Jumaat, April 01, 2016

SINGKIRKAN ISA SAMAD

Ustaz Roslan Md Esa selaku Pengerusi GENERASI berada di Parlimen hari ini menyerahkan memorendum kepada ahli Parlimen PAS berhubung isu FELDA...

Kami menerima memorundum dari NGO GENERASI di pintu masuk Parlimen (kerana tidak dibenar penyerahan memorundum di laman dalam parlimen) untuk mendesak agar Pengerusi FELDA digantikan segera. Memorundum mereka seperti berikut ðŸ‘‡
MENUNTUT PENGERUSI FELDA TAN SRI ISA ABDUL SAMAD DIGANTIKAN SEGERA.
SEJARAH PENUBUHAN
Setelah Felda melalui zaman kegemilangan sejak penubuhan 1956, yang dikenali Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (L.K.T.P) dengan kemasukan peneroka pertama di rancangan Lurah Bilut 1959, Felda bergerak maju sehinggan 317 tanah rancangan dibuka seluruh negara dan yang terakhir Felda Sahabat 2 pada tahun 1990.
Dengan bermodalkan pinjaman RM42juta dari bank dunia pada tahun 1968, ianya mampu mengubah nasib rakyat yang terpilih untuk menyertai skim gagasan menginjak rakyat keluar dari kemiskinan yang diasaskan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua. Seramai 112, 635 peneroka Felda berjaya dibentuk menjadi peneroka Felda setelah melalui perit jerih kehidupan di Tanah Rancangan Felda.
ZAMAN KEGEMILANGAN
Kegemilangan bermula apabila Koperasi Permodalan Felda berjaya ditubuhkan pada tahun 1980 dan dipacu dengan komitmen mereka yang ikhlas sehinggakan mereka berjaya meletakan KPF menjadi Koperasi terbaik di Malaysia dan disenaraikan tangga ke 20 diantara koperasi terbailk dunia.
Tahun 2000 mencatatkan sejarah apabila hutang Bank Dunia dan Kerajaan persekutuan dilangsaikan hasil dari kecekapan pengurusan yang amanah sebelum ini. Tokoh yang pastinya dikenang oleh Peneroka Felda ialah Pengerusi Felda yang kedua, Tan Sri Taib Andak.
Namun kini setelah FGV mengambil alih kedudukan KPF dalam Felda Holdings sejak 2012, tranformasi yang dibawa oleh anak kepada pengasas Felda, Tan Sri Najib telah mengubah hampir keseluruhan lanskap Felda. Penyenaraian FGV ke BSKL yang menjadi tugasan utama Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad telah menambahkan lagi kejutan peneroka felda apabila perkara yang dicanang boleh membawa perubahan pendapatan peneroka Felda bertaraf penduduk negara maju berlaku sebaliknya.
KEJATUHAN HARGA SAHAM FGVH
Saham FGV yang diniagakan dengan nilai IPO RM4.45 seunit menjunam dengan teruk sehingga kini. Dengan harga semasa tidak melepasi RM1.90 pada suku pertama tahun ini, menambahkan lagi keluh resah peneroka Felda.
Peneroka Felda berhutang dan mengalami kerugian RM3276 pada pada 25hb Mac 2016, apabila urusniaga ditutup dengan nilai semasa RM1.48 seunit. Lebih malang lagi peneroka terpaksa membayar pinjaman kepada Felda RM50.00 setiap bulan untuk melunaskan pinjaman pembelian saham sebanyak 800 unit.
NASIB KPF
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61sesaham. Dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak sebelum penyenaraian FGV, yang mana mereka bimbang KPF akan disingkirkan ternyata benar. Kini KPF terpaksa mencari sumber lain untuk terus membayar dividen kepada pencarum yang terdiri daripada peneroka Felda seluruh negara.
Setelah disingkirkan , KPF telah membeli 48,839 ekar ladang sawit di Samarahan, Sarawak dan Gua Musang, Kelantan. Apa yang menyedihkan 37,972 ekar ladang di Samarah, 80 peratus tanahnya dari jenis gambut dan nilai belian yang mencecah RM1.2bilion dianggap terlalu mahal oleh penganalisis perladangan.
KPF juga dipaksa membeli sejumlah saham FGV pula. Selepas penyingkiran, KPF mula terjejas apabila tidak lagi mampu membayar dividen dan bonus 17 peratus seperti sebelum ini. Pada tahun pembayaran dividen dan bonus 2015, KPF hanya membayar 10 peratus sahaja.
TANAH FELDA DIPAJAK
Lebih parah lagi, tanah seluas 360ribu Hektar yang selama ini menjadi pendapatan kumpulan, telah diserahkan secara pajakan kepada FGV. Pendapatan yang dijana hasil dari tanah ini mencecah RM1.2 hingga RM1.8bilion setahun, kini sudah dikongsi dengan pemegang saham FGV seluruh dunia dan kehilangan besar kepada pendapatan Felda.
Kesanya peneroka Felda tidak lagi disalurkan peruntukan RM60juta setahun seperti sebelum ini. Ini menyebabkan banyak program sosial peneroka tidak dapat dilaksanakan
RISIKO HUTANG TANAM KEDUA
Kini Peneroka Felda berdepan dengan penjajahan baharu zaman Datuk Seri Najib Tun Razak. Tanam semula kedua akan merekodkan hutang di tahun ke-8 selepas perjanjian baharu ini ialah RM169,600.00 setiap peneroka Felda. Jika kita ambil purata hutang lama RM30 hingga RM140,000 ( nilai yang tidak sama diantara peneroka) yang masih berbaki dan dicampur dengan hutang ini, maka pastinya peneroka bakal berhutang sekurangnya RM200ribu atau lebih diketika berusia 80 tahun.
PERUMAHAN GENERASI KEDUA
Bermula dengan Projek sentuhan kasih, Perumahan Warga Felda ( PWF ) dan kini Perumahan Generasi Baharu Felda ( PGBF) ianya masih sangat perlahan untuk memenuhi keperluan anak peneroka Felda. Peruntukan RM1.4bilion yang diumumkan beberapa tahun lalu dibimbangi tidak diurus dengan baik untuk mencapai tujuan asal pembinaan 20,000 unit PGBF ini.
Di Pahang sahaja ada 7 projek PGBF yang dikotegerikan ' sakit '. Antaranya di Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg. Awah dan Felda Chini 3. Lebih pelik RM300juta terpaksa dipinjam dari bank perdagangan untuk menyelesaikan PGBF sakit ini.
MEWAH
Sejak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dilantik menjadi pengerusi Felda beberapa tahun lalu, banyak pembelian tanah perladangan dan perhotelan di dalam dan luar negara telah dibuat. RM1.2bilion digunakan untuk mengambil alih saham Pontian United Palntation Berhad, RM500juta untuk pembelian Grand Plaza Service Apartment, RM110 juta dan perbagai transaksi pengambilalihan saham syarikat tertentu.
TUKAR TAN SRI ISA
Felda mula menjadi tidak stabil bila Tan Sri Isa samad dilantik menjadi Pengerusi Januari 2011 dan FGV disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur setahun kemudian .
Dengan perkembangan terbaru, isu PT EHP , isu penjualan kilang TRT, isu pembelian Hotel dan Apartmen, isu KPF, isu Perumahan Generasi kedua Felda PGBF, isu kejatuhan komuditi sawit dan getah, isu tanam semula kedua peneroka Felda, pembelian saham perladangan yang dengan harga lebih tinggi dari pasaran dan berpuluh isu lain yang melanda Felda.
Justeru itu, Kami Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan ( GENERASI ) mendesak Pihak Kerajaan bentindak segera sebelum parah dengan mengantikan Pengerusi Felda ini.
Sekian, Terima Kasih.
Roslan bin Md Esa
Presiden GENERASI
29 Mac 2016


Tiada ulasan:

Catat Ulasan