INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, September 26, 2009

ISTERI CURANG


Saya sangat tertarik dengan artikal ini

Pasti ramai pembaca akhbar Harian Metro semalam terkejut membaca paparan muka hadapan bertajuk ‘Kejutan gila hari jadi’.

Di Kangar, Perlis, wanita menyambut ulangtahun hari kelahiran ke-31 bersama lelaki Cina di hotel murah diberkas 4 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis pada jam 5.30 pagi. Pegawai Imigresen, ibu dua anak berusia 2 dan 6 tahun itu dilapor memberi alasan kononnya dia dan pasangannya mengadakan perbincangan berhubung perniagaan. Lelaki Cina beruntung, dia dibebaskan kerana bukan berugama Islam.

Malang, suami wanita itu berniat ‘mengejutkan’ isteri, membeli kek krim buah berharga RM35 berserta sejambak bunga untuk meraikan hari jadi isteri di rumah mereka di Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, terkejut berikutan penahan isterinya. Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Janayah Dalam Syarak Negeri Perlis kerana berkhalwat, jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dipenjara 3 tahun atau keduanya.

Apakah tindakan wajar suami dalam kes terbabit?

(a) Menampar dan menyepak isteri berulangkali.
(b) Menceraikan isteri dengan talak tiga.
(c) Berbincang secara baik untuk menyelesaikan masalah timbul
(d) Menerima isteri kembali dengan permohonan maaf.
(e) Tiada satu daripada jawaban di atas ( sila catatkan dalam bentuk subjektif)


Dalam rancangan felda banyak cerita-cerita seperti ini...
Isteri curang ini berlaku apabila suami membenarkan isteri bekerja luar..atau kerja kilang eletronik dan sebagainya...
Banyak kes seperti ini dirahsiakan pada orang ramai dalam rancangan ..dan tindakkan pada suami hanya menyuruh isteri supaya berhenti kerja ...
Dua cerita yang terakhir saya dengar isteri kerja kilang suka buat over time dan boleh dikatakan tiap-tiap hari..sepatutnya masuk kerja 8.00 pagi dan balik jam 5.00 ptg ..tetapi kerana ada "sesuatu" maka balik pada jam 11.00 malam..Sisuami lama dah perasan...tapi tak ada bukti....(mungkin perasan kerana apabila suruh "makan bersama" tak mahu alasan dah kenyang)..Nak jadikan cerita kawan isteri tadi datang kerumah...tiba-tiba dia tak ada sedangkan malam tersebut tak ada "OT"..
Cerita kedua..Suami isteri yang suka berkaraokey..biasalah bila dah suka menyanyi..lama kelamaan sesekali nak juga berduet dengan orang lain...kawan-kawan katakan.....suatu ketika kena tangkap dengan Rela..kerana berduaan dalam ladang sawit..jam 11.00 malam...
Tindakkan dari kedua-dua kes ini suruh berhenti kerja kilang dang berhenti berkaraokey..maka tiadalah penceraian...
( kedua-dua cerita ini bukan diChini....he....he...)
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam Aidil Fitri,

Kawan setuju sangat pendapat deme, kadang-kadang tu, suami bukannya tak tahu, cuma buat-buat tak tahu......

Macam-macam perangai kecurangan berlaku, ada tukar suka sama suka isteri pun berlaku, kadang-kadang susah nak percaya bila yang melakukan itu nampak warak orangnya, tapi Allah sahaja yang tahu perangainya....

zulkbo berkata...

cerita yang baik buat pengajaran pada kita ..agar lebih menghargai isteri..menghargai tu maksudnya agar isteri kita tak sanggup nak menduakan kita bila ada kasih sayang yang kuat dari kita..tak mahulah berburuk sangka dengan isteri sendiri...bab undian saudara tu saya pilih..berbincang..jika tak boleh di selesaikan bercerai jalan terakhir..tapi tak perlulah sampai talak 3..wallahualam..

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong