Rabu, September 25, 2013

AKHIRNYA IKHWANUL MUSLIMIN DIHARAMKAN JUGA


Selepas menangkap Mursyidul Am Muhammad Badi' dan dua org naibnya, Khairat Syatir dan Muhammad Bayyumi serta 15,000 pendokong jamaah Ikhwanul Muslimin, kini Mahkamah Kaherah mengharamkan Ikhwan dan membatalkan hak pemilikan segala aset, bangunan dan harta milik gerakan Islam itu.

Mahkamah membenarkan tuntutan parti At Tajammu' yang memohon mahkamah supaya mengharamkan juga sebarang aktiviti anjuran Ikhwan atau apa-apa sahaja pihak yang ada hubungkait dengan Ikhwan.

Ikhwan yang ditubuhkan oleh Imam Hasan Al Banna pada 1928 pernah diharamkan pada tahun 1954 ketika Mesir di bawah pemerintahan Presiden Jamal Abd Nasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan