PAS akan melancarkan sekretariat khas minggu depan untuk mengumpulkan maklumat "penipuan" Felda bagi mempercepatkan proses menyaman syarikat milik kerajaan itu, kata naib presidennya.
Salahudddin Ayub (kiri) berkata, sekretariat tetap itu - yang beroperasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur itu - akan menerima aduan daripada peneroka dan membawahnya ke peringkat lebih tinggi seperti parlimen dan mahkamah.
Felda Wilayah Jengka mahu tubuhkan Jawatankuasa Pemantau Kilang
Sdr Md Zain Awang, petugas yang mengumpulkan senarai peneroka-peneroka Felda di Jengka 9 telah dihubungi oleh Pengarah Wilayah Felda Jengka untuk bekerjasama dengan Felda bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memantau Kilang Felda di Jengka 8.
Mengikut kata Md Zain, Pengarah Wilayah itu menunjukkan rasa simpati terhadap peneroka-peneroka berhubung dengan perahan KPG mereka yang dimanipulasikan oleh Felda dan Kilang Felda.
Dan Jawatankuasa yang ditubuhkan nanti akan bertindak untuk mempastikan tidak ada penyelewengan berlaku.
Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF)
Pantau, atasi isu Felda
KUALA LUMPUR- Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dan biro aduan bagi menangani isu melibatkan pengurusan dan pentadbiran Felda yang sering dibangkitkan oleh peneroka dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, antara isu-isu yang dibangkitkan ialah kaedah penentuan harga minyak sawit, bayaran balik tanam semula, perumahan generasi ke dua, permasalahan bekalan air ke rancangan Felda serta peluang perniagaan di Felda.
“GWGF merasakan semua pihak perlu memahami hakikat sebenar permasalahan yang dibangkitkan dengan melihat fakta-fakta dan statistik sebenar isu-isu yang diperkatakan ini.
“Jadi, kami mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa khusus bagi menangani isu-isu yang timbul berkaitan Felda,” katanya dalam satu kenyataan media yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Abdullah Abu Bakar di sini, semalam.
Beliau berkata, jawatankuasa khas itu terdiri daripada 30 golongan profesional iaitu peguam, doktor, pakar ekonomi, ahli perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta ahli akademik yang merupakan generasi baru Felda,
Bersambong.....
2 ulasan:
Saya betul2 menyokong gabungan padu antara PAS dan GWGF dalam usaha menangani masalah peneroka FELDA.
Eloklah semua pihak bersatu. Lagipun, yang untung adalah orang Melayu Islam yang berpendapatan rendah dan mudah terjejas.
Tahniah PAS dan GWGF.
Eh, bukan ke GWGF ni dikuasai UMNO? Ini bermakna PAS bersedia utk bekerjasama dgn UMNO atas isu2 org Melayu.
PAS tak perlu menunggu PKR dan DAP memperjuangkan FELDA. Setakat apa yg saya perhatikan, DAP langsung tdk pernah menyentuh masalah FELDA krn ia berkaitan dgn isu org Melayu.
Ini menunjukkan mrk tak ikhlas memperjuangkan masalah rakyat. Walhal, di Penang mrk desak PKR dan PAS utk bersama2 mrk membangunkan Penang yg jelas didominasi oleh org Cina.
Catat Ulasan