INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, November 12, 2009

HUTANG PENEROKA RM114,778.00 SEORANG

Semalam ada perjumpaan ketua-ketua blok dengan kewangan Technoplant Ibu Pejabat ...Tak nak komenlah....

Cuma ada maklumat sikit dari peneroka Chini 04 berkaitan dengan kewangan tanam semula.

Baki Kos Bersih (Jum.Pinjaman Peneroka) RM 73,118.00 seorang .
Jumlah Faedah ( 6.25% /15 tahun ) RM 41,660.00 seorang.
Jumlah Pinjaman Keseluruhan RM 114,778.00 seorang .

Angka diatas untuk Felda Chini 04 sehingga 30.09.2009.

Pada kekawan komen lah ...jangan baca saja....nak juga mendengar buah fikiran kekawan.




Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

LKTP1436 berkata...

Hai terok juga tu.....faedahnya saja 40 ribu lebih, fikir2 kan lah.....

rohaida berkata...

saudara,
sy terpanggil untuk komen kali ni, pelik...mcmmana leh smp 100k++ utang tu, walhal hasil sawit bulan2 dr setiap ladang peneroka diambil oleh felda. peneroka hanya menikmati sara hidup dlm rm1.5k je?
erm..sy percaya hasil ladang setiap bulan utk sorang peneroka mencecah ~RM5000 sebenarnye (dr pemerhatian saya ..ladang org tua saye yg uruskan sendiri tanam semula ni)..
ade pihak yg cube kaut untung kt sini nampok gayenyer!

Gaya peneroka berkata...

kah...kah...dari kuli sampai atas semua sapu.....kah...
ketua blog pun sekali....kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

tuan2 dan puan,

Hutang peneroka akan dikenakan interest 6.25% apabila telah ditutup account. Chini 4 peringkat 1, dibangunkan pada tahun 2005. Pada tahun 2009, ia baru tahun pertama berhasil. Masih panjang lagi masa yang ada sehingga peringkat tersebut mencapai titik pulang modal.

Berbanding dengan pinjaman bank, interest akan dikenakan apabila kelulusan pinjaman diperolehi.

Bagi peneroka urus sendiri, memang pendapatan mereka lebih tetapi:

Adakah ianya pendapatan bersih?

Adakah ianya ditolak dengan kos pengankutan, pembajaan, & racun?

Adakah pokok2 mereka ini tidak dibaja?

Adakah kos angkut buah itu percuma?

Adakah ladang mereka tidak diracun?

Adakah baja ditabur tidak mengikut nisbah yang sebetulnya?

tuan2 dan puan2 sekalian,

Di mana agaknya tuan2 & puan2 berada jika Felda ini tidak wujud?
Mesti di kampung/dibandar/oversea?

Saya anak peneroka dan saya kaji pendirian Felda.Felda tidak akan memusnahkan masa depan peneroka2 Felda. Hanya orang yang tak pernah bersyukur saje yang hanya tahu melantangkan suara mencemuh dan mempertikaikan segala kemudahan, kebaikan, & kesenangan yang telah Felda berikan.

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana saya pasti akan ada orang yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini.

Sekian, terima kasih.

Gaya peneroka berkata...

komen lah ...saya tetap akan siarkan kerana itu dari suara hati dari kekawan semua....
Cuma nak tambah sikit mengapa isu ini timbul kerana rancangan lain tak menjadi masaalah macam chini 04...

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong