INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Mac 17, 2009

BUDAK JENERASI KEDUA

Dalam seminggu dua ini saya didatangi budak-budak jenerasi kedua yang bekerja dengan Technoplant dan seorang ketua blok bersembang dan bercerita berkaitan isu semasa .....

Maka dalam masa bercerita , terselit cerita bahawa Technoplant tipu pekerja jenerasi kedua yang bekerja dibawahnya.

Macam macam cerita ........Ada yang kata ....sekarang gaji murah tak macam mula masuk kerja dulu......Tak ada paysheet gaji lah.... Bayar gaji pakai tulis tangan jer lah....Socso entah ada entah tidak....Kwsp entah carum entah tidak.........

Yang ketua Blok pula bercerita lagi padu...."Budak-budak ni kerja gaji tak cukup sebab bla....bla.....cuba kau bayangkan keluar peyment sekian ribu bayar gaji tak sampai pun......mana lebihnya..!......Apa yang techno. buat semuanya pakai duit kita ...kita yang bayar.....rugi atau tak rugi kita tetap bayar....kau caya pada audit ?...tobat aku tak caya !....dia bukan masuk ladang ...sepatutnya apabila audit datang wakil peneroka mesti ada sekali.. cek...kerana itu duit kita....atau duit itu kita kena bayar..."Aku tak kata apapun ......dengar sambil berfikir........



Maka pada hari ini pada jam 8.05 saya pergi jumpa Pengurus Techno. di pejabatnya....yang sememangnya dia sedang menungu saya.

Saya berpendapat apabila berlaku sesuatu masaalah dalam Felda kita bersemuka atau berbincang dahulu pada yang terbabit baru kita faham apa yang berlaku sebenarnya....





Dalam rumusan perbincangan dengan Pengurus Techno.

Rumusanya ialah,
  1. Semua pekerja ada socso dan dicarum setiap bulan.


  2. Semua pekerja ada caruman KWSP dan dibayar sebelum 15 haribulan setiap bulan


  3. Gaji pekerja mengikut pendapatan BTB purata bulanan dan kerajinan kehadiran kerja.Angaran kerja sehari masa ini RM18.00-21.00 satu kong.

Pengurus berbincang sambil menunjukan fail-fail bukti pembayaran.

Pada pekerja semua pada masa ini dibawah pengurus yang ada, Technoplant buat yang terbaik untuk semua jenerasi kedua Felda.pada pekerja ...kerja dengan baik dan kerja seperti biasa...

Beliau menjelaskan dia ingin semua jenerasi kedua Felda yang ingin bersama dengan Felda dia akan membantu sedaya mungkin.

Komen saya ialah ...
  1. Sepatutnya ada payseet gaji diberi pada pekerja yang didalamnya tertulis jumlah besar,pemotongan socso,pemotongan kwsp dan baki bersih.
  2. Masaalah kedua tu ...entahlah tak tergamak aku nak tanya....

Nanti dalam mesyuarat JKKR aku nak tanya.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong