INI CERITA BAB DASAR
Apabila sahabat saya dari kota gelanggi 1 mengeluarkan artikaL Felda meneruskan dasar apartheid ..saya tercari-cari maksud dasar apartheid ……buat masa ini saya belum faham lagi …yang ada hubung kait dengan Felda…
Walau bagaimana pun fahaman saya Dasar Apartheid di Afrika ialah penindasan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam.
Orang kulit putih orang kaya ada ladang sendiri dan orang kulit hitam tak ada apa-apa harta dan ia menjadi kuli pada orang kaya tadi..
Orang kulit putih pendatang dan orang kulit hitam penduduk tempatan,selain dari itu saya tak tau kalau ada sahabat –sahabat yang arif tolong beri penjelasan dan saya akan siarkan dalan blog ini.
Dalam Felda Peneroka tuan punya ladang .
Atas tangungjawab sebagai kerajaan yang memerintah ,kerajaan inginkan ekonomi negara berjaya dan atas kebijaksanaan Tun Abd Razak maka ujudlah Felda..disamping ekonomi negara meningkat rakyat juga mendapat imbuhanya….
Agensi yang bertangungjawab menguruskanya ialah Felda. Maka ramailah rakyat jelata memohon kerana dasarnya baik terutama kepada yang miskin amnya.
Tanah ladang diberi 10 ekar ,tapak rumah ¼ ekar dan sebuah rumah satu bilik.
Peserta yang mengikuti program ini di pangil “PENEROKA FELDA”.
Yang menariknya segala perkara yang kerajaan beri semua peneroka bayar dan dipotong tiap-tiap bulan dari pendapatan ladang.apabila segalanya selesai dibayar dalam masa 15 tahun lebih kurang .maka tanah 10 ekar ,tapak rumah ¼ ekar dan sebuah rumah adalah hak mutlak sipeneroka tersebut dan pemerintah wajib memberi geran tanah tersebut kerana itu ada dalam perjanjian awal kemasukan peneroka.
Permasaalahanya ….APA YANG PENEROKA TAK PUAS HATI.
Sebenarnya ada 1,000 perkara peneroka tak puas hati.
Semuanya berkaitan dengan
• Dasar felda yang telah dinodai olah felda sendiri.
• Peneroka diniagakan.
• Hak Peneroka dinafikan
• Felda diniagakan.
• Felda mengamalkan “menghalalkan cara”
Cuba kita fikir apabila peneroka mendapat geran dalam masa 66tahun atau 99tahun itu adalah hak peneroka ,bukan lagi hak Felda.Peneroka boleh buat apa yang dia suka.felda jangan cerita bab akta GSA. (kita sudah tau maksud GSA yang sebenarnya.)
Walau bagaimana pun kita tetap mengenang jasa-jasa Felda terhadap peneroka itu sebabnya 75% ladang peneroka diberi pada felda untuk diuruskan semula .Disinilah banyaknya, bermulanya ,permasaalahan antara peneroka dengan felda...antaranya felda mengamalkan “kadok naik junjung”.
Di artikal akan datang saya akan kupas segalanya…
Untuk kali ini saya akan cerita istilah Apartheid dalam kaca mata saya..
Tuan tanah tidak diberi hak dan pandapat dalam pengurusan ladang dengan alasan felda sudah pro dalam perkara-perkara ladang. Untuk chini 04 sahaja 55% sulaman anak pokok dan dalam blok D menjangkau 73% sulaman semula.dimana pronya felda ?
Siapa yang tanggung kos tersebut dan semuanya ini dibuat selepas tiga tahun ditebang ?
Dalam sudut lain ..Peneroka tuan punya tanah mendapat imbuhan ( bonus) RM 350.00
dan kakitangan felda pekerja kilang sawit mendapat bonus lebih 4 bulan setahun dan ada yang menjangkau 9 bulan bonus,oleylah itu rezeki dia ..tapi dia kerja dengan Peneroka tuan tanah…
Peneroka dapat apa..?...
Apabila ada segelintir ingin mengusahakan sendiri macam-macam tekanan diberi.
Hakikatnya
PEKERJA LEBIH BERKUASA DARI TUAN TANAH
Yang bermaksud
“Orang kulit hitam menindas orang kulit putih dalam dasar Apartheid Falda.”
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Selasa, September 08, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
1 ulasan:
Tu dia.......kalah ulasan saya.....
Catat Ulasan