INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Mei 07, 2009

DAIRIKU HARI INI

Hari ini jam 3.30 pagi dah bangun pergi surau dengan sahabat-sahabat buat solat hajat semoga perak menjadi aman seperti dahulu dan memohon beri kemenangan pada yang benar tak kira sapa pun janji dia yang benar...
Jam 6.30 gi minum dengan kawan-kawan kat kedai ..
Terima pangilan tel dari cup ...bertanya lada kulai hari ini terima atau tidak....
Saya kata tak terima kerana hari ini cuti Hol kalau kerja nanti sultan murka...
Fama tak datang dia pun nak cuti gak..sesekali........cianlah sikit.....
cup cakap..."Tapi saya dah petik dah ada lebih kurang 12 kg".........saya jawab ...."Oooh masaalah ni...nanti saya pergi pasar...nak tanya pemborong  dia  nak atau tidak".....

Saya pergi pasar borong Chini....
Satu pemborong ingin membeli RM2.00 sekilogram dengan alasan lada sekarang harga jatuh...batal...
Tanya lagi seorang pemborong ...jawapanya tak terima langsung kerana katanya dalam satu hari 10 kg pun tak habis.....masaalah............masaalah.................batal...
Pergi pula kat pemborong ayam cina dari johor......dia terima dengan harga RM2.00 tapi lada mau tenguk dulu.....setuju.....nak naik moto jer dia pangil ..."Elooo...kawan..... saya punya pak tak mau..oooo lada sudah banyak...sana".......
masaalah......masaalah......batal....

Masa buah memuncak  ramai pemborong dan orang persaorangan berminat nak beli lada kulai..sehingga ada yang mengatakan jual kat fama RM 4.00 sekilo terlalu murah dan kalau jual kat dia mahal  dan dia sangup beli RM6.00 sekilo....dan.....sekarang hakikatnya apabila berlaku begini semua senyap.......jadi jangan cakap lebih bla...bla....

Fama juga lah....akhirnya.....
Untuk pengajaran pada rancangan lain....hantar saja pada FAMA selagi dia tak merajuk...kalau dah dia merajuk nanti...... kita buat jeruk dan kita jual dengan jenama 
 "JERUK LADA KULAI CHINI"


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

LKTP1436 berkata...

Salam. tak pegi Perak ke....

Bercakap pasal pasaran barangan pertanian, sebenarnya, inilah masaalahnya org kita Melayu gagal,
kita tidak ada saluran pemasaran yg terbaik,

Kita hanya ada Fama, mereka org makan gaji, mereka bekerja secara org makan gaji.

Walau macam mana pun, kira oklah dari tak de langsung.

Saya ade cerita pasal pemasaran sayur ni....tapi ceritanya panjang juga...

Abang ipar saya cuba menceburi bidang penanaman sayur-sayuran...
pakai pekerjalah seorg dua...
dia memasarkan sayur-sayurannya kepada seorg taukeh cina.

Cina itu pula menghantar sayur-sayuran tersebut kepada pasar borong diselayang KL.

Harga yang di bayar tersangatlah murahnya, tetapi kelebihannya, taukeh tersebut sanggup mengambil seberapa banyak sayurnya dan apa juga jenisnya......tak memilihlah...

Masaalahnya apabila dia meninjau kepasar harian, dia dapati harga yg dijual dipasar, 3, 4 kali ganda lebih mahal dari harga yg diambil oleh pemborong tersebut darinya.

Saya tanya dia, apakah dia rugi, kerana cina tersebut mengambil dng harga yg murah itu, dia jawab tak rugi.....tapi geram.

Akhirnya dia ambil keputusan, dia menghantar sendiri kepasar harian.

Mula-mula elok....lama-lama, harga yg ditawarkan oleh peniaga di pasar tersebut semakin murah.

Akhirnya dia berhenti tanam sayur dan menoreh getah.... inilah yg payahnya......

Kalau dia terus berusan dng pemborong dari pasar selayang tersebut, walau pun murah, tetapi pasarannya terjamin.....

Sebulan dia boleh dapat bersih RM 2, 3 ribu kira ok lah .....

Apo nak di kato....

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong