Isnin, Julai 09, 2012

Lelaki pedang Samurai ceroboh JPM



Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.

Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

http://pkrl.blogspot.com/2012/07/gempar-suami-isteri-mengamuk-di-jabatan.html

2 ulasan:

  1. Dia datang tuntut bayaran untuk penulisannya diblog kot... janji nak bayar tapi tak bayar-bayar juga....

    Mengamuklah....


    Tapi zalim sungguh ... kenapa tidak dibawa mereka kehospital? bukankah banyak pengakuan mereka nanti boleh menjadi bukti...?

    BalasPadam
  2. Xde keje wat keje.ni la jd nye.vej bercucuk tanam drpd kne cucuk

    BalasPadam