Kalau boleh perbicaraan ini selesai sebelum pilihan raya 13 akan datang ....
Ia menguntungkan PR dirancangan Felda.....
..............point....point............
............point.........point............
........................Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada satu sidang media di Parlimen hari ini memaklumkan peguam FELDA telah menghantar notis tuntutan saman fitnah kepada ketiga-tiga penama tersebut.
Ketiga-tiganya diminta membayar RM200 juta dan membuat permohonan maaf kepada FELDA dalam masa 7 hari bermula hari ini atau berdepan tindakan saman di mahkamah.
Angkuhnya PKR. Mengapa Sivarasa Rasiah yang tidak tahu apa-apa tentang FELDA itu harus menjawab isu-isu ini? ......................
Mengenai saman pengurusan Felda, Dzulkarnain berkata, sebagaimana dimaklumkan oleh Naib Presiden PKR R Sivarasa, pihaknya tidak akan membayar sebarang sen kepada agensi itu.
“Malah kami juga mengambil pendirian tidak akan memohon maaf kepada Felda sebagaimana dituntut oleh Felda semalam,” kata beliau.
Dzulkarnain berkata, pihaknya merasakan mahkamah merupakan tempat yang sesuai untuk mencari kebenaran isu berkenaan.
“Mahkamah akan merupakan tempat untuk memanggil semua pihak pengurusan Felda, pengerusi, menteri untuk memberi memberi keterangan,” katanya.
Sehubungan itu beliau mempertahankan bahawa apa yang dilaporkan adalah satu penerbitan yang adil berdasarkan fakta yang diperoleh daripada sumber-sumber berwibawa.
“Kami tidak melihat adanya elemen-elemen fitnah, ia adalah satu komen yang adil... sepatutnya Felda yang menyediakan kenyataan jika mereka merasakan bahawa laporan kami ini tidak adil, kami sedia untuk menyiarkan... tetapi sekarang isu ini sudah sampai di tahap ini (tuntutan mahkamah),” katanya.
Semalam, Felda mengemukakan notis menuntut ganti rugi RM200 juta serta permohonan maaf daripada PKR berhubung laporan Suara Keadilan, yang mendakwa Felda dikhuatiri akan bankrap.
Selain akhbar milik PKR itu, notis tuntutan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, turut dihantar kepada penerbit akhbar itu, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetaknya, Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.
Tuntutan itu dibuat berdasarkan kerosakan reputasi kepada Felda disebabkan tuduhan ia dikhuatiri bankrap yang terkandung dalam Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun lalu.
Suara Keadilan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata beliau menyambut baik tindakan Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung edisi sulungnya.
“Itu tanggungjawab pihak berkuasa, jadi ia bukan satu isu bagi saya,” kata beliau sambil menambah, pihaknya bersedia untuk menghadapi apa jua tindakan.
“Mungkin selepas ini polis akan menyiasat... kalau mereka mendapati kami salah, sila ambil tindakan. Tetapi kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata beliau.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Sabtu, Julai 03, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
2 ulasan:
salam bro,
Gua pun setuju gak... teruskan saman...
saman bang ....jangan tak saman...aku pun nak tau gak mana perginya duit felda yang billion billion tu. yang tolong sabah tu buat ape? ....cuma yang aku tak caya hakim kat malaysia ni.....tak yakin dengan hakim wooo....
Catat Ulasan