Kami penduduk Chini 04 mengharapkan JABATAN ALAM SEKITAR datang keperkampongan Chini 04 memberi penerangan dan bertanyakan penduduk yang berhampiran dengan kilang sawit apakah benar habuk kilang sawit menjadi masaalah pada kesihatan dan persekitaran.
Pencemaran udara dikawasan Chini 04 yang disebabkan oleh habuk kilang sawit adalah isu basi,isu yang sudah terlalu lama yang tidak boleh diselesaikan.Rungutan demi rungutan telah disuarakan oleh penduduk tidak juga selesai.
Tidak ada jalan penyelesaian yang diterima oleh penduduk secara tepat setakat ini.Hanya pada tahun lalu khabar angin dari warung kopi mengatakan kilang akan ditutup pada tahun ini ,tetapi sehingga sekarang ia masih beroperasi.
Video klip ini adalah bukti luahan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan