INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Jumaat, April 16, 2010

Umno `joli' dengan wang peneroka Sungai Buaya

Nasib malang bekas peneroka Felda Sungai Buaya sampai sekarang tidak terbela. Penderitaan mereka sejak penghujung tahun 1997 sehingga kini belum menampakkan tanda bahawa penduduk memperolehi wang baki mereka sebanyak RM360 juta.

Kebanyakan mereka ahli dan penyokong kuat Umno. Sebaliknya kesetiaan kepada Umno itu dibalas dengan empat kali janji palsu pemimpin Umno terutama di negeri Selangor setiap kali menjelang pilihan raya umum kononnya mahu menyelesaikan pembayaran baki wang tersebut.

Felda tersebut yang sudah bertukar Kampung Sungai Buaya apabila ladang mereka diarah jual kepada syarikat pemaju yang ditandatangani pada 23 Disember 1994 dengan janji menjadi jutawan kerana ditawarkan hampir RM1.2 juta seorang.
Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dikatakan mahu memajukan utara dan kawasan pedalaman Selangor menjadi tonggak utama memujuk rakyat supaya menjual ladang mereka kepada pemaju.

Syarikat tersebut mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin Umno negeri. Sebab itu secara tidak langsung kerajaan negeri Umno ketika itu memberi jaminan dan keyakinan kepada penduduk secara janji mulut membesarkan ucapan kononnya mahu tolong peneroka yang hidup susah dijadikan jutawan.

"Siapa tidak mahu jadi jutawan," soal penduduk yang tidak mahu dedahkan nama beliau kerana kes kampung itu masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.

"Kami orang Umno amat percaya dengan janji manis kerajaan negeri, malah semasa menandatangani perjanjian pun kami tidak diberi peluang baca sebabnya perjanjian tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.

Oleh kerana mempercayai pemimpin Umno... masakan mereka mahu tipu kita. Maka kami yang disuruh sign pun kami ikut. Bila kes sudah jadi macam ni (pemaju tidak bayar baki) kami tunjuk perjanjian kepada peguam... peguam soal balik kita kenapa kamu sign?

"Barulah kami sedar rupanya ada yang tidak jujur dalam perjanjian. Jadi kita amat kesal kerana Umno dan menteri bersubahat sama memperdayakan penduduk kerana tamak mahu kaut keuntungan. Kalau betul pemimpin Umno jujur, dia perlu jelaskan kandungan dalam perjanjian tersebut kepada peneroka ketika itu," ujarnya.

Beliau amat kesal kerana pemimpin Umno terlalu haloba mengaut komisen daripada penjualan tersebut sehingga lupa tanggungjawab yang sebenar membela rakyat.

"Sekarang ada pilihan raya kecil... kalau mereka mahu undi kita selesaikan masalah kami," tambah beliau. Sungai Buaya termasuk dalam Parlimen Hulu Selangor.

Sementara itu, penduduk Kampung Sungai Buaya memasang kain rentang berbunyi demikian dipintu masuk kampung tersebut.

Seminggu sebelum ini dilaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah berkunjung ke kampung itu disamping pertemuannya dengan wanita Umno di situ.

Dalam komen facebook Shahrizat pada 4 April terdapat komen Aminah Hussin, berbunyi; "Orang mandi berselam, kami mandi bertimba."

Kemungkinan komen itu dibuat susulan Shahrizat ke kampung tersebut.

Tambah Aminah, nasib 363 peneroka tanah rancangan Felda Sungai Buaya seperti `melukut di tepi gantang.'

Beliau juga mendedahkan satu perjanjian antara peneroka Felda tersebut dengan syarikat pemaju untuk membangunkan Sungai Buaya, dengan tawaran bernilai RM121 ribu seekar.

Pendahuluan dibayar RM10,000.00 semasa dokumen perjanjian ditandatangani, selanjutnya dibayar oleh pihak syarikat secara berperingkat sehingga lunas dalam masa 48 bulan daripada tarikh perjanjian ditandatangani.

"Malangnya, sampai saat ini pihak syarikat baru membayar 35 peratus. Berbagai usaha dibuat dan merayu kepada beberapa pihak, namun hasilnya tak kunjung tiba," tulis beliau.

Aminah turut menyebut, sebaliknya lain yang berlaku di Felda Sendayan, Negeri Sembilan selepas 12 tahun lebih 500 peneroka di situ menerima pembayaran RM1.2 juta selepas pemaju bersetuju membayar RM500 ribu secara tunai pada 2007.

"Satu unit rumah banglow bernilai RM240 ribu dan tanah untuk dusun seluas dua ekar untuk satu orang, maka mereka sekarang menjalani kehidupan elit dan selesa," tambah Aminah.

Sehubungan itu, penduduk Kampung Sungai Buaya meminta kerajaan negeri turun membantu dan campurtangan dalam soal tanah tersebut.

Kata mereka, kalau kerajaan negeri boleh bertegas dalam soal tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana tidak bayar premium sejak 2001, kenapa ia tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama keatas pemaju terbabit.

Jelas mereka, ini kerana terdapat laporan mengatakan pihak pemaju gagal membayar premium tanah seluas 1,335.46 hektar tersebut.

Bagaimanapun sumber kerajaan negeri memberitahu tanah itu telah tergadai kepada bank kerana pemaju gagal membuat pembayaran balik pinjaman mereka.

Dimaklumkan pinjaman bank oleh pihak pemaju sebenarnya sudah mampu untuk melunaskan hutang mereka kepada penduduk sekalipun semuanya berjumlah RM403,965,766.

Oleh kerana itu timbul persoalan kemana pergi wang hak peneroka terbabit?

Pemaju dan orang politik Umno yang terlibat bersenang lenang dan bermewah dengan wang tersebut sedangkan peneroka yang dijanjikan jutawan sebaliknya bekerja mengutip barang lusuh.

Ada juga yang bekerja pengawal keselamatan di kilang kerana hilang mata pencarian. Setengahnya pula menoreh pada pokok getah tumbah di ladang yang mereka telah jual itu, untuk sara kehidupan.

Sebaliknya dalam keadaan hidup terdesak itu masih ada pihak yang memusnahkan periuk nasi mereka dengan menebang pokok getah tersebut.

Berbanding dengan pemimpin Umno berjoli dengan wang ke luar negara seperti Muhammad Taib yang juga bekas Ketua Penerangan Umno dihebohkan dengan dua beg wang tunai ditangkap di Australia.

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke negara tersebut. Bagaimana beliau mengumpul wang sebanyak itu?

Bukan itu sahaja, tanah di New Zealand itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Asnan yang dibeli pada 1996 dengan harga US$3 juta. Dokumen juga menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga US$550,000; dan empat keping tanah di Mataitai seluas 144 hektar dibeli pada 29 November 1996 dan 11 Mac 1997.

Kes dengan bekas isteri beliau kerabat Sultan Selangor turut membabitkan wang sebanyak RM16 juta. Kekayaan bekas orang kuat Umno itu berlaku selepas perjanjian jual beli tanah di Felda Sungai Buaya pada 1994 walaupun ada yang mengatakan ia kebetulan.

Kenyataan bersumpah Muhammad Taib mengisytiharkan hartanya sebanyak RM30.8 juta. Harta pegangan beliau melebihi RM74.5 juta tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.

Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta daripada perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau sebagai pemimpin Umno di Selangor.

Sementara itu, Nazir Masjid ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, Wan Hairul Anwar Abdullah memaklumkan seramai 245 orang penerima zakat bagi asnaf fakir dan miskin di kampung tersebut.

Menurut beliau itu belum termasuk bacian dan permohonan baru boleh mencapai 30 orang dalam tempoh tiga bulan.

Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka daripada ladang getah.

Melalui mesyuarat exco pada Mac 1994 kerajaan negeri ketika itu telah meluluskan penukaran syarat Akta GSA 1960 bagi membolehkan pemaju membangunkan Felda berkenaan.
...Summary only
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah UMNO, dulu kini dan selama-lamanya RASUAH . Kalau bukan rasuah, bukan UMNO namanya.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong