INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Februari 21, 2010

54 Tahun Wujud Felda Masih Gagal Bantu Bumiputera.


54 Tahun Wujud Felda Masih Gagal Bantu Bumiputera.
Oleh Jamilah Kamarudin
JERANTUT, 20 Feb - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang ditubuhkan sejak tahun 1956, didakwa masih gagal membantu serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi Bumiputera.
Ini kerana keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi Felda setiap tahun hanya menguntungkan segelintir pihak tertentu yang berkepentingan dan tidak dinikmati majoriti peneroka.
Timbalan Presiden KEADILAN Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tujuan asal penubuhan Felda yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak adalah untuk membasmi kemiskinan luar bandar masih tetapi matlamat ini masih lagi jauh daripada sasaran.
Malah mereka kini dibelenggu pula dengan masalah masa depan generasi kedua hasil daripada transformasi Felda daripada sebuah agensi kerajaan kepada syarikat konglomerat.
"Felda Holdings dan kira-kira 60 anak syarikatnya seperti Felda Plantations dan Felda Technoplant merupakan syarikat berorientasi komersil yang berasaskan sistem kapitalis.
"Tujuan utamanya adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Maka tidak hairanlah jika mereka tergamak melakukan penindasan ke atas peneroka yang menyertainya, seperti memberikan pendapatan yang rendah dan mengenakan kadar faedah yang tinggi," katanya semasa merasmikan Konvensyen Peneroka dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan di Jerantut, Pahang hari ini.
Konvensyen itu dihadiri lebih 1,000 peneroka dan generasi kedua daripada seluruh negara.
Acara ini julung kali diadakan oleh Biro Hal Ehwal Felda KEADILAN pada peringkat kebangsaan bagi membincangkan halatuju dan dasar agensi itu yang bakal dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan pusat Pakatan Rakyat.
Sumber dari Suara Keadilan
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

kembara putih berkata...

Betul juga tu. 54 tahun dah cukup lama, tapi macam takde perbezaan. Kalau dari awal peneroka dok kait kelapa sawit, sekarang pun masih kait kelapa sawit juga. Kalau awal dulu banyak hutang dengan Felda, sekarang pun peneroka masih terbelenggu dengan hutang juga. Dah macam jadi buruh paksa la pulak. Yang untung besar Felda juga, siap boleh buang duit jadi penaja sana-sini, nasib baik lah tak taja F1.

Tanpa Nama berkata...

mereka-mereka yang malas berusaha aje yang mesih menadah tempurung dengan felda. Yang beringat dan bersyukur dah boleh buat rumah besar, kereta besar dengan usaha sendiri. Salah sape ?

Gaya peneroka berkata...

Perkara ini lah yang sedang kita perjuangkan

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong