Isnin, Jun 25, 2012

Penipuan Prospektus FGVH

Fauzi Sagu

Penipuan Prospektus FGVH yang dikeluarkan 31 Mei lalu:

1.Prospektus turut menyenaraikan tanah Felda Plantation dari negeri Kelantan turut dipajak kepada FGVH,sedangkan Kelantan tak pernah serah kepada FGVH.

2.Prospektus yang bertarikh 31 Mei turut menyenaraikan tanah tanah Plantation dari negeri Johor dan Perak sedangkan FGVH baru saja menghantar surat permohonan tanah kepada kerajaan negeri berkenaan adalah bertarikh 13 Jun 2012 .

3.Prospektus turut menyenaraikan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengarah Koperasi Permodalan Felda(KPF) sedangkan keahlian beliau sendiri bertentangan dengan Undang Undang Kecil Koperasi

Ahmad Maslan ternyata berbohong apabila mengatakan tak sebutirpun tanah Felda diusik dari penyenaraian sedangkan dalam Prospektus menyebutkan seluas 18 ribu hektar tanah peneroka yang belum mendapat geran (antaranya di Negeri Sembilan ) turut dipajak kepada FGVH untuk disenaraikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan