INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Ogos 02, 2013

Seleweng Anak Syarikat : Rafizi Gesa Siasat Pemimpin Tertinggi Felda


SHAH ALAM 2 OGOS : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin tertinggi negara berhubung penyelewengan dalam anak syarikat Felda, KPFQ Foods Sdn Bhd.

Katanya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda.

Rafizi mendakwa, KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahasama diantara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran barang makanan dan pertanian di seluruh negara.

“Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.

“Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi mendakwa SBGB mempunyai hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang lain termasuk Tabung Haji.

“Pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan,” dakwa Ahli Parlimen Pandan itu.

Menurut Rafizi, akhir-akhir ini Kerajaan Pusat menggunakan banyak dana rakyat untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan.

Selepas skandal membabitkan lembu NFC, Rafizi mempersoalkan bagaimana kerajaan menilai bentuk kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam membabitkan dana daripada wang rakyat.

Rafizi turut mempersoalkan peranan wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan berlaku.

“Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat?” soalnya lagi.-Selangorku
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dua dituduh melesapkan RM30 juta unit Felda

Datuk Sarchu Syawal di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.
 Dua pegawai tinggi yang mengendalikan syarikat usahasama Felda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas dakwaan melesapkan hampir RM30 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.
Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Anjung Felda, Jalan Maktab di Kuala Lumpur antara Ogos 2011 hingga Februari tahun lalu.
Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun atau denda.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tuduhan salah guna kuasa dalam kegagalan projek bernilai RM30 juta yang dilaksanakan KPFQ, anak syarikat Felda.
Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013
Suruhanjaya itu memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit’ dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker’s acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.
Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional.
Sarchu, 63, yang berkemaja putih lengan panjang ditawarkan jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara Tan, 59, ditawarkan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.
Kedua-duanya diperintahkan menyerahkan pasport perjalanan masing-masing kepada mahkamah.
Hakim Roshiahanin Arifin menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 13 September depan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Azlin Sabtu memohon kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan nilai RM2 juta setiap seorang kerana mereka didakwa atas tuduhan yang serius mengikut Kanun Keseksaan.
Peguam Harwinder Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan untuk menjamin kehadiran mereka.
Tan turut berdepan 134 tuduhan menipu KPFQ Foods bernilai RM80 juta dan perbicaraan kes itu sudah bermula tahun lalu.
Selepas prosiding kes, Tan yang masih dalam kandang tertuduh kelihatan menangis dan ditenangkan seseorang yang tidak dikenalpasti. – 2 Ogos, 2013.



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

46% RAKYAT MALAYSIA SUKA HARGA MINYAK NAIK ???

Menarik untuk kita fikirkan bersama...Apa puncanya..???
Adakah kerana "KEYAKINAN" atau "PENGARUH"


Pelik tapi benar.

46% yang undi Beban Negara merupakan badut badut yang pimpinan BN paling suka sebab ada 1 sifat..iaitu.BODOH.

Bagaimana kira gelar mereka bodoh?

Sebab..

Kempen kereta murah.mereka nak kereta mahal...

Malaysia nombor 1 mempunyai kadar hutang isi rumah tertinggi dalam dunia.fakta ni org bodoh tak akan tahu.apa lagi untuk percaya! !media tv3..utusex tak akan siar punya...

Antara faktor kira berhutang ialah..harga rumah yg tersangat mahal dan juga harga kereta yg terlalu mahal.

Sebab kereta mahal ialah.Beban Negara (BN) kenakan cukai terlalu tinggi!! Tak ada negara yg kenakan cukai import tinggi melainkan negara Malaysia. Badut badut semua boleh googles untuk lebih berilmu tentang bab ni..boleh?

Harga minyak yang lebih murah.Kita negara pengeluar minyak.Kenapa kenakan harga yang mahal kpd rakyat sendiri? Bila menbandingkan harga.Beban Negara akan banding dengan negara BUKAN PENGELUAR MINYAK..tak ker bodoh tu?

Begitu juga untuk pendidikan percuma!! Dengan hasil cukai minyak cecah 100 bilion..cukai minyak sawit lebih 80 bilion.cukai perdagangan dll cukai..kemana duit cukai ini digunakan?tidakkah boleh gunakan sikit untuk oendidikan percuma seperti negara negara lain buat?

Bayangkan..Malaysia antara negara paling popular dalam aliran wang haram..maksudnya..ketirisan..wang rakyat..hasil cukai ini dikeluarkan senyap senyap oleh pemimpin BN .jangan cuba nafikan hal ini.negara berbelanja dengan wang simpanan rakyat!!! Bank negara dah kluarksn ststistik.sila rujuk!!habis kwsp.epf dll sumber wang rakyat kena sapu.walhal kemana hasil negara yg banyak digunakan?

Tol tol percuma!!
Contoh : PLUS hiway tu Sammy Vello dan Mahathir punya!!!
Konsesi tu patut dah tamat tempoh!!! Kita dah boleh pakai free..tapi....

Badut badut bertanya bagaimana kita boleh beri percuma!! Korang badut badut cuba googles. .berapa tahun perjanjian konsesi tol dan kenapa banyak konsesi tol yg sepatutnya dah tamat perjanjian tapi masih menkedarah wang rakyat!!?

Sia sia cukai jalan kita bayar..dalam masa sama, negara lain tak kenakan cukai jalan pon!! Cik badut tahu tak ni? Knp hasil berbilion cukai jalan tu buat jalan guna wang rakyat?
..tapi rakyat pula kena bayar tol? Ini semua perancangan cukong krony BN untuk kaut kekayaan negara! Why korang tak pernah nak buka akal dan berfikir ttg tu?

Air percuma!!! Umno Selangor mengejek bagai tak mahu bila PR offer air free. Nah..sekarang sudah 5 tahun rakyat Selangor pakai air free!! Apa badut nak kata? Negeri Selangor siap ada tunai lebih 2 bilion lagi. Zaman BN ada?

So ilmu pengetahuan itu penting .jangan jadikan jumud kepartian sebagai batu penghalang untuk kita keluar dari sifat bodoh menyokong umno BN secara membuta tuli.

Kita penentu..masa depan negara kita.kira yg tentukan.memilih pemimpin MCA (Menteri Cap Ayam) sama spt membenarkan kos sara hidup jadi tinggi. Kau..kau kau..yg sokong umno..dan termasuk gua yg tak sokong umno terheret sama dalam kemelut beban kos sara hidup yg tinggi sekarang ni..sedar tak?

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong