INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Mei 01, 2012

112,635 Peneroka FELDA Terima Durian Runtuh


Sumber berkata, sebagai permulaan, kumpulan peneroka ladang sawit di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) itu akan ditawarkan borang biru dalam tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian itu, yang akan melayakkan mereka untuk melanggan sejumlah saham dalam FGVH.

Jumlah saham yang akan ditawarkan kepada peneroka bakal diumumkan kemudian.

Keduanya, FELDA, iaitu badan berkanun yang kini memiliki 100 peratus ekuiti dalam FGVH dan akan menawarkan 63 peratus daripada pegangannya itu dalam IPO berkenaan akan melepaskan 20 peratus daripada 37 peratus baki kepentingan yang masih dimilikinya dalam FGVH selepas penyenaraian itu kepada peneroka.

Sumber itu berkata, 20 peratus pegangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3.7 bilion itu akan dipegang peneroka menerusi sebuah tabung amanah berdaftar.

“Di bawah Akta FELDA, pihak berkuasa dengan kelulusan menteri yang bertanggungjawab, yang mana dalam hal ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri, boleh menubuhkan sebuah tabung amanah buat peneroka.
“Peneroka akan mendapat dividen menerusi tabung amanah ini buat selama-lamanya, selagi FGVH membuat keuntungan,” kata sumber berkenaan.

Beliau berkata, baki 17 peratus saham dalam FGVH itu pula akan dipegang FELDA.

Namun, katanya, FELDA kemudian akan berunding dengan Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF) untuk menukarkan pegangan itu dengan 51 peratus pegangan saham yang kini dimiliki koperasi itu dalam Felda Holdings Bhd (FHB).

Ketika ini, FGVH memiliki 49 peratus dalam FHB, manakala baki 51 peratus lagi dimiliki KPF yang memiliki 240,000 ahli membabitkan peneroka dan kakitangan FELDA.

Berdasarkan rancangan awal, KPF sepatutnya menukarkan 51 peratus pegangannya dalam FHB itu dengan 37 peratus pegangan yang dimiliki FELDA dalam FGVH.

Bagaimanapun, pelan itu tidak direalisasikan kerana koperasi tidak dapat memperoleh kelulusan daripada ahlinya dalam Mesyuarat agung luar biasa (EGM) kerana ia disekat daripada berbuat demikian oleh lapan ahli yang mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghentikan EGM itu.

Bagi manfaat ketiga, sumber berkenaan berkata, walaupun KPF tidak lagi menjadi sebahagian daripada pelan penyenaraian FGVH, peneroka masih akan mendapat dividen daripada KPF, yang akan mendapat manfaat daripada pelaburannya dalam FHB.

Beliau berkata, manfaat keempat yang akan diperoleh peneroka ialah menerusi pemberian ‘durian runtuh’ yang akan diumumkan Perdana Menteri pada 8 Mei ini, di Jengka, Pahang.

Katanya, durian runtuh itu akan dibayar kepada peneroka menggunakan sebahagian dana yang bakal diraih FELDA daripada tawaran jualan saham yang dimilikinya dalam FGVH sempena penyenaraian berkenaan.

“Pemberian durian runtuh itu adalah bagi mengiktiraf penat lelah peneroka selama 40 tahun bertungkus lumus memajukan tanah mereka, yang mana pada masa itu tidak memiliki sebarang bekalan elektrik dan sistem jalan raya yang baik.

“Ia (jumlah pemberian) akan lebih daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia),” tambahnya.

Sumber berkata, bagi manfaat kelima pula, berikutan penyenaraian FGVH itu tidak akan membabitkan pindah milik tanah peneroka, mereka akan terus menikmati hasil daripada ladang itu yang akan diuruskan syarikat berkenaan.

“Penyenaraian itu hanya akan membabitkan sejumlah 355,846 hektar tanah milik FELDA, yang akan dipajak oleh FGVH.

“Ia tidak menyentuh walau seinci pun tanah milik 112,635 peneroka dan lebih 1.6 juta ahli keluarga mereka, yang berjumlah 500,000 hektar,” kata sumber itu.

FGVH yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA, apabila disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, dijangkakan menjelang akhir Jun ini, dianggarkan bakal memilik modal pasaran berjumlah RM18 bilion.

Smber B//hairan
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cerita-Cerita Isu Felda Dalam Facebook


Apabila  bekerja dalam hati inginkan habuan mengunung ….tiba masanya  tidak mendapat apa yang diinginkan…
Inilah yag berlaku dalam pentadbiran felda….
Masa saya kerja dengan PNF dulu tidak termimpi mendapat bonus kalau bekerja kurang dari setahun.

Cerita-cerita isu Felda dalam Facebook 

“Manusia yg paling berkuasa (paling dibenci staf) di Ibu Pejabat Felda, Faizol Ahmad mcm org mabuk hari ini, mengamuk dan melenting kerana tak dapat bonus. Salah sendiri tak hantar borang prestasi tapi menyalak salahkan org lain.

Akhirnya dia ambil jalan pintas mengadu dgn godfathernya si Isa Samad, terus dapat 5.5 bulan, cek on the spot ??? Bukan itu saja pegawai khas Isa Samad turut tumpang semangkok mengadu dgn Isa, terus dapat 5.5 bulan jugak, Cop jari belum kering dah dapat bonos bergitu banyak, bukan ada kerja pun, melalak sana sini, iring2 Isa sana sini pun dianggap prestasi sangat baik oleh Isa, Wow 5.5 bulan tu!!!! banyak nya, mana warga Felda tak marah cara Isa belanjakan duit Felda, mcm bapak dia yg punye syarikat ???

Hebat2 !!! Hari ini jugak Faizol menyalak membodohkan Pengarah Besar, pemangku dan semua pengarah... Bonos punye pasal, habis diperbodohkan semua org. Ramai lagi sebenarnya tak dapat bonos, tapi tak lah mengamok mcm di rasuk syaitan, (sendiri perangai mcm syaitan)

Kabarnya pengarah besar dan org2 yg tak disukai puak pemusnah pun belum dapat sbb Isa enggan sain borang prestasi !!! samada tak mahu bagi atau sengaja melambatkan. Moga2 terhantuk kepala Isa bila sujud rakaat terakhir solat nanti, supaya dia sedar Allah Maha Berkuasa dan sedar balasannya apabila dia menganiayai org lain. Amin




Satu lagi kes "NFC" yg akan jadi topik hangat.
Kali ini kerugian hasil ladang Felda tahun 2011 kira2 RM130juta yg diurus oleh Felda Plantations. Dilaporkan kerugian ini adalah manupulasi harga keatas hasil sawit ladang Felda yg dianggarkan RM50 - RM60 per ton. ?????

FPSB adalah dibawah Felda Holdings yg diterajui oleh Dato Sabri Ahmad.
Kes kerugian hasil ladang Felda nampaknya hampir sama dgn apa yg berlaku di Golden Hope iaitu semasa Sabri Amad menjadi CEO yg menyebabkan beliau disingkir dari Golden Hope. ?????

Apakah kerugian ladang Felda ini akan menjadi topik hangat di parlimen atau perbahasan terbuka ???? Jika benar kerugian hasil ladang ini melibatkan jumlah wang yg besar, Odit Negara mesti melapor supaya individu yg bertanggung jawab dikenakan tindakan.

Takan asyik nak tutup mata aje setiap kes2 Felda ini. ?????
Wallahualam, Amar makruf nahi mungkar !!!!!



Informasi Felda Semasa :

Tahniah kepada semua kakitangan Felda yang memperolehi bonus. Rezeki maksimum untunglah, yang kurang berusaha lagi tingkatkan prestasi. Namun staf pejabat Pengarah Besar Felda tampak tidak ceria dan bersedih. Puas dicungkil dan setelah manik-manik air mata mengalir terungkaplah sebuah kisah....

"Sekian lama saya menjadi saksi pelbagai peristiwa membungkam jiwa semenjak isu penyenaraian ini berlaku. Yang paling menyayat jiwa saya adalah:

1. Jawatan Pengerusi KPF disandang DG digantikan semasa DG menunaikan Umrah

2. DG dituduh menghasut pemimpin peneroka, duri dalam daging, pengkhianat dan pembangkang

3. Satu demi satu jawatan beliau di Felda Holdings/FGV dipecat secara paksa oleh Dato Sabri dan TSI. Semua tahu walau elaun lembaga pengarah itu banyak tetapi diperolehi setelah lebih 30 tahun berkhidmat dan sementara beliau memegang jawatan DG sahaja dan bakal gugur automatik setelah bersara. Jika diberikan pilihan, baiklah beliau menjadi peneroka kerana dalam tempoh itu beroleh tanah ladang dan tanah rumah walaupun kakitangan dahulu yang membuka penempatan dan peneroka datang kemudian. Selain itu,semua penjawat awam di lain jabatan kerajaan juga ada menduduki kerusi lembaga pengarah bermula seawal gred N54 dan ke atas. Elaun DG dijadikan kontroversi manakala elaun Dato Sabri, TSI, Suzana Idayu dan lain-lain yang 2-3 kali lebih banyak tanpa jasa kepada pembangunan Felda disenyapkan.

4. Melihat dengan mata sendiri surat TSI kepada PM meminta DG dicutikan belajar dan surat balasan PM bersetuju dengan permintaan TSI. Surat itu juga diback datedkan dan DG terpaksa mengosongkan pejabat dalam tempoh 48 jam. Setelah itu, DG dipaksa menulis surat mohon belajar diback datedkan jika mahu gaji dan elaun sara hidup dan kos belajar ditanggung Felda. Masa yang sama, DG bersusah payah mencari tajuk belajar dan memenuhi masa belajar selama 6-9 bulan yang telah ditetapkan oleh TSI kepada PM

5. DG dalam tempoh bercuti dihalang bercampur dengan kakitangan dan peneroka di dalam kawasan Felda dan pengecualian dibuat bagi kes keraian seperti perkahwinan atau jemputan yang tidak melibatkan DG memberi ucapan kepada kakitangan dan peneroka sebagai kapasiti DG dan sekadar menjadi penonton sahaja dibolehkan.

6. Manusia dibantu dinaikkan oleh DG dan diberikan peluang bersama dalam transformasi Felda menikam DG dari belakang seperti Faizoull dan Anuar Manap serta Malik Jalil Alumni Asrama. Malah, ada juga yang DG tahu bekerja dalam KPF tapi memberikan maklumat bagaimana hendak menjatuhkan lembaga pengarah KPF dan pengurusan KPF kepada Dato Sabri, Ethos dan TSI namun DG masih berharap beliau berubah dalam masa 2 tahun ini. Ternyata Timbalan CEO KPF Sakinah Salleh masih tidak berubah dan tetap menawarkan info terkini dalaman KPF kepada FGV

7. Banyak pihak mencari DG dan menawarkan sokongan sama ada dari kes perundangan kepada pihak memfitnah dan memburukkanya atau tawaran menjadi orang tengah kepada PM namun ditolak oleh DG dengan baik. Terbaru, Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah menghantar memo kepada PM supaya memberikan masa/menangguhkan untuk meneliti semula usaha penyenaraian oleh TSI dan Dato Sabri hari ini yang menunjukkan banyak kepincangan dan fakta meragukan pada pandangan pakar ekonomi Melayu. Mereka hendak bertemu DG untuk berbincang namun atas rasa hormat DG terhadap PM dan menyedari dirinya penjawat awam, DG mendiamkan diri agar hasrat PM melaksanakan transformasi melalui kaedah dicadangkan Ethos dan Dato Sabri dapat dijayakan dengan jaminan PM sendiri.

6. Terbaru, banyak kakitangan cuba mengesahkan DG di sini dan no. telefon beliau. Tujuannya ingin sampaikan rasa terima kasih kepada DG dan diyakini ramai telah menelefon dan sms ucapan terima kasih kepada DG. Sayu hati ini kerana dalam keseluruhan warga Felda baik kakitangan dan peneroka semua beroleh bonus tetapi ada seorang insan masih senyum dan gembira untuk orang lain walau dirinya tidak beroleh apa-apa daripada keringat dicurahkan sepanjang 2011 seperti warga Felda lain. Hanya 1 orang dalam beratus ribu warga Felda tidak dibenarkan TSI beroleh bonus dalam syaratnya kepada Dato Suhaimi iaitu tidak dibenarkan Dato Dzulkifli Abd Wahab / DG memperolehi satu sen pun bonus kerjanya bagi prestasi 2011.

Berdasarkan jangkaan staf pejabat Pengarah Besar Felda, Dato Dzul boleh menjadi jutawan dalam sekelip mata dan meminta apa sahaja jawatan dan keraian dikehendakinya jika Dato Dzul sebagai kakitangan Felda yang disayangi ramai menunjukkan rasa gembira dan membiarkan apa sahaja cadangan Ethos Consulting dalam penyenaraian Felda. Begitu juga Pak Sam, Ketua Peneroka Kebangsaan juga boleh beroleh jutaan wang

ringgit. Sahabat sekalian, cerita staf pejabat Pengarah Besar Felda cuma sedikit dari apa yang dilaluinya dalam tempoh tidak sampai setahun TSI memegang jawatan. Kenapa DG memilih jalan sukar seperti di atas dan redha apa sahaja diterima hari ini disyukuri dan yang telah berlalu sekadar tambahan rezki? Jawapannya mungkin kita tidak tahu hari ini, tahun ini atau tahun hadapan pun tapi jawapannya pasti datang menjengah pintu warga Felda kelak.

Orang yg paling ditakuti sekarang di Felda adalah Isa Samad dan di Wisma adalah Faizol Ahmad ????
Manakala orang yg paling di benci dilaman2 berkaitan Felda adalah Fazil George Ali dan Wong Orep ????
Orang yg paling dirasa tak perlu ada langsung dari awal2 kehadirannya di Felda adalah Sabri Ahmad ????
Orang yg paling di benci ketika ini di Felda adalah - Isa Samad, Sabri Ahmad, Faizol Ahmad, Annuar Manap, Syumaimi Rameli ????
Orang yg paling banyak dapat perhatian, dihargai, disayangi dan dikasihani adalah DG Dato Dzul & Tuan Hj. Abidin.


-----------------------------------------------------------------------





Malam ini (sat tadi) Seranta mengadakan Jamuan makan malam meraikan (kejayaan konon) "IKTIRAF" di sebuah restoran Mewah, cuma tiga empat org Felda saja dijemput, Isa, Faizol, Sabri, Syumaimi, Anuar Malek ????

Woi Seranta ..... bila nak belasah duit Felda bukan main lagi, mcm2 program ditagih, bab2 mcm ini lupakan pengarah, pengurus dan pegawai2 Felda. Tebal nya muka, Fazil George Ali dan Wong Orep jgn lupa jadikan "usherette" sambut Isa & Faizol ?????

Pertugas2 Felda yg dirahmati Allah, Berita dari Wisma menyebut Faizol Amad banyak kali melobi untuk mengubah struktur Felda atau meminda carta Felda... Faizol meroyan dan tak sabar2 nak menempatkan bala tentera dan jeneral2 nya dibawah carta baru. Faizol melobi dan merengek dgn Isa supaya carta baru disediakan dgn secepat mungkin. Semua org tahu Faizol tak sabar2 menunggu bulan Jun.

Akhirnya Omar SalimJPM jadi macai merangka carta baru Felda... Pelik, Pelik dan Pelik... Bukankah pengurusan Felda mempunyi hak eksklusif menyediakan carta baru dan org lain tidak berhak campur tangan menyediakan carta baru Felda. ??? Tidak cukup dgn Omar, Lembaga Felda yg dipengurusi Isa, bersetuju melantik Ethos Consultants sebagai perunding menyediakan carta baru Felda itu. Ethos adalah perunding '6 star' ... Wow bukan murah! kenapa membazir Faozol & Isa, duit Felda tu!!! Tak pasal2 Felda kena bayar duit membabibuta mcm itu.

Sudah pasti ada yg 'mati syahid' kena cincang cadangan Ethos... Kemana pulak manager2 kita nak ditempatkan ???? Faizol kata klu nak transfomasi, manager dan kakitangan rancangan mesti bersedia bertukar KL dan yg diKL pula mesti sanggup ke luar !!!! Ada lagi pelik, pelik dan pelik - semua urusan kenaikan pangkat pertugas, Felda akan guna consultants luar !!! Apa dah jadi ne dgn pengurusan Felda kebelakangan ini tanpa DG... Consultants bukan tahu siapa yg layak melainkan di beri list nama oleh Isa dan Faizol. Faizol tu siapa, Felda bukan Sdn Bhd yg boleh sewenang2 Isa dan Faizol buat sesuka hati...???? yg Ahli Lembaga Pengarah pun satu .... buat diam aje kepincangan berlaku di Felda ??? Mcm kerbau cucuk hidung ???? Wallahualam.





Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) tidak akan menyertai penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) sebagai pemegang saham.

Sebaliknya, bahagian peneroka itu akan dipegang oleh satu badan amanah yang akan diumumkan kelak, kata Mohd Isa dalam satu taklimat kepada wartawan hari ini.

Katanya, langkah alternatif itu diambil memandangkan Felda kesuntukan masa untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Katanya, badan yang akan diumumkan Suruhanjaya Sekuriti dalam draf prospektus berkenaan, dijangka akhir minggu ini, mungkin berupa tabung amanah atau badan yang memegang saham berkenaan bagi pihak KPF.

Katanya lagi, tindakan itu juga dibuat kerana KPF mengemukakan tawaran balas, melibatkan soal struktur dan terma yang dipohon.

"Jadi buat masa ini KPF tidak dapat sertai penyenaraian yang dibuat," katanya.

Tambahnya, langkah penyenaraian itu sebelum ini tergendala berikutan injuksi ex parte yang dikemukakan lapan orang pemegang saham KPF.

Jelasnya, FGVH perlu mengemukakan akaun baru kepada Suruhanjaya Sekuriti sekiranya melepasi sasaran penyenaraian pada akhir Jun.

"Kalau tunggu ambil masa lama sedangkan kita masa terhad," katanya ketika ditanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa peneroka berkenaan akan mendapat keuntungan lebih daripada penyenaraian tersebut.

Jelasnya, selain mendapat dividen melalui KPF, peneroka berjumlah lebih 112,000 orang itu akan memperoleh dividen daripada keuntungan FGVH.

Peneroka itu juga mempunyai pilihan untuk membeli saham FGVH, kata Isa lagi.

"Itu boleh bincang, kita Felda ini saudara mara semuanya," katanya.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

BERSEH 3.0 PESARA POLIS PUN KENA BELASAH


Baca cerita dibawah ini untuk renungan kita semua, betapa polis kini dan dulu amat berbeza.

Saya amat kecewa dan terpaku dengan kebiadaban dan tindakan pihak PDRM membuat "search party" di Stesen LRT Bandaraya berhampiran pusat membeli belah SOGO yang ketika itu rata-rata sudah mahu pulang ke destinasi masing-masing.

Waktu itu jam menunjukkan 7.00pm, saya berserta isteri dan anak keluar dari Pasaraya SOGO kerana dimaklumkan pasaraya tersebut akan ditutup kerana faktor keselamatan. 

Kami seterusnya menuju ke Stesen LRT Bandaraya yang tidak jauh dari situ. Ketika berada di platform atas, ramai orang sedang beratur untuk mengambil "token" di mesin tiket.

Keadaan ketika itu begitu tenang dan kelihatan segelintir peserta Bersih 3.0 berpakaian kuning turut sama beratur untuk mengambil tiket untuk pulang.

15 minit kemudian keadaan disitu menjadi tegang dengan kehadiran sekumpulan anggota PDRM beranggaran 15-20 orang berpakaian uniform operasi biru gelap. Mereka menyerbu stesen itu dengan tujuan membuat "search party" bagi menangkap mereka yang berpakaian kuning. 


Apa yang menyedihkan saya, anggota PDRM tersebut tidak menjalankan tugas dengan cara berhemah dan profesional dengan orang awam yang berada disitu. Merekamemasuki kawasan itu dengan jerit pekik seolah-olah hendak menakut-nakutkan orang awam di situ yang rata-ratanya terdiri daripada golongan bekerja, wanita dan kanak-kanak. 

Macam samseng jalanan dalam filem-filem bercorak gangster, cuma kali ini ianya dilakukan oleh mereka yang beruniform bertugas untuk melindungi ketenteraman awam.

Mereka berada dalam keadaan seolah-olah hilang ingatan dan semacam dirasuk ketika "search party" tersebut. Untuk makluman saudara, keadaan disitu sama sekali tidak ada aktiviti perhimpunan. Semua orang sedang bergegas untuk pulang.

Sangat menyedihkan saya apabila beberapa anggota PDRM berbangsa Melayu menarik baju salah seorang peserta Bersih berbangsa Melayu juga yang boleh dianggap seusia dengan bapanya dengan kasar sekali.


Sungguhpun demikian, beliau tidak melawan dan memberi jawapan "dah nak balik.." dan diarahkan supaya menanggalkan baju kuning tersebut serta merta. rupa-rupanya beliau bekas anggota PDRM juga.

Beliau meluahkan perasaan kepada saya, sewaktu bertugas dahulu pun beliau tidak pernah berkasar sedemikian rupa, tidak dengan apa yang berlaku pada hari ini. Wajah kecewa beliau sangat ketara sekali.

Di satu sudut berhadapan dengan saya seorang remaja belasan tahun memakai baju jersi bolasepak Kedah turut dicekup dengan alasan berbaju kuning serta diheret keluar seolah-olah penjenayah besar. Saya amat hairan dan khuatir dengan keadaan yang berlaku ini.

 Begitu zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Mereka seolah-olah hilang kewarasanapabila melompat naik melintasi kaunter laluan untuk ke platform menunggu bagi mencari saki baki baju kuning yang lain. Samseng berlesen barangkali.

Saya amat menghormati serta berterima kasih dengan tugas serta pengorbanan anggota PDRM, tetapi oleh kerana segelintir daripada mereka yang tidak profesional dan 'kekampungan' telah mengikis tanggapan tersebut.

Memang jelaslah bahawa negara ini merupakan "police state" acuan dan tinggalan penjajah. Apabila agama dan lunas-lunas kewarasan ditinggalkan jauh dari jiwa mereka, hanya sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan dan cari makan..maka kesan dan akibatnya amatlah serius.

Inilah PDRM masa hadapan yang dicorakkan oleh pemerintah untuk melindungi ketenteraman awam abad mendatang. Sekiranya ini berterusan, kita khuatir budaya gangsterisma ini bakal menggugat keharmonian negara.

Persoalannya, apakah peranan Institusi Raja Berperlembagaan ketika ini hanya sekadar tunggu dan lihat diatas segala kelancangan yang dilakukan oleh sekeliaan hulubalang-hulubalang dan juak-juak mereka?

Apakah mereka tidak mengenal sejarah sebelum ini? Dimanakah rakyat disisi mereka? Apakah suara rakyat tidak laku lagi di istana-istana mewah mereka? Apakah mereka tidak akan disoal oleh Allah Azza Wajalla di atas amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka? Apakah definasi rakyat ini adalah kakitangan awam sahaja dan bukan rakyat marhain seperti saya?

Wallahualam. Hanya Allah SWT sahajalah tempat kita mengadu kali ini.

Sekian. Terima kasih.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong