INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Oktober 13, 2010

Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli ( Pahang ) berdemo










Kenyataan Media Untuk Edaran

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahasiswa Peduli


Rapat Umum Suara Mahasiswa ini diadakan bagi membolehkan kami sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana “Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah kita sudah bersedia?” menyatakan pendirian tegas bahawa kami tidak bersetuju dan membantah sekeras kerasnya tindakan Pihak Pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(JHEPA) yang telah menafikan hak kami untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar,isu semasa dan menyentuh perihal Politik dan demokrasi. Lebih malang lagi, ia berlaku di dalam sebuah Institusi Ilmu yang sewajarnya bersifat terbuka,relevan kepada isu semasa dan menyentuh Hak Mahasiswa.



Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik berpendirian demokrasi dan keterbukaan Universiti Malaysia Pahang terhadap isu yang menyentuh politik,demokrasi hanyalah retorik semata. Saya melihat tindakan Pihak Naib Canselor,Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Bin Ibrahim yang tidak bersetuju dengan tajuk Mahasiswa Berpolitik membuktikan UMP hilang wibawa untuk membahaskan secara terbuka isu yang amat penting ini kepada survival generasi muda.Bayangkan,Mahasiswa IPT yang punya kesedaran ditekan sewenang-wenang seandainya ingin mengadakan Wacana Ilmu yang menyentuh Politik dan demokrasi. Saya juga ingin menegaskan bahawa tindakan JHEPA yang tidak bersetuju dengan jemputan barisan panelis Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik terdiri daripada Ketua Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi amat mendukacitakan. Panelis lain yang berada dalam senarai jemputan ialah Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia),Dr Sarjit S.Gill (Pensyarah UPM) dan Sdr Idris(Presiden GAMIS). Walaupun pindaan AUKU 2009 telah dilaksanakan,saya masih menganggap AUKU tetap menjadi senjata ampuh sebagai penghalang kepada demokrasi yang subur di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.


Justeru, sebagai Mahasiswa Tahun Akhir UMP yang punya kesedaran,saya menyeru teman-teman Mahasiswa di seluruh Malaysia agar tidak sesekali tunduk kepada beberapa siri penindasan hak untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar,isu semasa dan menyentuh Hak Mahasiswa. Saya menggesa Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP,Profesor Dato’ Dr Daing Nasir agar bersikap lebih adil kepada program Wacana Ilmu yang melibatkan Politik dan demokrasi. Kesedaran anak muda terutamanya golongan Mahasiswa di IPT terhadap isu semasa,politik dan demokrasi akan terbantut andai budaya ilmu tidak diraikan.

Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli

Mohamad Suffi Bin Kamari
Pengarah Program “Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah Kita Sudah Bersedia?”
Khamis, 7 Oktober 2010
Kafeteria Kolej Kediaman 1

Teman Mahasiswa yang berasa tersinggung dengan beberapa keputusan Pihak Pengurusan UMP & JHEPA terutamnya soal kelulusan program,soal kewangan, Isu Periuk Nasi kena kompaun,isu Baju KK2 kena beli, Jamuan Raya pun kena paksa bayar n sebagainya.Ayuh kita ramai2 turun ke Kafeteria Kolej Kediamana 1 Untruk menyatakan pendirian kita bahawa Mahasiswa TIDAK rela di perlakukan seperti BUDAK SEKOLAH RENDAH.....!
1. Saya dan beberapa teman2 penaja Jawatankuasa Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah kita sudah bersedia? berasa tersinggung dengan modus operandi Pihak Pengurusan Universiti Malaysia Pahang terutamanya Pihak Hal Ehwal Pelajar( JHEPA) UMP yang terus menerus melakukan pembantaian demokrasi dan Hak kepada Mahasiswa melaksanakan Wacana Ilmiah dengan tajuk2 yang bebas,kontemporari,isu semasa dan menyentuh secara langsung Hak Mahasiswa.

2. Saya Mohamad Suffi Bin Kamari,berumur 22 Tahun warganegara Malaysia yang telah cukup umur dan sah sebagai pengundi bagi Pilihanraya Umum ke-13 menyatakan bahawa sebagai Mahasiswa UMP Tahun Akhir,saya melihat hegemoni JHEPA dan Pihak Pentadbiran UMP amat mengecewakan kami. Niat murni saya dan teman seperjuangan untuk mengadakan satu Forum Wacana Ilmu berkisarkan Poltitik & Demokrasi dengan jemputan wakil panelis daripada Pihak Kerajaan,Parti Pembangkang dan Akademik serta NGO terus dinafikan oleh Pihak JHEPA UMP. Isu ini amat mendukacitakan saya secara peribadi kerana Pihak JHEPA secara terang terangan menolak hasrat Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak yang menyatakan beliau terbuka seandainya Isu Mahasiswa berpolitik ini dibincangkan lebih lanjut. Ini belum lagi mengambil kira kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,Dato' Saifuddin Abdullah yang begitu bersungguh sungguh meletakkan Hak Mahasiswa kembali ke tempat asalnya.Persoalannya,Kami dan teman2 AJK Pelaksanan ahanya ingin mengadakan Wacana Ilmu yang segar,bersifat semasa dan dekat dengan isu Mahasiswa dan anak muda.Tapi sekali lagi saya nyatakan,Hak kami dinafikan.

3.Rentetan kronologi dan permainan Pihak Pentadbiran UMP terutamanya Pihak JHEPA mengenai isu membenarkan panelis jemputan kami yang asal iaitu daripada UMNO,Dato' Saifuddin Abdullah, Wakil Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Ustaz Nasrudin Hassan Al Tantawi,wakil Akademik,Dr Sarjit Singh dan wakil NGO,Presiden GAMIS,Sdr Idris ditolak mentah mentah atas pelbagai alasan TIDAK munasabah.Apatah lagi Universiti Malaysia Pahang merupakan Institusi Ilmu terulung di Negeri Pahang dinafikan Hak Mahasiswa nya untuk mengadakan Wacana ini. Saya hairan lagi bingung bagaimana seorang Professor di Universiti Awam yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia( Duit Rakyat n duit cukai) masih lagi bercakap dan mengingatkan saya soal menjaga kepentingan melayu,Hak Melayu dan tanggungjawab kita memastikan Melayu terus verada di Universiti Awam.Masalahnya,Isu dan tajuk Wacana ini TIADA kena mengena denagn Melayu n etc.Kami mahu mengadakan satu Wacana Ilmu yang bebas,segar dan mendekati isu Mahasiswa.Tiada kena mengena dengan Hak Melayu,menjaga kepentingan melayu dan etc.Ini sangat menghairankan saya.

4.Untuk makluman pembaca blog The Think Tanker,saya sendiri dan beberapa orang teman seperjuangan telah hadir sendiri ke Universiti Malaya mengikuti satu Wacana Ilmu menngenai Penyubuiran Demokrasi yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang Parti Poltik daripada UMNO,PAS,PKR dan DAP duduk bersama sama berwacana mengenai Penyuburan Demokrasi di Malaysia.Nah,persoalannya, kenapa bila kami dan teman2 Maahsiswa yang punyai kesdaran dan ingin mengadakan Wacana Ilmu yang segar dinafikan semata-mata. Adakah ada perbezaan Universiti Malaysia Pahang dengan Universiti Malaya atau Universiti Islam Antarabangsa? Apakah bezanya Mahasiswa di UMP dengan Mahasiswa UIA & UM?

5.Malah,kami di peringkat Ahli Jawatankuasa Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpoltik telah bermesyuarat pada 2 September 2010 dan bersetuju untuk mengubah Panelis asal dan mengikut selera Pihak JHEPA. Akhirnya,setelah beberapa kali perubahan dilakukan kerna pihak JHEPA tidak senang dengan objektif kamilah,panelis daripada Parti Pembangkang lah dan etc amat mendukacitakan.Seolah olah kami sebagai Jawatankuasa Pelaksana apatah lagi Mahasiswa tidak tahu berfikir,punyai kebijakan sendiri melaksanakan Program seperti ini.Alahai~

6.Rentetan pergelutan antara kami denagn Pihak JHEPA dan pengurusan tertinggi UMP memuncak apabila Pihak Pengurusan Tertinggi UMP tidak bersetuju denagn Tajuk Mahasiswa Berpoltik ini atas dasar tajuk ini sudah lapuk dan Pihak Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa tidak membenarkan Mahasiswa Berpoltik. Nah,satu lagi bentuk tindakan autokratik yang bertentangan denagn landas Instiusi Ilmu terulung di Pantai Timur.Saya menyatakan bahawa kita hanya mahu mengadakan satu Wacana Ilmu dan ingin menyedarkan Mahasiswa dan Orang Muda tentang Hak dan isu yang kadang kala Mahasiswa sendiri payah hendak fahami. Apatah lagi denagn Pilihanraya Umum yang akan berlansung setahun dua lagi,kami dengan niat murni ingin membangkitkan semangat bahawa kesedaran berpartisipasi dengan proses demokrasi masih lagi rendah. Masalah terbesar yang saya lihat di peringkat JHEPA dan Pengurusan Tertinggi UMP ialah betapa prejudisnya Isu Maahsiswa Berpoltik dan betapa saya dan teman seperjuangan yang cuba melaksanakan Wacana Ilmu ini seperti melakuakn dosa besar,jenayah dan sebagainya.

7.Oleh yang demikian,kami ingin mempertahankan Priinsip kami bahawa Isu Mahasiswa Berpoltik dan juga Proses Demokrasi akan terus kekal relevan dan penting untuk dibahaskan. Saya ingin memaklumkan bahawa kami di peringkat Jawatankuasa Pelakasana telah membatalkan Wacana Ilmu ini kerna mempertahankan Prinsip dan mengutuk sekeras kerasnya percobaan pihak JHEPA dna pegawai pegawainya serta Pihak Pengurusan Trtinggi UMP yang dilihat begitu tidak terbuka,menyukarkan Jawatankuasa kami melaksanakan Wacan Ilmu ini. Oleh yang demikian, saya dan teman2 seperjuanagn akan mengadakan satu sesi Rapat Umum Suara Mahasiswa untuk menjelaskan perkara sebenar serta menyatakan kepada Pihak Pengurusan Tertinggi UMP bahawa kita TIDAK berstuju denagan layanan kepada Mahasiswa UMP sendiri yang bertungkus lumus menjayakan Wacana Ilmu ini. Ingat,Wacana Ilmu Maahsiswa Berpiltik ini datang daripada Idealisma Mahasiswa sendiri,penggeraknya ialah Mahasiswa dan pelaksana nya ialah Mahasiswa. Namun Hak Mahasiswa terus dinafikan....
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong