Isnin, Julai 24, 2017

DURIAN TUNTUH 2017 PENEROKA FELDA

Pengumuman penting YAB Perdana Menteri khas untuk warga peneroka FELDA

1. Insentif kepada 94,956 peneroka yang layak penuh dengan kebunnya diuruskan oleh FELDA atau menghantar hasilnya kepada FELDA.

2. Buat pertama kali secara rasmi, Kerajaan akan akan beri peluang kepada lebih 17 ribu peneroka YANG tidak menghantar hasil kepada FELDA dan menyaman FELDA untuk kembali bermuafakat bersama-sama FELDA dan akan dipertimbangkan untuk pemberian insentif ini.

3. Pelupusan hutang tanam semula RM5 ribu bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula bersama-sama FELDA peruntukan RM519 juta.

4. Kelulusan lebih 1 unit rumah dalam 1 tapak.

5. Dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula. Dana sebanyak RM300 juta akan diwujudkan selama 5 tahun. Ini untuk lupus hutang bagi kos operasi dalam jangkaan RM40 ribu.

6. Pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV. Sehingga kini lebih 70 ribu peneroka yang sedang membayar baki pinjaman akan dilupus. Peneroka yang telah menyelesaikan baki pinjaman akan diberi ganjaran tunai RM1820

7. Geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan oleh MPOB dari 2017-2020. Peruntukan RM166 juta.

8. Bayaran insentif khas peneroka bernilai RM5 ribu kepada lebih 94 ribu keluarga peneroka yang layak penuh dengan peruntukan RM474 juta peruntukan. pembayaran akan mula dibuat pada hujung Ogos ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan