Cerita ini saya baca dari artikal al-banjari tapi sangat menarik untuk kita semua terutama pada kerajaan yang memerintah.
"Pada tanggal 23 Jun, jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz telah datang melawat mereka. Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV...tidak ! Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini sebenarnya ialah di dalam sebuah gereja. Namun inilah hakikatnya.
Tempat perlindungan bagi pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini(pesakit). Menurut Kak Liza, sebenarnya bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam."
Mungkin kita terlalu sebuk dengan perkara-perkara lain sehingga kita lupa perkara bagini.....
Agama lain berdakwah dengan cara halus sehingga kita sendiri tidak sedar atau pun kita sedar tetapi kita sebuk dengan "dunia pentas politik".
Melayu sudah lupa...Masih ingat lagikah kita dengan peristiwa TSUNAMI di Thailand ..? Bagaimana umat islam disana diberi bantuan dari kumpulan kristian ..dengan lemah lembut ketua kristian mengingati umat islam agar sembahyang....dan apa berlaku tindak balas umat islam disana.. dengan kebaikan pehak kristian tersebut...?..
Melayu selalu lupa.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan