INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Mac 05, 2013

PERHIMPUNAN NUR MISUARI DAN MNLF DI PULAU JOLO SULU


TARIKH : 3hb Januari 2013... 

AGENDA:

1 -Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi PEMERINTAHAN MILF-FILIPINA yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

 2 -Mendapatkan sokongan dan saranan apakah TAUSUG bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan NOERTH BORNEO SEMULA? KALAU NAK TUNTUT BAGAIMANA?




ADAKAH PERLU MENGANGKAT KESULTANAN SULU? KALAU YA, SIAPA SULTAN YANG DISOKONG DAN DIDOKONG?

3 -Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baru sedangkan perjanjian lama belum dilaksanakan.

4 - APAKAH REAKSI TAUSUG di Sabah terhadap gerakan MNLF di Sulu ini?



Perancangan dibuat Awal tahun 2013.. bagaimana Menteri KDN gagal memahami hasrat dan kekuatan tentera Sulu? dan lebih parah mengarahkan Polis bukannya tentera!!!

Nah.. akibat kelemahan menteri.. nyawa polis polis dan rakyat di pertaruhkan...

Mari lihat bukti kekuatan tentera mereka ... adakah bukti bukti ini hanya khabar angin dan mereka ini tidak merbahaya?

layakkah Hisyamudin sepupu Najib ini memimpin hal ehwal keselamatan negara?



Memandangkan kaum Sulu ni di anggarkan seramai 800,000 orang bermaustatin di Malaysia serta mendapat taraf WARGANEGARA beserta IC...mesti ada di kalangan mereka yg telah di terima bekerja di dalam sektor awam termasuk polis & tentera.. Persoalannya,adakah mereka2 ini boleh setia kpd negara dan menyimpan rahsia ketenteraan serta pertahanan negara??


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KELUHAN SAUDARA PM DI PAHANG TUA PEKAN


Kasihan saudara mara Tun Razak, 50 tahun usaha dan mohon tanah pun belum selesai.

Isa Mohd Nor, 76, dari Kampung Pahang Tua, Pekan merupakan peneroka asal yang mengusahakan bersama 60 peneroka yang lain tanah di RTB Batu 18 Jalan Kuantan-Pekan kira-kira 50 tahun yang lalu.



Mereka ialah sanak saudara Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dari Kampung Pahang Tua, Lamir, dan Langgar yang digalakkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua itu mengusahakan sebidang tanah di seluas 64 hektar itu sekitar tahun 1961.

Bukan saja Tun Razak, bahkan Menteri Besar Pahang ke 9 Allahyarham Datuk Seri Mohamad Jusoh yang juga berasal dari kampungnya juga suruh peneroka memohon tanah yang diusahakan itu.

“Dengan galakan tersebutlah yang menguatkan kami berulang dengan berbasikal sejauh lebih kurang 30 kilometer selama sejam lebih dengan membawa benih kelapa untuk ditanam di sana.

“Malangnya setelah memohon beberapa kali tapi tak dapat geran hak milik sehingga ke hari ini. Sekarang tinggal boleh bilang dengan jari sahaja lagi yang hidup, yang lain dah meninggal dunia.



“Walaupun sudah tiada kudrat tetapi dalam hati harap sokmo nak dapatkan tanah yang pernah kita usahakan dengan susah payah jerih penat itu, selagi ada sisa-sisa hayat nak juga tengok tanah itu jadi hak milik,” keluhnya sayu.

Seorang lagi yang pernah mengusahakan tanah tersebut peringkat awal, Ramlah Ibrahim, 68, berkata pada tahun 1961 beliau yang baru berkahwin telah mengikut arwah suaminya Razali Ismail mengusahakan tanah Batu 18. 

Beliau yang tinggal di rumah PPRT Pahang Tua berkata, beliau masih ingat ketika itu berulang-alik bersama suaminya (yang telah meninggal pada tahun 2001) berbasikal pagi-pagi hari membawa benih kelapa, membawa bekal makanan dan pulang pada sebelah petang.

“Bayangkan pada masa itu pagar tidak ada, biasanya akan dimakan oleh binatang kerana musuh kuat sangat. Itu belum lagi cerita bagaimana terpaksa menghadapi ular, lipan, jengking dan pacat. Tetapi mengenangkan arwah Tun (Razak) suruh jayakan, ulang jugalah.

“Sebab itulah kami nak sangat jadi tanah Batu 18 jadi hak milik selagi masih hidup ini kerana masih tiada tanah sendiri, yang duduk ini tanah arwah pak mertua,” tegasnya. 

Cuba bayangkan jika isu ini berlaku di Kedah, Kelantan atau Selangor, sudah tentu siang malam akan dimainkan dalam televisyen dan akhbar.



Moral ceritanya, Najib tak payahlah berjanji bulan bintang ke sana sini. Usahakanlah geran hak milik pak-pak sedara kamu tu. Mereka semua tu pengundi tegar kamu, yang memenangkan kamu sehingga berada di puncak sejak 1974!
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong