Rabu, November 23, 2016

DUA TAHUN KAMI DEDAHKAN ISU IKAN STURGEON BERNILAI RM135 JUTA

 Dalam tempoh dua tahun ini kami dilebalkan penyangak dan penghasut kepada warga Felda. Kami juga dihalang memasuki kawasan projek 'Felda Caviartive Blue Dream Park' di Kuala Tahan, Pahang.
Hari ini laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.
Alasan kami membantah projek ini sangat mudah, Felda tiada kepakaran mengenai penternakan ikan sturgeon dan penggunaan dana dari Felda. Projek ini sudah tersasar dari perniagaan teras Felda .
Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.
FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.
"Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara.
Apa pun bentuk laporan Ketua Audit Negara berkait kegagalan dan kerugian projek ini, kami mengucapkan terima kasih kerana mengesahkan dakwaan kami selama ini. Projek yang didakwa mampu menjana hasil RM360 juta setahun ini akhirnya menemui kegagalan dan pastinya kerugian berpuluh juta ini memberi kesan kepada kewangan Felda dan peneroka.
Felda pernah memanggil wartawan dan ketua-ketua peneroka untuk memberi keyakinan keuntungan dari projek ini. Felda juga berhasrat memperluaskan projek ini di 11 buah Wilayah Felda di seluruh negara dengan menyasarkan 30 tan metrik kaviar yang didakwa bernilai RM12,000 sekilogram.
Felda juga berjaya mengumpul kira-kira 100 penduduk mengadakan perhimpunan aman di Felda Sungai Rentang untuk mendesak projek ini diteruskan walaupun ada bantahan dari perbagai pihak. Hari ini terjawab apa yang kami bimbangkan selama ini.
Banyak lagi isu besar yang sedang kami ketengahkan agar Felda dapat kembali pulih dan berada di landasan yang betul serta mengekalkan kegemilangan mereka. Walaupun usaha kami ini difitnah sebagai apa jua gelaran yang menyakitkan halwa telinga.
Antaranya isu pembelian Apartmen mewah Grand Plaza Servis di Bayswater London pada harga yang tidak munasabah RM538 juta. Dakwaan ini pada mulanya dinafikan oleh pihak pengurusan Felda.
Pembelian sebuah Hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London pada harga RM330 juta dan lain-lain hotel menjadi tanda tanya. Felda sewajarnya menjawab dan memberi taklimat perangcangan pembelian hartanah kepada awam kerana melibatkan dana yang besar.
Alasan untuk menambah pendapatan kumpulan dengan pembelian aset dengan harga lebih tinggi dari pasaran sememangnya tidak boleh diterima.
Kami bimbang pelaburan gajah putih ini semata-mata untuk mencari keuntungan anak beranak orang besar yang memimpin Felda akan memusnahkan satu nama yang gah sebelum ini. Kerajaan juga perlu menuhkan satu suruhjaya bebas untuk menyiasat semua pelaburan Felda yang berskala besar dalam dan luar negara agar .
Susulan laporan Ketua Audit Negara ini, kami mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk membawa mana-mana pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian kepada Felda termasuklah Pengerusi Felda itu sendiri perlu dipertanggungjawabkan.

Sekian.
Naraza Muda
Peengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
21 November 2016.

1 ulasan:

  1. PATUT NEGARA KITA LAMBAT MAJU...NEGARA KAYA SUMBER HASIL BUMI DAN TANAH YANG SUBUR..TAPI MALANGNYA.BANYAK PULAK TANGAN-TANGAN GHAIB MEMULUN REZEKI ATAS ANGIN SECARA MUDAH DAN TAK SAH....RASUAH, PENYELEWENGAN DAN KETIRISAN DISANA-SINI TELAH MENJADI PERKARA BIASA DAN IA BOLEH MENJAHANAM BANGSA DAN NEGARA...PIHAK BERWAJIB DAN SPRM TOLONG BUAT KERJA ALL-OUT BENTERAS RASUAH DAN PENYELEWENGAN INI.

    BalasPadam