Isnin, Oktober 27, 2014

JANGAN AMBIL GAMBAR DI JALAN MASUK PROJEK TERNAK IKAN STURGEON

Lagi bantahan terhadap pemusnahan alam sekitar ;
Meninjau keadaan terkini serta menyatakan bantahan terhadap Projek Penternakan Ikan Sturgeon pd pagi tadi.
Turut hadir YB Andansura Rabu, Adun Beserah yg juga Pengerusi Lanjah Alam Sekitar Pas Pahang, Ketua Pemuda Pas Jerantut Us M Zaquan, Tn Hj Mohktar Pengarah Pas Dun Tahan, Penduduk setempat dan anak2 Peneroka Sg Retang.
Beberapa Fakta penting perlu diteliti :
1. Projek telah dimulakan secara 'senyap' tanpa papantanda projek.
2.Kawasan Taman Negara adalah kawasan sensitif alam sekitar ( KSAS Tahap 1, Environmental Sensitive Area atau ESA Rank 1 ) .Dan Kawasan bersebelahannya adalah Zon Penampan ( buffer zone ) yg juga dikategorikan sebagai KSAS Tahap 2 atau ESA Rank 2.
3. Proses EIA Wajib dibuat tanpa mengira kawasan yang hendak dibangunkan, dan apabila ada penduduk setempat yang membantah, maka DEIA perlu dibuat kerana suara masyarakat setempat perlu diambil kira
4. Ikan Sturgeon itu sendiri adalah spesis yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.
Namun, kawasan hutan telah digondolkan dan Sg Tabung telah keroh tidak seperti dulu lagi.
Adalah lebih baik Kerajaan Pahang meluluskan permohonan berzaman zaman Anak Watan Kuala Tahan untuk memiliki tanah ( sekitar 2 ekar ) dan dibangunkan dengan aktiviti pertanian untuk jana pendapatan mereka. Juga dibina rumah mampu milik dikawasan sekitar supaya penghijrahan Orang Muda ke bandar besar dapat diminimakan.
'Sturgoen.....NO! 
'Kelah...........OK















Tiada ulasan:

Catat Ulasan