Rabu, September 16, 2015
KENAPA KERAH PENEROKA FELDA SERTAI HIMPUNAN MELAYU BERSATU?
Tidak kena pada tempat dan masa. Pihak pengajur memaksa peneroka Felda yang hampir semuanya mendapat gelaran warga emas untuk mengarahkan mereka berdemo isu melayu bersatu dalam keadaan IPU yang mencatat bacaan tidak baik.
Kerajaan mula cuba mengelirukan pemikiran peneroka Felda yang mulai sedar isu saham FGV mula memberi kesan dan kebimbangan mereka terhadap dakwaan peneroka akan terjejas dengan perkembangan kedudukan pasaran saham FGV yang merudum teruk melepasi kejatuhan 70 peratus daripada harga IPO.
Ada sesetengah tempat pihak pengurusan mewajibkan peneroka Felda agar turun ke Kuala Lumpur untuk sertai "Himpunan Baju Merah" menyokong pimpinan Perdana Menteri.
Adalah lebih baik peneroka Felda berhimpun di pejabat Perdana Menteri, minta penjelasan kenapa harga saham jatuh, kenapa hutang kami sampai ratus ribu, kenapa harga komoditi sawit dan getah terus menjunam, kenapa projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF) 20,000 unit gagal dilaksanakan, ke mana peruntukan RM1.4 billion untuk PGBF hilang?
Kenapa projek Felda Caviative Blue Dream Park rugi RM135 juta, padahal sebelum ini Felda bermatian pertahan projek ini akan untung RM360 juta setahun.
Peneroka Felda kena tanya Perdana Menteri berapa kerugian Kilang TRT & ETGO di Canada. Masa nak beli kilang ini kata akan beri keuntungan besar, jika untung kenapa nak jual pula?
Peneroka kena tanya Perdana Menteri betul ke Tanah yang dibeli oleh KPF di Samarahan, 60 peratusnya tanah gambut? Berapa kos penanam sawit sekar di tanah jenis ini?
Soalan yang wajib Peneroka tanya Perdana Menteri ialah siapa FGV?
Siapa pemegang saham dalam dan luar negara? Jika pelabur asing membeli dan menguasai saham FGV semasa harga merudum ini apa akan terjadi kepada kami?
Dulu kerajaan kata " tidak seinci pun tanah peneroka terlibat" . Jika tidak terlibat kenapa tanah kami dimasukan di dalam buku prospektus penyenaraian FGV yang setebal hampir 2000 muka surat.
Adalah lebih baik kerajaan turun ke 317 tanah rancangan Felda memberi penjelasan isu tanam semula, isu harga BTS, isu KPG, isu pewaris, isu perjanjian tanam semula yang berat sebelah, isu pembelian Hotel luar negara, isu pemilikan saham PT EHP syarikat perladangan Indonesia dan berbagai isu menghimpit warga Felda ketika ini.
Panggil semula pegawai-pegawai yang turun ke seluruh pelusuk Tanah Rancangan Felda yang memberi jaminan harga saham FGV akan mencapai sasaran RM7 sesaham dan ketika ini peneroka boleh jual dan mengecapi keuntungan.
Semoga dengan penjelasan isu-isu dapat memberi penjelasan kepada peneroka Felda Generasi pertam agar mereka tidak resah dan pastinya menganggu kesihatan mereka ketika dipenghujung usia...
▪ NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat.
15 September 2015 bersamaan 01 Zulhijjah 1436
MELAYU + FELDA = Jawapannya... Lu orang fikirlah sendiri.
BalasPadam