Jumaat, Julai 28, 2017

Kenyataan balas Tn. Zainuddin Zainal Ketua Penerangan SGK2F dengan Tan Sri Sulaiman Mahbob








Share Kenyataan balas Tn. Zainuddin Zainal Ketua Penerangan #SGK2F@Facebook.

Salam, sekiranya ada pihak yang nak buat report polis bagus sangat, saya boleh jadi saksi dan  isteri saya pun boleh jadi saksi keatas apa yang diucapkan oleh Tan Sri Sulaiman Mahbob semasa perjumpaan kami....
.bagi saya tawaran yang diberikan oleh Tan Sri Sulaiman Mahbob kepada Datuk Zakaria Arshad telah menunjukkan bahawa seperti adanya KONSPIRASI kerana tuduhan kepada beliau boleh dipadamkan/dihilangkan (REVERSIBLE) sekiranya Datuk Zakaria Arshad terus mengaku bersalah atau mengaku bertanggungjawab tanpa melalui proses Domestic Inquiry.....Zainuddin Zainal, Ketua Penerangan SGK2F.

-----------------------------
Ulasan SGK2F.

SGK2F. akan meminta YBhg. Datuk Zakaria Arshd CEO FGV menjawab secara bersurat tawaran yang telah dituturkan oleh YBhg. Tan Sri Sulaiman Mahbob Pengerusi FGV melalui  Tn. Zainuddin Zainal Ketua Penerangan SGK2F tempuh hari.

Dua tawaran yang telah diminta untuk kami sampaikan kepada YBhg. Datuk Zakaria adalah ;

1. Mengarahkan Datuk Zakaria kunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta akur dengan tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya.
- Sebagai balasan beliau akan diberi tempat yang sesuai (tapi bukan lagi CEO FGV) dan kes yang akan dihadapinya akan dipastikan beliau terlepas.

2. Jika enggan mengalah dan ingin terus berkeras mempertahankan diri, beliau akan di persalahkan oleh JK Tatatertip Bebas yang akan membuat siasatan tak lama lagi.

Seperti yang telah diminta oleh TS. Sulaiman Mahbob melalui Wakil kami maka kami telah pun menyampaikan arahan tersebut kepada Datuk Zakaria Arshad.

Terpulanglah kepada YBhg. Datuk Zakaria Arshad mahu menjawabnya atau tidak. Bagi pihak SGK2F. kami beranggapan Datuk Zakaria Arshad perlu diberikan siasatan dan keadilan yang telus tanpa ada mana mana pihak baik Pengerusi FGV sendiri sekali pun yang boleh mendahului keputusan Jawatankuasa Bebas !

Terima kasih.

#SGK2F@Facebook.
28.7.17
@ Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan