Saya sangat tertarik dengan berita dari PAHANG DALY ONLINE.Kerana perkara ini bukanya kali ini sahaja.Hari Raya yang lalu berlaku juga seperti ini dan tahun sebelumnya juga berlaku seperti ini....Saya yakin bukan kontrektor yang sama ...
Entahlah....kerja orang cerdik....
Edisi Pahang: Pengguna Kecewa, Jalan Masuk Ke Kuantan Sesak Teruk Di Batu 10 Gara-Gara Kerja Penyelengaraan Yang Tidak Sesuai Pada Masa !!
KUANTAN, 26 Nov [2.15 pm] - Gara-gara kerja tidak tentu masa, ramai pengguna jalanraya yang mahu ke bandar ini tersangkut dalam kesesakan. Kejadian berlaku diantara
Kem Batu 10 simpang masuk ke Felda Gugusan Panching hingga ke Batu 12 Jalan Gambang. Menurut sumber, kesesakan yang berlaku amat teruk sekitar jam 1.00 petang tadi. Banyak kenderaan yang tersangkut berjam-jam lamanya, gara-gara kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak terbabit tidak kena pada masanya. Menurut salah seorang pengguna jalanraya yang menghubungi PDO sebentar tadi beliau sudah hampir satu jam tersangkut dalam kesesakan di Batu 12 menghala ke bandar Kuantan. "Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku. Sepatutnya pihak berkenaan tidak membuat kerja pada waktu puncak seperti ini. Tambahan pula menjelang Hari Raya Aidil Adha esok. Ini menyusahkan kami yang mahu berurusan segera di bandar Kuantan" katanya. Sementara itu, difahamkan kesesakan berlaku kerana ada kerja-kerja membaik pulih jalan dan menebang pokok sedang dilakukan oleh pihak kontraktor yang berkenaan. Masalahnya, kenapa kerja-kerja dilakukan pada waktu tengahari yang mana orang ramai sedang bersesak-sesak untuk masuk ke bandar Kuantan melalui Jalan Gambang.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Khamis, November 26, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan