Kejatuhan harga komoditi kepala sawit dan getah mula memberi kesan kepada rakyat yang bergantung hidup sepenuhnya kepada kedua-dua komoditi itu. Antara yang menerima kesan segera kejatuhan harga komoditi ialah masyarakat peneroka yang tidak mempunyai sumber pendapatan lain. Akibat daripada masalah ekonomi dunia, permintaan untuk komiditi diluar negara turut berkurangan ini memberi kesan kepada golongan peneroka yang biasa mewah ketika harga momoditi mencecah RM900 /tan tahun lalu. Peneroka yang tertekan mula mencari jalan untuk mengatasi masalah kewangan yang meruncing antara tindakan mudah ialah dengan mengeluarkan wang simpanan atau menjual apa-apa aset yang ada. Sasaran mudah bagi peneroka ialah dengan menjual Saham Koperasi Pemodalan Felda Berhad (KPF), satu-satunya aset yang dimiliki oleh semua peneroka. Tinjauan di ibu pejabat Felda di ibu kota memperlihatkan pemandangan luar biasa yang belum tidak pernah dilihat sebelum ini, ia itu kehadiran peneroka dalam jumlah yang besar/ramai. Difahamkan para peneroka terbabit datang dari seluruh negara , mereka menghadapi masalah yang hampir sama iaitu masalah kewangan. Kunjungan mereka Ibu Pejabat KPF dipercayai bukan untuk membeli saham sebaliknya adalah untuk menjualnya bagi mengatasi masalah kewangan. Mereka mendakwa terpaksa menjual saham bagi menampung pelbelanjaan dan mengekalkan keselesan hidup. “jika saham KPF ini tidak dapat dijual alamat kena jalan kakilah, “ kata salah seorang daripada mereka yang ditemui. Krisis ekonomi di Amerika dan Eropah tanpa disedari sudah sampai tempiasnya kepada para peneroka Felda . Namun berita berkaitanya tidak dilapor media arus perdana mahupun elektronik. Media masih memapaparkan kejayaan peneroka mempunyai rumah, kenderaan dan kehidupan yang senang lenang hasil bantuan kerajaan dan Felda. Apatah lagi dengan lonjakan kenaikan harga komoditi seperti sawit dan getah baru-baru ini sentiasa ‘diratibkan’ di akhabar arus perdana sebagai kejayaan kerajaan. Kini harga komoditi tersebut telah menurun secara drastik, contohnya harga komoditi itu minggu ini adalah pada sekitar RM1.70 - RM1.80/kg untuk getah (sebelum ini RM5/kg) dan RM270 - RM300/tan pula untuk sawit (sebelum ini RM750/tan). Isu penurunan harga komoditi tidak dibincangkan didalam media tetapi para peneroka telah menanggung kesanya sejak hujung tahun lalu. Seorang pelabur PKF , Suhaimi Yadim 40, berkata para pelabur kini resah dan bimbang nilai saham KPF turut merudum sebagaimana harga saham-saham di pasaran Saham Kuala Lumpur dan seluruh dunia. Suhaimi yang turut ke ibu pejabat PKF menyangka kehadiran begitu ramai orang di situ adalah suatu demonstrasi jalanan tetapi sangkaan meleset kerana sebeanrnya ia bukan demonstrasi sebaliknya para pelabur PKF yang berebut untuk menjual saham masing-masing. “Mereka adalah para peneroka Felda dari seluruh negara,” katanya. Suhaimi berpendapat, penjualan besar-besaran saham peneroka didalam PKF akan memberi keuntungan kepada pihak lain kerana sebelum ini saham peneroka adalah antara yang tertinggi didalam PKF. “Dengan penjualan secara besar-besaran dibimbangi aset peneroka akan mengecil dan diambil alih pihak lain yang akan menguasai PKF dan Felda akhirnya,” ujarnya. Setiausaha Lajnah Peneroka PAS Pahang, Che Zuhar Harun 47, menggesa Felda dan kerajaan mengatasi segera isu berkenaan bagi mengekalkan aset peneroka didalam PKF. “Kita tidak mahu saham peneroka didalam PKF semakin susut dan akhirnya manjadi minoriti dan pihak luar mengambil alih KPF dan Felda,” ujarnya.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan