Isnin, April 27, 2015

SKANDAL 1MDB RM42 BILION BOLEH BINA 1.2 JUTA RUMAH


Berapa besar jumlah RM 42billion yang hangat diperkatakan sekarang oleh Tun M dan rakyat jelata berkenaan skandal 1MDB?

1) Ianya bersamaan dengan 1,200,000 unit rumah kos rendah yang berharga RM 35,000 setiap satu (http://pmr.penerangan.gov.my/…/12252--program-rumah-mampu-m…)
Dengan jumlah sebegini besar, kita sepatutnya berjaya menyelesaikan 100% masalah ketiadaan rumah oleh rakyat Malaysia;

2) Ianya mampu menampung 777,778 orang rakyat Malaysia untuk perbelanjaan makanan asas berjumlah RM 15/SEHARI, selama 10 TAHUN.
Kita tidak perlu lagi risau ada rakyat Malaysia yang melarat hingga tiada makanan di rumah;

3) Ianya mampu mengatasi masalah kemiskinan tegar untuk 19,444 orang dengan bantuan sebanyak RM 1,200 sebulan selama 5 tahun.


Ditambah pula dengan pusat zakat (sekiranya ia ditadbir dengan amanah dan baik), Malaysia tidak sepatutnya mempunyai masalah kemiskinan tegar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan