INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Jun 27, 2009

SAMAN JANGAN TAK SAMAN

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan. Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 2-1, dengan Abdul Malik menentang.



13 Januari 2008:- Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussoff dan Muhd Azmi Bin Talib menerukan nafas perjuangan menegakkan keadilan mereka di Mahkamah yang merupakan ruang mencari keadilan. Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam kes Awang Soh & 353 yang lain lwn FELDA & 2 yang lain, Mahkamah telah memberikan gantirugi am sebanyak RM7.1 juta, gantirugi teladan sebanyak 10% iaitu RM710,000, faedah keatas jumlah penghakiman daripada tarikh pemfailan tindakan dan juga kos tindakan dalam sidang perbicaraan yang disambut tepukan gemuruh 354 orang peneroka FELDA yang setia menanti keadilan dipertegakkan.

Setelah 11 tahun menderita dek kerana hak yang terang-terangan dinafikan atas nama kuasa, FELDA dan Felda Palm Indutries Sdn Bhd diputuskan telah melakukan fraud, penipuan dan konspirasi keatas peneroka-peneroka dengan memaksa mereka menjual buah sawit dengan harga yang tidak munasabah dan mengredkan buah sawit berkualiti dibawah gred yang munasabah.


6 tahun dahulu, 354 orang peneroka memanjat tangga-tangga pejabat peguam bagi menyuarakan isi hati mereka, tetapi ditolak atas pelbagai alasan. Kos yang tinggi, melawan pihak berkuasa, tiada kes, tiada bukti dan sebagainya. Namun, setelah luahan isi hati peneroka tersebut didengari oleh insan yang masih tinggi prihatin terhadap nasib anak bangsa, keadilan ditunjukkan walau terpaksa menunggu lama. Tetuan Wan Rohimi & Asmadi, berbekalkan segenggam tekad dan segunung azam memperjuangkan nasib golongan bawahan peneroka, memfailkan saman pada bulan September 2002 tanpa sebarang ganjaran lumayan yang dijanjikan.

Sesungguhnya, membuka fail atas dasar "pro bono"(percuma) bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi seorang peguam yang hanya mementingkan kepala agong (wang) dan jawatan dalam persatuan mahupun dewan perniagaan. Apatah lagi menentang pihak dianjung kuasa. Namun, tidak bagi Tetuan Wan Rohimi & Asmadi yang senantiasa sedar bahawa hak dan keadilan itu jauh lebih penting daripada kepala agong (wang).

Pasukan peguam peneroka FELDA yang rata-ratanya terdiri daripada orang kuat AD hanya meneruskan nafas perjuangan yang sama sebagaimana yang acapkali dilaungkan dalam pendedahan dan tulisan AD. Korupsi, tumbuk rusuk, rasuah, makan suap, dan pecah amanah perlu, dan perlu dibanteras. Mungkin mutakhir ini menyaksikan AD dikecam hebat oleh segelintir golongan berfikiran sempit, namun kebenaran terserlah jua. Dan nafas perjuangan tersebut akan diteruskan selagi ada nyawa. Kepada pendokong agama korupsi diluar sana, tunggu dan lihatlah. Masa anda pasti tiba!!!


[DIPETIK DARIPADA SINAR HARIAN EDISI KELANTAN]

354 peneroka menang RM7j

Seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3 menang RM7.8 juta dalam kes tuntutan saman terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

Tuntutan saman ke atas Felda dan dua pihak lain dibuat di Mahkamah Tinggi, di sini kerana didakwa menipu melibatkan urus niaga penjualan hasil kelapa sawit milik para peneroka kira-kira enam tahun lalu.

Dalam writ saman itu, kumpulan peneroka itu menamakan Felda sebagai defendan pertama, Ibrahim defendan kedua dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. sebagai defendan ketiga.

Dalam tuntutan saman yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin semalam, semua peneroka yang bertindak sebagai plaintif hadir bersama peguam mereka, Wan Rohimi Wan Daud dan Asmadi Abu Bakar dari Tetuan Wan Rohimi dan Asmadi manakala pihak defendan dan peguamnya tidak hadir.

Ketika prosiding semalam, peguam plaintif, mengemukakan tiga saksi untuk memberi pernyataan secara jelas kepada mahkamah mengenai tuntutan yang dibuat ke atas Felda yang didakwa peneroka sebagai perbuatan tidak wajar dilakukan oleh badan kerajaan kepada masyarakat di tanah rancangan.

Saksi plaintif pertama, Awang Soh Mamat, 57, antara peneroka awal di Felda tersebut memberitahu mahkamah mengenai tuntutan mereka untuk menuntut hak atas konspirasi dan penipuan yang dilakukan oleh pengurusan Felda yang menggredkan buah kelapa sawit dengan melihat dari jarak jauh dan dianggap tidak munasabah.

Saksi plaintif kedua, Othman Hamat, 57, pula menjelaskan mengenai penipuan dan pecah amanah dilakukan defendan yang jelas membenarkan resit dicop untuk urusan jual beli kelapa sawit tanpa persetujuan peneroka.

Plaintif mendakwa, disebabkan konspirasi dan penipuan itu, mutu KPG buah kelapa sawit mereka telah susut nilai antara dua hingga tiga peratus KPG bagi setiap tan dan mengalami kerugian antara RM30 hingga RM50 setiap tan buah yang dijual kepada defendan ketiga sepanjang tempoh penipuan itu dilakukan, iaitu sejak defendan ketiga ditubuhkan pada 1995.

Saksi plaintif terakhir ialah Tuan Fakhrur Razi Tuan Yusof, 48, menunjukkan anggaran jumlah kerugian terpaksa ditanggung peneroka selama hampir enam tahun untuk mendapatkan keadilan dalam permasalahan yang ditanggung mereka.

Peguam plaintif juga mengemukakan ganti rugi tambahan dan teladan sebagai pengajaran kepada Felda yang mengugut serta mengancam keselamatan peneroka supaya meninggalkan Felda dan mengkhianati amanah serta kepercayaan diberikan plaintif.

Selain itu, keangkuhan defendan enggan memberikan kerjasama kepada mahkamah dengan tidak menghadirkan diri pada sesi perbicaraan semalam juga dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Setelah meneliti permohonan dan hujah daripada peguam plaintif, hakim bersetuju membela nasib mereka yang ditindas dengan mengumumkan kemenangan yang berpihak kepada para peneroka.

komen saya,

RM 7.1 juta bukan jumlah yang sedikit.

Kerana segelintir ada orang-orang dalam Felda buat kerja tak amanah inilah jadinya....

Sekarang kerana masih lagi tak mengaku kesalahan kena bayar RM 11 juta .....

Sepatutnya dari dulu lagi dah bayar...jadi tak lah naik RM 11 juta....Kalau berkeras lagi akan datang tak tau berapa juta lagi bertambah.....

Orang makan gaji dengan Felda tak kisah berapa juta pun semua ni walau pun dia tau......

Kita pertikaikan duit siapa nak bayar...?...Kalau duit hasil peneroka..cepat-cepat lah bayar.....

Sebenarnya dengan jumlah RM 4 juta itu banyak perkara kita boleh guna...tak percaya bagi kat Felda Chini 04

saya bangunkan Chini 04 lebih dari Felda Cemencu.

Ada sahabat dari Unmo pertikai katanya ..."kalau tak nak rugi jangan saman !!...."

Saya kata apa ye...!?..


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong