INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, November 26, 2011

PENGERUSI FELDA MEMAKI KETUA PENEROKA

GEMPAR!! SAKSIKAN PENGERUSI FELDA MEMAKI KETUA PENEROKA FELDA DI DEPAN
PENEROKA-PENEROKA DAN PERMAINKAN NAMA JAWATANKUASA RASMI PENEROKA


Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka. Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda.Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook.Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan.

Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak. Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!!
Oleh Suara Felda.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kanapa harus ade org sprti ini yg nk mnerajui felda...atau dia takot pada pak sam...inilah org yg sama taraf dgn taksin,presiden israel dan firaun...org seprti inilah yang akn merosakkan agama,bangsa & tanahair kita sendiri...

Gaya peneroka berkata...

Inilah yg kita perjuangkan agar sipendek ini tidak ada dalam felda

Tanpa Nama berkata...

kalau dengan ketua peneroka pun dia maki aje, rasa2 apa taraf peneroka ni kat mata dan hati dia?sekadar sampah berbanding wang dia ada, kuasa dia ada dan cita2nya ke putrajaya tak pernah berkubur...

peneroka adalah sekumpulan manusia tanpa nama yang menyusahkan isa untuk dijaga dan terpaksa beliau berpura-pura berlakon demi jaga hati PM..

lompinlai berkata...

Ini lah akan jadi bila si musang di suruh jaga ayam sekadang.

Dari awal lagi orang sudah nampak dia ini akan merosakkan Felda. Yang akan menjadi mangsa ada lah para peneroka juga.

Tetapi apa yang menjadi masalahnya, ramai juga di kalangan peneroka sendiri yang membuta tuli menyokong tindakan dia itu.

Bagi kakitangan Felda pula biasa lah nak jaga periok nasi kena lah ikut arahan.

Syabas! Di atas keberanian Ketua Peneroka yang tidak mudah di sogok itu.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong