Memandangkan sudah masuk tahun keempat ladang kami masih lagi mempunyai masaalah .
Diantara masaalah seperti berikut,
Diantara masaalah seperti berikut,
Terdapat lalang bertaburan dalam kawasan ladang blok 15-1C
Banyak kawasan yang kosong tidak disulam dalam blok 15-1C
Kawasan ladang penuh dengan semak samun,anak kayu dan senduduk
Anak pokok sawit yang hidup dipenuhi dan dipanjat rumput ulan sekeliling
Kerja-kerja pembajaan tidak rata dan ada yang tidak kena pada setiap pokok anak sawit. hanya ditepi jalan sahaja kena baja.
Pagar gajah bersempadanan dengan hutan dan Chini 05 tidak berpunsi
Kenapakah dalam ladang blok 15-1C tidak ditanam dengan kacang penutup bumi.
Berapa lamakah ladang kami diblok 15-1C tidak diracun sehingga menjadi semak samun
DiLot Misnan Suparjan penebangan pokok sawit bergelimpangan tidak dicincang malah ada yang hidup semula seperti anak sawit yang baru ditaman .
Pokok sawit yang ditaman oleh misnan suparjan dahulu sudah mengeluarkan hasil sedangkan akan sawit yang ditaman oleh felda Technoplant hidup segan mati tak mahu tambah pula dalam semak samun
Tiga jalan utama diblok15-1C putus ,jalan utama tersebut ialah bersempadanan dengan hutan simpan.
Kami mohon Felda Technoplant mencari batu sempadan dengan hutan simpan kerana kami rasa longkang besar adalah dalam kawasan ladang bukanya dalam kawasan hutan.
Kami melihat longkang yang dibuat tepi hutan tidak mengikut sukatan yang ditetapkan ,ianya terlalu kecil.
Kerja-kerja membuat teres dan jalan tuai BTB terdapat batu sempadan diantara lot-lot telah tiada lagi habis ditolak semasa kerja-kerja tersebut
Keadaan anak benit sawit yang usang berhampiran dengan jambatan dan dibukit kepala angin tidak sesuai lagi untuk dijadikan sulaman diladang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan