INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, November 21, 2010

Peneroka Lembah Klau terima habuan

Sumber dari sinar harian

LEMBAH KLAU – Seramai 32 peneroka Kampung Felda Lembah Klau menerima habuan menjelang sambutan Aidiladha sebanyak RM453,992 sebagai pampasan untuk projek

pembinaan Empangan Klau.

Timbalan Ketua UMNO Cawangan Lembah Klau 2, Muhammad Musa berkata, pemberian itu untuk fasa kedua dengan tuntutan dilakukan menggunakan khidmat guaman daripada Tetuan Sharif Ridzuan & Co.

Menurutnya, pampasan itu membabitkan kira-kira 3.2 hektar untuk setiap peneroka tidak termasuk penyerahan RM3,000 sebagai deposit bantahan di Pejabat Tanah Daerah.

“Sebelum ini, seramai 214 peneroka menerima habuan masing-masing untuk pemberian pampasan fasa pertama sebanyak RM695,235 menerusi khidmat guaman sama.

“Kita tidak tahu nasib peneroka lain yang mengambil keputusan untuk bertindak sendiri. Kita hanya menguruskan peneroka yang secara sukarela bersama kami membuat tuntutan berkelompok seperti ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Wakil Tetuan Sharif Ridzuan & Co, Wan Rosman Datuk Wan Abdul Rahman menyerahkan cek pampasan kepada peneroka terbabit.

Muhammad berkata, masih terdapat dua lagi peneroka yang menunggu proses mahkamah untuk mendapatkan hak pampasan mereka.

Katanya, bantahan yang dibuat terhadap tawaran pampasan kali pertama membolehkan peneroka menerima lebih nilai.

“Setidaknya, usaha kami mendapat perhatian dan wang pampasan ini dapat digunakan untuk menampung kos sara hidup setelah tiada pendapatan tetap dari hasil ladang.

“Peneroka yang mempunyai sebarang pertanyaan dan perkara berbangkit boleh mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan supaya isu ini dapat diselesaikan pada kadar segera,” katanya.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong