Selasa, Mac 22, 2011

Program Penerangan Felda

Felda Wilayah Kuantan telah mengadakan ‘Program Penerangan Felda’ bertempat di Felda Keratong 9,ia melibatkan rancangan Keratong,Selancar ,Chini dan Selendang.

Program berkaitan

  1. Kaedah Penggredan BTS oleh Jabatan Kualiti FASSB
  2. Kaedah Penetapan Harga Sawit oleh FPISB / FRISB
  3. Peningkatan Hasil Yang Maksima Melalui Kaedah R&D oleh FASSB
  4. Pengurusan Kewangan Felda oleh Jabatan Kewangan.

Pesertanya ialah

  1. Pengurus Rancangan
  2. Pengurus Tecknoplant
  3. Naib Pengerusi Rancangan
  4. Pengerusi GPW
  5. Ketua Belia

Ulasan

Walau pun ia satu penerangan yang singkat tapi ia penuh bermakna untuk peserta.

Harapan dengan ilmu yang ada ia dapat diberi penerangan pada peneroka di rancangan masing-masing,tapi keyakinan itu pada saya terlalu nipis ..

Dalam ucapan pergulungan oleh Pengurus Wilayah En.Abd Ghani antara yang menarik untuk untuk kita ialah

  1. Semua pengreding BTS dikilang ada tauliah yang dikeluarkan oleh MPOB dan tauliah dikeluarkan sesudah menghadiri kursus khas.
  2. Semua Peneroka boleh membuat laporan sekiranya pengreding tidak bekerja mengikut praturan yang ditetapkan dalamasa 7 hari dengan hanya beri butiran masa dan tarikh ia berlaku,itu sahaja kerana CCTV memberi jawapan segalanya.
  3. Biji sawit bernilai 20 sen masa ini, kalau sepokok ada lima butir bererti RM 1 sepokok ,10 ekar 550 pokok X RM 1 = RM 550/ sebulan peneroka mengalami kerugian..

Pendapat saya

Selagi Ketua-ketua Pas dirancangan tidak diundang dalam Program seperti ini ...selagi itu masaalah tak akan selesai .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan