INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Jun 02, 2010

Peneroka-peneroka Harus Ambil Tahu!

Peneroka-peneroka Harus Ambil Tahu!
Persoalan 1: BERAPAKAH PENDAPATAN CEO FELDA SETIAP TAHUN?

Gaji CEO Felda setahun adalah RM80,000.00 x 12 bulan = RM960,000.00
Beliau diberikan bonus 24 bulan = RM1,920,000.00
Keuntungan Felda 1% = RM8,000,000.00
Jumlah ------------------
RM10,880,000.00
==============

Persoalan 2: BERAPAKAH PENDAPATAN SEORANG PENEROKA FELDA SETAHUN?

Elaun Sara Hidup Peneroka RM1500.00 x 12 bulan = RM18,000.00

Peneroka Felda harus tahu

Akta Tanah Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran tanah secara berkelompok untuk memudahkan pemindahan tanah itu kepada pemilik-pemilik individu.
Ia bukan bertujuan untuk menjadi alat untuk mengugut peneroka-peneroka felda atau memecat peneroka-peneroka felda.
GSA tidak membenarkan tanah-tanah itu diberikan kepada syarikat atau badan-badan korporat tetapi hendaklah diberikan kepada pemilik-pemilik individu (sebagai peneroka/tuan tanah).
Felda telah menyelewengkan tujuan ini dengan memberikan tanah kepada Felda Plantation, sebuah anak syarikat Felda.
Lebihkurang 840,000 ekar tanah kerajaan Negeri yang diuruskan oleh Felda telah diserah kepada Felda Plantation.
Pakatan Rakyat menuntut supaya Felda Plantation dimansuhkan dan tanah-tanah ladang itu disukat dengan keluasan 10 ekar setiap lot dan tanah-tanah itu diberikan kepada pihak-pihak seperti berikut:
(a) Anak-anak peneroka Felda (Generasi Ke-2 atau Ke-3)
(b) Pekerja-pekerja anak Malaysia di Felda Plantation
(c) kakitangan rancangan-rancangan Felda apabila mereka sudah menamatkan tugas mereka dengan Felda.
Negeri-Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat hendaklah mengambil alih Felda Plantation dan menyerahkan tanah-tanah itu kepada mereka yang berhak seperti (a), (B) dan (c) diatas.

100% saya copy dari sini
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 ulasan:

nurmisnan berkata...

salam

kalau mcm ni le gaji CEO sampai lebih 1 juta setahun makanya felda harus ambil tindakan.

sawit bukan naik harga tinggi tapi gaji diorang plak mencecah melangit

apa tindakan yang harus di buat?

Tanpa Nama berkata...

kalau dah bapak diberi tanah, anak pulak juga diberikan tanah, apa jadi dengan kami anak kampung yang ternyata lebih daif lagi ni.Apakah felda hanya untuk peneroka anak beranak aje?.Kami juga mahukan hak kami sebagai rakyat malaysia bangsa melayu.
Sebaik-baiknya, buka peluang pada semua rakyat, terutama kami yang dari mak bapak sampai ke kami tak punya seinci tanah pun, baru tepat dengan slogan Pakatan Rakyat.

lompinlai berkata...

Wang RM 1,5000.000 yang peneroka terima setiap bulan bukan ELAUN tetapi adalah pendahuluan berupa HUTANG YANG TERPAKSA dibayar.Kos pembangunan, pembersihan dan lain kos terpaksa ditanggung.
Lepas serah ladang kepada peneroka, baru bayaran kembali dikutip sehingga selesai. Anak cucu kena tanggung jika peneroka meninggal.

Gaya peneroka berkata...

perkara sebeginilah yang kita selalu bising dalam seramah atau dalam alam maya ini...

"Kalau kita inginkan pilihanraya yang telusssss tanpa rasuah !.. kita kena jatuhkan UMNO dahulu"
ucapan dari Aziz Bari di Awani

lompinlai berkata...

Semoga semua peneroka dalam Malaysia dapat BERSATU . Dengan ini segala masalah dengan Felda dapat diselesaikan dengan berkesan.Jangan pula hari ini kata A, besok B dan lusa C.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong