DI DEPAN WAJAH SI HINA YANG CERIA
Kaudatang dengan wajah hina
Yang sengaja disolek ceria
Membawa sumpah dan kata
Tanpa saksi pengesah segala bukti
Tanpa silu kaumeneguhkan fitnah
Tanpa segan kaumenjunjung nama tuhan
Konon atas nama keadilan
Aku memang tidak ingin berpihak
Tetapi melihat segala tindak
Dalam diam hatiku membengkak
Tatkala di laman maruah bangsa
Kulihat bening kolamnya
kian berkocak
Kerana tamak kehendak
Tega kita melebarkan puak
Demi mengotakan segala dusta
Dicipta segera sekelip mata
segala tari, silat dan petua
Dan dalam diamku
Di depan wajah si hina yang ceria
Aku bertanya: selepas ini siapa dan lagi apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan