INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Sabtu, September 11, 2010

LAGI CERITA FELDA PALONG

Oleh Jamilah Kamarudin dari free malaysia today

LAPORAN KHAS GEMAS: Aidilfitri menjelma lagi. Bagi umat Islam yang merayakan kemenangan setelah 30 hari menunaikan ibadah puasa, bahang kemeriahannya begitu terasa, terutamanya kanak-kanak, malah ianya turut dikongsi masyarakat lain di Malaysia.

Pelbagai juadah disediakan, begitu juga pelita dihidupkan dihadapan rumah, yang dicat dan dihias serba baru, tidak lupa juga persalinan pakaian baru tradisional pada awal pagi raya.

Semua ini disediakan bagi menyambut kunjungan keluarga, sanak-saudara dan tetamu yang akan bertandang ke rumah sambil bermaafan sempena 1 Syawal.

Namun disebalik keghairahan meraikan bulan Syawal, masih terdapat golongan masyarakat yang tidak mampu menikmati semua keistimewaan itu.

Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela.

mbut kunjungan keluarga, sanak-saudara dan tetamu yang akan bertandang ke rumah sambil bermaafan sempena 1 Syawal.

Namun disebalik keghairahan meraikan bulan Syawal, masih terdapat golongan masyarakat yang tidak mampu menikmati semua keistimewaan itu.

Semua ini disediakan bagi menya
Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela.

Pelbagai masalah membelenggu kehidupan masyarakat disitu. Daripada hal pemberian hak milik geran tanah kepada peneroka sehingga ada yang tersingkir daripada tanah rancangan, masih wujud lagi pekerja ladang tempatan Felda yang memiliki pendapatan dibawah paras kemiskinan.

Kais pagi makan pagi

Tatkala Felda mengumumkan asetnya meningkat kepada RM6.2 bilion dalam tempoh lima tahun 2004 hingga 2009 hasil keuntungan harga komoditi sawit dan getah dan manakala pegawai eksekutifnya menikmati pendapatan bulanan yang mewah, nasib yang berbeza dialami golongan pekerja bawahan yang bekerja sebagai buruh Felda.

Bagi kira-kira 50 pekerja tempatan ladang getah milik Felda Plantations di Palong 18, hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Antara aktiviti kerja ladang yang dilakukan termasuklah menebas lalang, menoreh getah, meracun, membaja, dan sebagainya.

Berhempas pulas membanting tulang empat kerat enam hari seminggu (Sabtu hingga Khamis) daripada seawal 6.30 pagi hingga 7 petang, namun mereka hanya memperoleh purata upah kira-kira RM19 sehari.

"Walaupun elaun minyak dan pengangkutan disediakan, namun pendapatan kami tidak pernah mencapai sehingga RM1,000 sebulan.

"Hendak cari duit lebih dengan kerja lebih masa (overtime) pun kadangkala disekat oleh pengurusan ladang".

"Lebih malang lagi ada pekerja biasa yang hanya dapat RM400 sebulan. Kami tidak mendapat gaji asas yang tetap. Semuanya bergantung pada upah seharian," kata seorang pekerja Sulaiman Birham ketika ditemui FMT.

Sulaiman, 32, yang juga berperanan sebagai mandur di ladang tersebut sejak tiga tahun lalu berkata perkara ini telah pun diadu kepada Pejabat Buruh namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

"Pegawai di Pejabat Buruh menolak aduan kami kerana menurut mereka kuasa untuk menentukan tangga gaji terletak di tangan Felda Plantation," katanya.

Jumat Sariman, 40, berkata bukan setakat gaji yang diberikan terlalu rendah, malah kebajikan pekerja juga tidak dijaga dengan baik.

"Walaupun Felda menyediakan tempat tinggal bagi pekerja tetapi tiada kemudahan prasarana disediakan, malah rumah kami juga tidak dibaiki sejak pengurusan baru tahun lalu.

"Buktinya, terdapat bumbung rumah bocor dan sistem kumbahan tersumbat sejak sekian lama tetapi sehingga kini dibiarkan sahaja tanpa dibaiki walaupun sudah beberapa kali perkara ini diadukan," katanya.

Anak kera disusukan...

Jumat (kanan) yang turut bekerja sebagai mandur sejak tahun 1996 berkata, keadaan ini berbeza dengan kemudahan dinikmati pekerja warga asing yang bekerja diladang yang sama.

Seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan, pekerja asing warga Indonesia dan Bangladesh diberikan kemudahan kawasan asrama yang selesa di Palong 18.

"Sebarang aduan kami selama ini tidak pernah di beri perhatian yang sewajarnya.

"Pekerja berbangsa asing diberi segala kemudahan, manakala kami pekerja tempatan tiada hak keistimewaan seperti pekerja di sektor yang lain.

"Ada antara mereka yang 'buat kacau' di kawasan Felda dan menganggu penduduk tempatan kerana terdapat kes pecah rumah, gaduh, malah ada yang tidak menghormati pekerja tempatan," katanya.

Beliau berkata masalah ini pernah dibangkitkan kepada wakil rakyat semasa tibanya musim pilihanraya, tetapi dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa sebarang perubahan.

"Kami sudah buntu nak mengadu pada siapa. YB (wakil rakyat) sudah, Badan Khairat pun sudah.

"Masa depan kami kelam kerana pekerja tidak dibenarkan tinggal disini selepas umur mencecah 55 tahun, jadi kami dan keluarga tidak tahu kemana nak pergi.

"Sudah dua kali semasa kempen pilihanraya (tahun 2008 dan 2004) mereka janji nak bagi kami status peneroka tapi sampai sekarang tak ada apa.

"Bila ditanya wakil rakyat, beliau hanya kata perkara ini akan dibawa ke Sidang Rakyat," katanya.

Ditanya mengenai persiapan raya pada tahun ini, Sulaiman berkata tiada apa yang istimewa namun masih mengutamakan persiapan terhadap tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga dua tahun.

"Kami sambut hari raya secara sederhana. Selain memasak sendiri kuih raya, hanya baju baru yang mampu dibelikan kepada anak-anak.

"Tak boleh belanja lebih dari itu kerana pendapatan saya yang tidak seberapa," katanya.



Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong