INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, November 04, 2009

INSENTIF RM89.5J UNTUK PENEROKA

Sumber dari Felda.net


PM umum bonus insentif RM89.5j bagi peneroka Felda
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Seramai 86,027 daripada 112,635 atau 76.4 peratus peneroka Felda akan menerima bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka bagi tahun 2009 yang melibatkan jumlah keseluruhan RM89.48 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar bonus insentif yang ditetapkan adalah di antara RM400 hingga RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.
“Bonus tersebut sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap industri kemajuan sawit dan getah, serta insentif menghantar hasil melalui Felda,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Semai Bakti Felda di sini malam ini.


Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Darjah Utama kepada Suhaimi Zainuddin sambil diperhatikan oleh Dr. Mohd. Yusof Noor (kiri) semasa Majlis Malam Semai Bakti Felda di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Pingat Semai Bakti kepada peneroka-peneroka dan kakitangan Felda.

Najib berkata, daripada jumlah peneroka yang akan menerima bonus itu, seramai 32,180 orang akan menerima ganjaran minimum, manakala seramai 51,847 peneroka yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum bonus sebanyak RM1,200.

"Peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober 2009," katanya.

Katanya, bagi peneroka sawit, ganjaran bonus minimum ialah bagi mereka yang menghantar hasil tidak kurang dari 7.01 tan sehektar, manakala ganjaran bonus maksimum adalah bagi peneroka yang menghantar hasil melebihi 13 tan sehektar.

Najib berkata, bagi peneroka getah pula, jumlah minimum yang melayakkan mereka mendapat bonus tersebut adalah bagi yang menghantar hasil sebanyak 500 kilogram sehektar.

“Sementara ganjaran maksimum adalah bagi peneroka yang menghantar hasil melebihi 1,100 kilogram sehektar,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 26,608 peneroka pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda serta tidak menepati hasil minimum, yang ditetapkan.

Katanya, bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka bagi tahun ini akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan sebelum akhir tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, Felda turut memberikan kadar pertimbangan khas sebanyak RM400 kepada kira-kira 2,000 peneroka kerana prestasi hasil yang rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak lagi produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.

“Semoga dengan ganjaran yang diberikan akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha gigih meningkatkan lagi produktiviti masing-masing.

“Saya ingin mengajak semua peneroka bersama-sama menyertai program di bawah Felda terutama ketika krisis ekonomi global dan ketidaktentuan harga pasaran komoditi sawit dan getah sedang melanda sekarang,” katanya.

Menyentuh mengenai kejayaan Felda, Najib berkata, Malaysia kini boleh berbangga dengan kejayaan yang dicapai organisasi itu sehingga mampu menjadi program penerokaan dan penyusunan tanah secara bersepadu yang terbaik di dunia.

“Pada awal penubuhannya, ramai yang tidak yakin Felda boleh pergi jauh malah ada peneroka yang ‘angkat tangan’.

“Tetapi hari ini, ada yang menyatakan kekesalan mereka kerana meninggalkan Felda malah mahu menyertai semula jika diberi peluang. Ini petanda baik untuk Felda,” katanya.

Beliau dalam pada itu, turut memberitahu, Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) di Feldajaya Utara Trolak, Sungkai, Perak yang bakal dikenali sebagai Kolej Tun Abdul Razak akan menerima kira-kira 1,000 pelajar terbaik seluruh negara.

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong