INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Julai 04, 2010

Aku anak FELDA

Saya adalah generasi kedua dalam kelompok FELDA dimana dari kecil sehingga besar saya menetap di FELDA. Bila terkenang semasa zaman dahulu memang menyedihkan.Pernah keluarga kami makan ubi kayu dengan gula. Kerana apa? Kerana duit sawit yang ayah saya dapat hanya RM30.50. Saya hairan kenapa banyak sangat duit yang ditolak dalam payslip duit gaji ayah saya. Memang saya mempertikaikan FELDA pada masa dahulu sehingga sekarang. Saya tidak faham mengapa jumlah duit sawit yang dapat RM2300, tetapi bila tolak itu dan ini balance yang tinggal hanya RM30.50. Cuba anda bayangkan bagaimana saya dengan 6 adik beradik terpaksa beralas perut setiap hari. Ayah saya terpaksa mencari wang lebih dengan mengambilupah memikul baja di sebelah malam. Pada sebelah siang kerja di kebun dan malam kerja memikul baja. Menitik air mata saya bila terkenang kesusahan pada masa dahulu.
Dari kesusahan itulah saya belajar bersungguh-sungguh dan Alhamdulillah saya berjaya. Memang saya akui sekarang ini banyak perubahan yang berlaku di FELDA. Tetapi perlu diingat, pada masa kini banyak perubahan disebabkan anak-anak warga FELDA semua dah besar belaka. Warga FELDA majoritinya makan hasil anak-anak sahaja. Kalau nak diharapkan dengan duit sawit dengan getah, alamatnya sama macam dahulu. Tanyalah anak-anak FELDA, suruh diorang tengok balik payslip ayah mereka, pasti mereka bersetuju dengan kenyataan saya.
Apa yang saya pertikaikan disini adalah dimana peranan FELDA dalam menguruskan hal ehwal kebajikan kami? Kebanyakkan FELDA terletak jauh di hulu-hulu dan nak keluar ke bandar adalah jauh. Masih banyak lagi kawasan-kawasan FELDA yang masih lagi jauh ketinggalan. Ada lagi yang masih mnggunakan air tadahan hujan untuk mendapatkan air. Perkara ini amat menyedihkan.
Sekarang ini hangat diperkatakan FELDA bankrupt oleh suara keadilan. Pada saya kenyataan yang dikeluarkan adalah benar tetapi tajuknya agak keras. Saya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan, akan tetapi tajuknya perlulah diubah sedikit agar tidak menimbulkan kemarahan orang.
Pada saya FELDA tidak perlu diwakili oleh mana-mana ahli politik. Ini kerana sekiranya ahli politik memegangjawatan di felda.Makan akan berlakulah penyelewengan. Mengapa saya berkata demikian? Saya pernah memegang jawatan eksekutif FELDA pada satu ketika dahulu. Kalau masa hendak pilihan raya mesti gaji kaki tangan FELDA akan dapat lewat. Pernah satu ketika dahulu pekerja dibawah saya mengamuk kerana gaji tidak masuk lagi. Masa itu pilihan raya kecil Pangkalan pasir akan diadakan. Gaji kakitangan FELDA tidak masuk lagi walaupun sudah masuk 7hb. Bayangkan kalau orang bukannya senang hendak keluar Bandar. Dari FELDA nak keluar ke Bandar sejauh 45km. Sampai di Bandar tengok gaji tidak masuk lagi. Hati siapa yang tidak panas. Mengapa perkara ini boleh terjadi.Perkara ini tidak pernah diutarakan kerana pihak FELDA akan mengugut untuk menyingkirkan ahli nya kalau ada berlaku penentangan. Cuba anda Tanya berapa gaji eksekutif baru yang berkhidmat dengan FELDA. Rata-rata gaji mereka jauh ketinggalan dengan kakitangan swasta yang lain. Kalau nak di ikutkan FELDA mempunyai keluasa ladang yang lagi luas berbanding denggan Guthrie dan Sime darby. Akan tetapi keuntungan syarikat FELDA masih jauh kalau nak dibandingkan dengan mereka.Dimana silapnya? Seharusnya FELDA lagi hebat berbanding dengan yang lain. Atas dasar pentadbiran yang saya tidak puas hati saya mengambil langkah untuk meletak jawatan. Banyak perkara yang kurang menyenangkan telah menghantui sepanjang saya berkhidmat dengan FELDA. FELDA sepatutnya jauh kehadapan dari Sime Darby dan juga Guthrie. Kalau pentadbiran FELDA dilandasan yang betul, semua warga FELDA akan mendapat lebih dari yang ada sekarang.
Saya berharap agar satu hari nanti FELDA akan diuruskan dengan jalan yang terbaik agar semua warga FELDA akan mendapat manafaat yang banyak.

http://www.fcbiosanitarypad.com
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau nk menipu 2 berpada pada la.....warga felda makan hasil anak anak @@@@@@@@anak anak yang makan dan minta duit [walau dah bekerja di luar rancangan] dari ibu bapa di rancangan hasil dari duit getah atau sawit....jujur la pada diri sendiri. masuk la mana 2 rancangan felda dan lihat sendiri taraf hidup warga felda ,,rata 2 hampir kebanyakan rumah ada kereta ...pandang atas bumbung majoriti ada piring astro....hanya peneroka yang tidak beringat ketika hasil banyak akan bermasaalah.ingat ketika harga sawit meningkat ada yg memperolehi hampir rm 10 000 satu pusingan..sbulan dua pusingan..kura la sendiri.. bah kan ketika ini di sekitar jengka .pada ketika hasil sawit melawas pun purata pendapatan bulanan masih sekitar rm 2000 ---- rm 4000 sebulan...kalau tidak yakin kira sendiri..harga sawit sekitar rm 480 per tan darab 6 tan sebulan .sedara kata perubahan di felda hanya di sebab kan hasil anak anak..betulke dah berapa banyak anda bagi duit untuk pembangunan di felda anda sendiri..anda fikir sendiri berapa banyak felda keluarkan wang sebagai pinjaman membesarkan rumah warga felda..bayangkan 1 peneroka pinjam purata rm 25000 ada yang pinjam 50000...anda juga harus ingat mana ada badan lain yang bagi cash rm 1500 pada setiap anak peneroka yang mendapat tawaran ke ipt...smpai kan yuran tusyen anak 2 sekolah di sekolah dalam felda pun felda bayarkan,,anak peneroka cemerlang di tempatkan di asrama felda dan belajar di sekolah antara yang terbaik di malaysia ////tanpa bayaran???????anak peneroka 2cucu peneroka yg kurang berjaya juga disediakan tempat mendapat kemahiran seperti institut kini di serting, bentong ,kelana jaya . trolak ....tanpa bayaran... diulangi tanpa bayaran....itu baru sedikit senarai kemudahan yang di sediakan felda.klua nak senaraikan semuanya anda pasti tak larat nak membacanya......anda jujur la pada diri sendiri sebutkan sama kebaikan yang sudah di terima ,jangan hanya menyebut keburukan yang tidak berpandu pada fakta...dan yang pasti felda telah membayar dividen tidak kurang 14peratus???? dalam tempoh 20 tahun???? itu tidak termasuk bonus tahunan rm 1500 dan bonus duit raya stiap aidil fitri......renung dan fikir ..cari mana ada badan @ institusi didunia ini yang dapat memberikamudahan seperti yang di berikan FELDA........

lompinlai berkata...

Kakitangan dan pesara Felda saja yang tahu tentang masalah Felda. Bagi yang masih bertugas kenalah diam, takut tak berasap periuk nasi.

Dalam dunia perniagaan, biasalah adakala untung dan adakala rugi.Masa untung orang tak sibuk dan ambil kisah.

Sebagai warga peneroka , tak payah lah bertegang urat jika tiada fakta dan bukti.

Bagi peneroka Felda dilihat telah memberi keselesaan hidup dan telah meninggikan taraf hidup mereka.

Dakwaan Felda bankrap, biarlah mahkamah menentukan.

Kini Felda telah dipolitikkan kerana peneroka merupakan aset kepada parti-parti politik.

Masing-masing berusaha membela nasib peneroka. Beruntung jadi peneroka Felda.

Jadi, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku di episod seterusnya.Tahulah nanti siapa yang benar.

Ahli Kubur berkata...

ALANGKAH BURUKNYA PEMBANGKANG DI MALAYSIA. DIBERI KUASA DI BEBERAPA BUAH NEGERI TETAPI MASIH X MAMPU MELAKUKAN PENINGKATAN DALAM SEMUA BIDANG. ANDA PEMBANGKANG MALAYSIA(DAN CALON AHLI NERAKA), INSAFLAH. kITA JADIKAN DIRI KITA PENYEBAR KEBAIKAN, BUKAN PENYEBAR PEMBOHONGAN DAN KEBURUKAN SERTA FITNAH. ANDA NAIK JADI AHLI YANG BERHORMAT MELALUI CARA KEMUNGKARAN IAITU MEMFITNAH, ADU DOMBA KATA MENGATA DLL KEBURUKAN. KALAU DALAM KILANG/OEGANISASI, ANDALAH PENJAHANAM BESAR. KAMI DI KEDAH TAK SENANG MANAPUN DI BAWAH PAS. SAMA SAJA HIDUP BAWAH BN DAN PAS. TAK JADI KAYA DAN SENANGPUN DI BAWAH PAS. DI PENANG, MELAYU DIHALAU DAN KELAB MAKSIAT LEBIH BANYAK DARIPADA DULU, MASA BN MEMERINTAH.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong