"Peneroka saman Felda lebih RM80j"
"JOHOR BAHRU 12 Jun - Sekumpulan 645 peneroka Gugusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Maokil, Labis, dekat sini hari ini memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.
Para peneroka terbabit mengemukakan saman itu atas dakwaan Felda melakukan manipulasi gred sawit, sistem penolakan buah muda dan sistem pengambilan untung daripada minyak busuk yang menyebabkan mereka mengalami kerugian selama 17 tahun.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Wan Rohimi & Asmadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam saman tersebut, sebanyak 645 peneroka Felda kawasan itu selaku pihak plaintif menamakan Felda defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. defendan kedua.
Peguam Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pihak plaintif berkata, saman itu dikemukakan berasaskan dakwaan penipuan, kecuaian dan konspirasi bagi menipu peneroka yang dilakukan oleh pihak defendan.
Pihak plaintif antara lain menuntut ganti rugi khas atas kerugian pendapatan berjumlah RM71,842,680 dan ganti rugi khas akibat kerugian nilai buah atau tandan muda.
Plaintif turut menuntut ganti rugi teladan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan tuntutan yang dibuat dan faedah lapan peratus mulai tarikh writ saman difailkan.
huhu..aku tak tahu bab2 saman menyaman nie,perniagaan dan menguruskan organisasi seperti felda..tapi..disebalik berita ini,memang terselit cerita penipuan hak,penganiyaan dan penindasan..haha..sejk bla ak jd skema nie..huhu..tkpela ek..
apa yg aku dgr dari mak aku..sebb 644 peneroka dan abahku sendri menyaman adalah kerana..
1~masa proses penanaman pokok thun 1989,orang2 yg t'libt telah menukr baka pokok kelapa swt dr baka yg baik,kpd baka yg krng baik..yg tdk berkualiti..sape dak bio tahu la baka yg berkualiti..ak tk ingt name dia pe..mase f5 ade blaja..
2~kilang tidak menerima buah sawit yang muda..jika t'dapt buah sawit yg muda,kilang akan reject..
dan lain2 penipuan yg dilakukn oleh org yg tdk bertngjwb..buknnya felda..tp pekerja2 felda..meraka ambil keuntungan dgn menipu peneroka2 termasuklah abahku..senng kan mereka nk dpt duit??tk kira kesusahan dan kepentingan org lain??
rasanya ramai juga gol yg dtipu oleh org2 yg tidak bertanggungjawab n yg tak amanah dengan tugas mereka..biarlah mereka dengan makanan haram mereka..ALLAH sahaja yg akn m'bls segala perbuatan mereka.."
sumber~utusan Malaysia.."
1 ulasan:
betul la..
sya tk tipu..sya ank peneroka felda maokil..
Catat Ulasan