Saya baru balik dari Bagan Pinang ...berita akan menyusul kemudian
4,000 jentera BN sedia kawal keselamatan
BANDARAYA MELAKA - Setiausaha Pemuda Kebangsaan, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid memaklumkan seramai 4,000 jentera barisan sayap Pemuda UMNO ditempatkan di Bagan Pinang bersedia bertindak lebih ganas jika polis masih gagal menjaga keselamatan akibat sikap segelintir penyokong Pas yang boleh dianggap sebagai samseng.
Beliau berkata, seramai 500 bagi setiap lapan peti undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang itu sudah bersedia untuk menggempur bagi memastikan kemenangan kekal milik Barisan Nasional (BN).
Megat Firdouz juga melahirkan kesal selepas kejadian itu dan memberi jaminan Pemuda akan memastikan jentera mampu mengawal keselamatan calon serta pengundi.
“Kami bersedia untuk bertindak balas lebih ganas jika polis gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Pemuda berkempen menjaga keselamatan, tetapi falsafah orang kata, ‘kalau orang menjual, kami Pemuda tak segan dan tak silu untuk membelinya’. Kita akan memastikan semua jentera terutama calon (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad) dalam keadaan selamat.
“Konvoi jentera BN juga akan selamat. Pemuda tidak kurang daripada 4,000 orang akan memastikan semua lapan peti undi termasuk di ladang estet dijaga dan dipantau,” katanya pada Majlis Aidilfitri Pemuda UMNO Kota Melaka, malam semalam.
Megat berharap dalam kemeriahan Syawal yang masih dirasai, kedua-dua parti dapat berkempen secara baik.
Sementara itu, Exco Pemuda Kebangsaan, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Pemuda yang sebelum ini sudah dilatih ala komando akan lebih kental dan tegas bertindak jika pihak Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi cuba mencetuskan suasana tidak baik semasa berkempen.
“Kita sudah melatih satu unit ala tentera dan ala komando di mana melantik Pemuda selama ini dan kita hanya bertahan.
“Namun saya rasa tidak perlu lagi untuk bertahan dan ditegaskan di sini, kalau pihak pembangkang cuba cuba mengambil langkah kekerasan, Pemuda tidak teragak-agak bertindak,” katanya.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Jumaat, Oktober 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan