan conflict of interest? Tidak kah ini salah dari segi peraturan?
Kelab bola Felda adalah antara yg paling mahal dan eksklusif dari segi gaji pengurusannya, pengurus dan pemain2 serta jurulatih. Tidak kah cukup dengan dana Felda rm5 juta? Mengapa perlu KPF menaja lagi? Tak bole kah belanja berjimat2 dengan bajet yg ada? Apa perlunya org FAM dilantik pengarah sukan Felda dengan gaji rm30ribu? Tak kan saudara Pengerusi yg dilantik sebagai Pengurus nak diberikan gaji rm5 ribu. Cekai2 pun tak kurang rm15k??? Mengapa pula DG dan pengarah2 Felda dibayar lagi elaun lembaga bola rm5 ribu sebulan? Ada pulak bayaran insentif lain? Sepatutnya kalau menang dlm mane2 game, pemain pengrus dan coach lah yg dapat habuan. Mengapa pulak pengarah Felda pun dapat bonus menang termasuk DG??? Pegawai buat bocer bodoh pon dpat habuan bulanan. Ni apa cite???
Ada baiknya Pengerusi KPF ditukar nama Presiden atau Pengerusi Eksekutif supaya dia punya kuasa mutlak dalam KPF. Jadi, tanggongjwab ALP tak lah dipersoalkan jika ada perkara berbangkit nanti. Lebih manis dan lengkap pula kalau Pengerusi Felda dilantik sebagai Penasihat Eksekutif KPF. Jadi, nampak lah gah lagi KPF dan lebih berdaya saing di persada dunia. Tak gitu wahai ahli2 KPF?????Anonymousnoreply@blogger.com