Selasa, April 28, 2009

TAKLIMAT PENEROKA TAMAN SENDIRI


Petang tadi jam 430 ptg  seramai 49 orang peserta tanam sendiri Felda Chini 04  telah membuat satu perjumpaan dengan pegawai MPOB Kuantan  di Pejabat Koperasi Chini 04 .

Pada dasarnya peserta berpuas hati dengan penerangan dari MPOB dan esok satu lawatan keladang akan diadakan untuk menilai stratus pokok yang ada lagi.

Dari maklumat yang diterima peserta dari Peneroka Felda diseluruh negara sebelum ini belum lagi mendapat imbuhan  Skim insentif pada kali ini  dan peserta Chini 04 juga tidak semestinya mendapat imbuhan kerana lawatan keladang hanyalah sekadar peringkat penilaian sahaja.
Sebelumnya banyak peserta dirancangan lain sudah dibuat penilaian tetapi sehingga sekarang belum lagi mendapat imbuhan.

Kalau dibandingkan dengan rancangan lain diseluruh Negara Felda Chini 04 unik sedikit kerana 80% peserta tanam sendiri adalah ahli Umno dan selebihnya ahli Pas.



                                                   mengutip nama untuk keladang esok



suasana selepas taklimat 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan