13hb.Feb.2009
Salam sejahtera
Copy dari Tranungkite
Penyelewengan Najib melalui kroni-kroninya di dalam GLC Felda
Oleh TokPenghulu
Oleh Amirul Mukminin
Dalam siri kali ini, kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Najib iaitu laki kepada Primadona Rosmah kerana berjaya mengterlingkupkan kerajaan negeri Perak. Tapi selepas ini, wahai warga Felda, kita akan dapat melihat Felda pula yang akan diterlingkupkan oleh Najib sepertimana beliau membuat onar seperti dinegeri Perak. Keterlingkupan yang berlaku dalam Felda ini adalah dengan cara menyusun kroni-kroni beliau didalam Felda Holdings untuk memudahkan beliau menyedut segala hasil yang terkandung dalam ‘Dulang Emas’ Felda. Untuk melancarkan lagi perjalanan misi memenuhkan poket sendiri, beliau telah melantik BALACI beliau dalam jawatan-jawatan penting dalam Felda. Datuk Bakke Salleh dilantik sebagai Pengarah Urusan Bagi Felda Globalventure yang dulunya disandang oleh Datuk Tarmizi sedangkan beliau juga adalah Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings.Segala kontrak dan apa juga yang boleh disifatkan sebagai sumber poket Najib akan dibuat oleh Datuk Bakke tanpa mengikut prosedur. Tindakan serakah ini dilakukan oleh seorang SINGH yang diimport khas dari luar untuk mengetuai Jabatan Audit. Jadi segala tindak tanduk yang tidak bermoral ini akan dapat ditutup oleh SINGH ini. Sebagaimana berbelitnya serban diatas kepala, begitulah segala tipu muslihat dapat dibelit oleh beliau ini. ‘Click’ Datuk Bakke seperti Datuk Tahir, SINGH ini dan Halim SI MATA MERAH telah dipergunakan oleh Datuk Najib untuk memenuhi nafsu serakah mereka dan kroni-kroninya. Jangan lupa juga kepada seorang lagi BALACI Najib yang amat rakus menyedut dan menelan hasil keluaran Felda, iaitu Datuk Yusof Basiron, bekas orang kuat MPOB yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Felda sekaligus sebagai seorang “taukeh” kepada CB Industries Sdn Bhd yang merupakan kontraktor utama dalam pemasangan “Continuous Sterilizer’ dan juga Dandang dalam kilang-kilang Felda. Mari kita perlakuan seorang demi seorang BALACI Najib ‘And The Gang’.
DANDANG DAN CONTINUOUS STERILIZER ( CS )
CB Industries Sdn Bhd ini adalah salah satu anak syarikat Synergy. Synergy duduk dibawah Sime Darby, Sime Darby dipunyai oleh adik kepada laki Rosmah yang juga cuba nak beli IJN. Itulah serba sedikit susur galur syarikat CB ini. CB ini merupakan kontraktor utama dalam pemasangan CS dan juga dandang (boiler). Cuba bayangkan, 1 CS ini berjumlah 15 juta keatas. Kalau 5 kilang saja yang dipasang, berpa kos yang diperlukan ? Cuba kirakan... Sebagaimana yang telah dibongkar pada siri sebelum ini, berkaitan dengan CS ini, Datuk Bakke cuba sedaya upaya telah mewujudkan satu kumpulan “Task Force” yang ditubuhkan semata-mata untuk memberi laporan yang baik-baik sahaja tentang CS ini. Matlamatnya adalah untuk memasang lebih banyak lagi CS dalam kilang. Lagi banyak CS dipasang, lagi banyak komisyen masuk dalam lubang poket masing-masing. Makin kayalah Yusof Basiron, lagi kayalah Synergy dan lagi kayalah Najib akhirnya. Itu adalah perihal CS. Tak cukup lagi duit sebanyak itu yang masuk, CB juga digunakan untuk memasang dandang baru dikilang-kilang walaupun dandang berkenaan bermasalah sepertimana yang berlaku di kilang jengka 21. Harga satu dandang adalah antara RM 5 hingga 10 juta. Jika 15 kilang memasang benda ini, berapa kosnya ? HALIM SI MATA MERAH melompat kesukaan sehingga lupa daratan lalu dia pun mewar-warkan kilang-kilang yang dipasang dengan boiler ini boleh beroperasi terus walaupun tanpa kelulusan JKKP, tanpa mendapat pendaftaran mesin dandang (PMD)dan pendaftaran mesin pengandung tekanan PMPT. Sebagai contoh, kilang jengka 21, dimana kesemua pendaftaran tersebut tidak ada dan ini bermakna kilang beroperasi tanpa kelulusan yang sah daripada JKKP dan juga kolam pengeluaran Effluent yang bersaiz kecil sehingga menyebabkan kilang terpaksa membayar ribuan ringgit untuk memindahkan air kumbahan kilang tersebut ke kilang jengka 8 dengan menggunakan lori. SI MATA MERAH, bila ditegur oleh JKKP dan Alam Sekitar, beliau dengan bangganya mengatakan bahawa sekarang dibawah penguasaan Najib si laki Rosmah, tanpa menghiraukan bahaya dan pencemaran serta keuntungan kepada syarikat. Dalam menjalankan mesin-mesin ini tanpa kelulusan, mereka hanya mementingkan keuntungan kepada diri mereka sahaja. Untung untuk syarikat, letak tepi dulu. Tengok la tu, Najib pun jadi SANG KAMBING HITAM oleh SI MATA MERAH ini.
HALIM SI MATA MERAH - Wira Tak Didendang...
i) Rugi VS Rugi – Untung
Dalam laporan untung rugi tahun 2008, Hj. Halim (SI MATA MERAH) dengan bangga mendapat pujian yang melambung tinggi daripada Datuk Bakke kerana kilang-kilang bawah kelolaannya mendapat keuntungan yang tinggi (kononnya). Tapi, tahukah anda wahai Bakke Salleh, SI MATA MERAH hanya menyembunyikan FAKTA yang sebenar. Sebagi contoh, Kilang Sawit Nitar telah ‘short’ minyak sebanyak 90 tan metrik kerana untuk menampakkan bahawa OER kilang-kilang akan menjadi tinggi. Jika salah SATU sahaja kilang yang mencatat OER yang rendah, ini akan memberi kesan kepada keputusan ‘KEUNTUNGAN’ kepada keseluruhan kilang.
Jika 90 tan metrik yang ‘short’; jika 1 tan bernilai RM3000.00, bermakna ‘KEUNTUNGAN’ sebenarnya perlulah ditolak dengan kerugian yang ditanggung ini. Tak perlu MERAHkan MATA untuk membuat ‘congakan’ ini. Itu tidak termasuk100 ribu tan metrik lagi minyak yang ‘OFF SPEC’ yang tidak terjual sehingga kini akibat tindakan-tindakan BODOH yang dilakukan oleh MATA MERAH ini. Beliau mengarahkan kilang untuk menyedut MINYAK KOTOR daripada ‘CONDENSATE SUMP’. Minyak kotor yang diproses ini kemudiannya dijual dengan harga 50% lebih murah daripada harga pasaran. Bayangkanlah berapa kerugian yang ditanggung akibat daripada perbuatan JIJIK ini. SI MATA MERAH tak takut punya, sebab Yusof Basiron ada, kerana SI YUSOF ini adalah bos MPOB dulu. Boleh runding punye..... Perkara ini kalau dicekup pun, hanya tindakan ringan sahaja yang dikenakan kepada Pengurus kilang sebab Pengurus itu hanya menjadi KAMBING HITAM SEMENTARA sahaja. Sebagai contoh, Pengurus Kilang Sawit NITAR hanya dikenakan tindakan bertukar sahaja, tanpa ada menerima sebarang tindakan yang MENAKUTKAN daripada MATA MERAH. MATA MERAH kata “ U jaga I, I jaga U pulak nanti ”, tapi Pengurus itu lupa bahawa ayat itu tak lengkap lagi. Sepatutnya ia berbunyi macam ni “ U mesti jaga I, tapi I tak gerenti boleh jaga U, kalau I kena, U dulu la yang mampus !!!”. Nampaknya Pengurus tersebut terpaksa menjadi BIDAN TERJUN kepada KAMBING HITAM demi menjaga periuk nasi yang entah akan meninggalkan kerak yang tebal atau nipis. Kalau nasib tak baik, nasik pun tak sempat nak masak.
ii) CEO Berkebajikan
Itulah HALIM SI MATA MERAH. Khabarnya STENO kesayangannya baru-baru ini telah kena siasat, ada 16 kes salah laku!!! Tapi atas desakan SI MATA MERAH ini setelah berjumpa dengan Tuan Tajuddin, yang lekat hanya 2 kes saja. Yang lain-lain tu, tak gusar sangat sebab ada seorang SINGH yang menjadi BALACI untuk meng‘COVER’ kes-kes macam ni atas arahan SI MATA MERAH ini. Ramai yang beranggapan kes ini akan selesai kerana SI MATA MERAH telah ‘marah’ sebab orang-orang kesayangannya telah disabitkan dengan kesalahan tatatertib. Dia anggap, semua ‘orang-orang’ dia kebal belaka kot....biasanya kalau orang dia, semua akan lepas hatta membunuh sekalipun. Kalau orang lain, kena buang la jawabnya walaupun kes yang disabitkan adalah tidak munasabah. Tapi dalam kes ini, kita berasa pelik dengan tindakan SI MATA MERAH untuk menyelamatkan CIK SITI WAN KEMBANGnya, tidak terdetikkah hati manusia-manusia diluar sana tentang keadaan ini ? Kenapa nak bela sangat STENO dia tu ? Ada ape-ape ke ? Kena siasat ni... Jangan takut nak siasat, SI MATA MERAH ni pun bukan kebal sangat, ada pistol pun bukan berani nak tembak, entahkan nak isi peluru pun tak tau...
iii) Hobi VS Lobi
Sekarang kita masuk bab hobi SI MATA MERAH ni pulak. BELIAU suka main GOLF, dan selalu main GOLF dengan seorang kontraktor yang dikatakan kawan karibnya. Sebelum tu, kita cari maksud tentang perkataan HOBI ni...Dalam apa Kamus pun, baik di Malaysia, Indonesia, Amerika, Uganda dan Israel sekalipun, menyatakan HOBI adalah perkara yang dilakukan hanya pada waktu lapang, untuk memenuhi kepuasan diri saja, tiada bermotifkan keuntungan. Tapi bagi SI MATA MERAH ini, untuk melampiaskan nafsunya yang berkaitan HOBI ini, beliau ini tak mengira tempat dan waktu, baik waktu lapang mahupun waktu kerja. Berbalik kepada RAKAN beliau yang dikatakan seorang kontraktor itu, adalah seorang kontraktor yang bernaung dibawah syarikat yang dinamakan sebagai ATTS (apa maksudnya pun tak tahu-mungkin juga bermaksud Aku Terseksa Tanpa Simata merah-ATTS) yang telah diberikan kontrak untuk menyelenggara Dandang (Boiler). Keluar main golf dengan sahabat, lebih-lebih lagi seorang kontraktor adalah salah bagi orang lain, tapi TIDAK bagi SI MATA MERAH ini. Maknanya kalau orang lain buat, tak boleh, tapi kalau dia sendiri yang buat tak apa pulak. Hukum apa yang dia pakai pun kita tak boleh nak tafsir. Biasanya kalau mengikut hukum alam, ‘jatuh’ mestilah ‘kebawah’, tapi SI MATA MERAH ni boleh buat sesuatu itu jatuh bukan kebawah, tapi keatas. Kalau tak faham lagi, maknanya dia boleh buat apa saja, tetapi orang lain masih tertakluk dengan undang. Jika SI MATA MERAH ini berkhidmat dengan TENTERA, dia boleh gunakan satu istilah berikut, “BUAT APA YANG BOS DISURUH, JANGAN IKUT APA YANG BOS BUAT”. Tapi dia bukan pegawai tentera, askar pencen pun bukan. Berbalik kepada kisah Boiler ni tadi, dengar ceritanya ada 15 kilang FPI akan dipasang dengan Boiler ni. Perkara ini terbongkar bila salah satu tiub Boiler yang dipasang, bocor, lepas tu tak ada kelulusan JKKP pulak. Bayangkanlah pekerja-pekerja yang berkaitan dengan Boiler ini, sentiasa berada dalam bahaya setiap hari- keluar rumah, apabila pergi kerja, sama seperti menapak menuju ke neraka (tempat kerja). Bagaimana nanti jika berlaku kejadian yang buruk, adakah SI MATA MERAH akan menyara janda-janda mereka serta anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka akibat telah “gugur dimedan boiler”? Adakah SI MATA MERAH akan menyalahkan mereka yang telah mati.
iv) Lagak bagai FBI dalam FPI
Selepas siri kedua dalam pembongkaran penyelewengan yang berlaku terutamanya penyelewengan yang dilakukan oleh tampuk pemerintahan teratas FPISB khususnya, SI MATA MERAH kini diketahui berada dalam keadaan ‘kerisauan yang maksimum’ tentang pendedahan yang berkaitan dengan dirinya. Dengar cerita, SI MATA MERAH kini sedang memohon lesen senjata api untuk keselamatan dirinya. Dia takut orang tembak dia, dia ingat negara kita kita ni macam Israel ke ? Main tembak sesuka hati ? Tapi sikapnya lebih teruk daripada Israel. Sebab apa ? Israel akan melindungi kaumnya sendiri, walaupun kaumnya yang membuat salah. Tapi SI MATA MERAH ni bukan saja tak melindungi pekerja sendiri, tapi salah dia sendiri pun orang lain akan tanggung. Harap-harap lepas ni dia mohon lesen raifal pulak, pergi kerja boleh selit kat pinggang macam Rambo.Kalau nak selamat lagi, ambik lesen helikopter, tak payah pergi kerja naik kereta, selamat sikit, tak ada orang nak langgar. Tapi kalau dia pergi kerja bawa senjata, maknanya selepas ni, CEO Felda Security pun terpaksa TABIK ‘spring’ lah pada dia. Tapi, dia kena ingat, zaman sekarang ‘senjata’ boleh wujud dalam pelbagai bentuk, tak semestinya meletup dan pakai peluru saja. Kadang-kadang sehelai rambut pun boleh menjadi senjata!!!
v) SPRM Penilai Filem
Harap-harap ‘BPR Baru’ iaitu SPRM dapat berfungsi dengan Bersih Cekap dan Amanah dibawah pemerintahan Pak Lah. Harap dapatlah kiranya datang ke Felda amnya, FPI khususnya sekali lagi untuk menyiasat perkara-perkara yang menjadi ranjau dan duri dalam memacu pentadbiran sebuah organisasi yang gah di mata dunia, bukan dimata SI MATA MERAH. Sudilah kiranya pihak SPRM dapat meluangkan masa untuk ‘jengok-jengok’ apa-apa yang berkaitan dengan CB, beramah mesralah dengan SI MATA MERAH, cubalah bertanya khabar tentang perniagaan yang dilakukan oleh Datuk Tahir – bagaimana Datuk Tahir boleh ambil buruh asing Bangladesh tanpa mengikut prosedur yang sah. Beliau ada sedara ke kat sana ? satu lagi buat pengetahuan SPRM, Felda Holding juga sedang mencari bakat-bakat baru untuk menjayakan pementasan teater yang bertajuk “BPR Di Pinggir Kali”. Sinopsisnya berkisar kepada beberapa orang BALACI Datuk Bakke dan Datuk Tahir telah berpura-pura menyamar sebagai anggota BPR dan plot ceritanya menggambarkan kedua-dua orang Datuk ni adalah teraniaya kerana BPR hanya pulang dalam keadaan “Lenggang Mak Limah” tanpa membawa apa-apa bukti penyelewengan. Mereka tu cuba menggambarkan bahawa mereka menjadi KAMBING HITAM diatas kesalahan yang mereka tak buat kononnya. Harap-harap SPRM dapat mengesan siapakah yang mengepalai pementasan ini, siapa pengarahnya, siapa pula pula pelakon terhebatnya, siapa menulis skrip, siapa pula yang jadi Wira Tak Di Dendang ? Tolonglah siasat sampai sehingga kepada orang yang menjaga suis lampu pentas teater tersebut sekalipun. Dengar cerita, bulan Mac 2009 ni, ada rombakan besar-besaran, SI MATA MERAH akan ganti Datuk Tahir, Datuk Tahir pulak jadi TPUK-Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings. Murah sungguh rezeki Datuk Tahir, dah lah dapat banyak duit niaga Bangladesh, dapat jadi TPUK pulak tu. Nasib lah Felda Holdings...Datuk Bakke dengan kroni-kroni nya, Tajuddin pulak dok sibuk mendalami ilmu agama, Datuk Tahir dan HJ Halim sibuk buat duit je dan Mahizan pulak sibuk buat diari yang entah apa-apa walaupun tahun ini diari dia lebar sikit.
Sekian dahulu pendedahan yang dapat dibuat oleh pihak kami. Kami harap pihak-pihak yang berkaitan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan. Wahai warga Felda, marilah kita sama- sama berdoa agar Felda tidak bangkrap sepertimana MAS dan Tabung Haji akibat daripada disentuh oleh tangan kotor yang dibawa oleh Datuk Bakke. Kita tunggu untuk episod BONGKAR yang seterusnya. Buat Dato’ Najib pula, anda telah gagal menyempurnakan amanat, hasrat dan cita-cita yang telah ditinggalkan oleh Almarhum ayahanda anda untuk melihat Felda berkembang maju.
Yang ikhlas tapi jauh,
Amirul Mukminin.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Jumaat, Februari 13, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan