INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Januari 30, 2011

Rentetan Perjalanan Hari Mengundi ( REFRESH SELALU )







1:18
Admin: Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ.


1:06
Admin: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi.
12:52
Admin: Lembah Bakti - Beberapa trak dan kenderaan askar masih berusaha memindahkan penduduk yang terbabit banjir di sana.
12:50
Admin: UPU Sawah Bahru - Sehingga jam 12.30 tadi 70.8% sudah keluar mengundi.
12:48
Admin: Ladang Labis Utara - Sehingga jam 12.30 sudah 38.44% keluar mengundi.


12:42
Admin: Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Sek Agama Felda Chemplak Barat. Hujan masih lebat di sana.
12:30
Admin: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi. - Malaysiakini.
12:26


Air mulai naik, jalan menuju ke pusat mengundi SMK Kamarul Ariffin pagi tadi
12:26
Admin: Ladang Labis Utara - Kawasan rumah ditenggelami air kira-kira sekali dalamnya.
12:24
Admin: Cikgu Mala tiba di SK LKTP Chemplak, keadaan sangat lebat. Lalu lintas sesak.




12:19
Admin: Pekan Ayer Panas - 4 buah bot Pertahanan Awam Malaysia kini dibawa masuk bagi mengangkut pengundi terlibat banjir.
12:16
Admin: Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air. Ramai pengundi tidak lepas berjalan ke pusat mengundi.
12:00
Admin: Cikgu Mala sedang menuju ke pusat mengundi SK LKTP Chemplak, meneruskan lawatannya.



11:40
Admin: UPU Bandar Labis Timur - 17% pengundi saluran 1, 2, 3, 4 sudah keluar mengundi.
11:37
Admin: UPU Pekan Ayer Panas - 35.17% sudah keluar mengundi.
11:36
Admin: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. - Harakahdaily.
11:35
Admin: UPU Kampung Redong - 53.7% bagi saluran 1 dan 2 keluar mengundi.
11:32
Admin: Normala sempat menyantuni petugas-petugas SPR dan pengundi-pengundi di situ.
11:28
Admin: Cikgu Mala tiba di Pusat Mengundi Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Bandar Labis Timur.
11:22
Admin: Di UPU Labis - 15.54% sudah keluar mengundi bagi saluran 1, 2 dan 3.
11:19

Peraih undi tetap setia walaupun hujan lebat
11:14
Admin: Di UPU Felda Tenang - 46.8% keluar mengundi saluran 1, 2 dan 3
11:08
Admin: Cikgu Mala tiba di SMK Kamarul Ariffin disambut laungan takbir penyokong yang merayu undi. Kenderaan bergerak perlahan.
11:03
Admin: Calon PAS, Cikgu Mala kini bergerak menuju ke Sek Men Kamarul Ariffin.
11:03
Admin: UPU Ladang Labis Utara - 19.74% pengundi saluran 1 telah keluar mengundi.
11:01
Admin: Di SK Sawah Bahru - 55.4 % pengundi sudah keluar.
10:55


Peraih undi di Felda Chemplak
10:49


Pengundi saluran 1
10:41
Admin: Di SK Pekan Air Panas - Keadaan semakin meriah dengan laungan semangat penyokong yang bersilih ganti. Air hujan dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.
10:37
Admin: Di SMK Kamarul Ariffin - Pengundi Melayu kurang keluar mengundi, rumah banyak ditenggalami air hujan. Saluran 2 telah ramai keluar mengundi.
10:35

Cikgu Mala menyapa salah seorang pengundi di SK Pekan Air Panas
10:31


Cikgu Mala di SK Pekan Air Panas
10:27
Admin: Di SMK Kamarul Ariffin, kelihatan pengundi mula bertali arus keluar mengundi walaupun hujan semakin lebat. Majoriti pengundi di kawasan ini dari kaum Cina.
10:23
Admin: Cikgu Mala tiba di SK LKTP Tenang. Lalu lintas ke pusat mengundi sedikit sesak dan hujan semakin lebat.
10:12
Admin: Di SK LKTP Chemplak - Hujan lebat membataskan pergerakan kedua-dua petugas parti meraih undi.
10:06
Admin: Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub sejak awal pagi tadi bersama dengan beberapa orang pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat membuat lawatan kesemua 12 UPU.
10:03
Admin: Peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.
9:59
Admin: Di SMK Tenang - Lebih 150 pengundi sudah keluar. Perayu undi masih tegar meraih undi di sepanjang jalan menuju pusat mengundi.
9:55
Admin: Di SK LKTP Chemplak - Lebih 100 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Keadaan hujan lebat tidak menghalang pengundi keluar awal.
9:46
Admin: Laporan dari SK Kampung Tenang - Saluran satu ramai yang sudah keluar mengundi. Mereka dibawa dengan kenderaan SPR dan dipayung petugasnya masuk ke pusat mengundi.
9:42
Admin: Cikgu Mala sedang menuju ke SK Sawah Bahru
9:40
Admin: Di SK Pekan Air Panas, 2 saluran mengundi dibuka. Mengiringi Cikgu Mala, suaminya dan pimpinan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah, Senator Mumtaz dan YB Dr. Mariah Mahmud
9:31
Admin: Satu jam pertama, pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai dan lebat di beberapa kawasan.
9:29
Admin: Bilangan perayu undi dari kedua-dua parti bertambah - berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi sejak jam 7.30.
9:27
Admin: Dari UPU Kampung Redong, 50 peratus pengundi sudah keluar mengundi. Tiada sebarang provokasi dilaporkan berlaku.
9:14
Admin: Calon PAS, Cikgu Mala sudah mula bergerak melawat ke UPU Kampung Redung, Pusat Mengundi di SK Kampung Tenang.
8:58
Admin: Hanya kenderaan berstiker dibenarkan SPR masuk menghantar pengundi di pusat mengundi.
8:42
Admin: Calon PAS, Cikgu Mala dan pimpinan Muslimat PAS melawat ke Pusat Mengundi SK Kampung Tenang.
8:25
Admin: Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).
8:24
Admin: DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos
8:22
Admin: Dua belas - SK Kampung Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Pekan Air Panas, SK LKTP Tenang, SMK Kamarul Ariffin, Dewan Bola Jaring JKKK Labis, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Dewan Masyarakat Ladang North Labis, SK LKTP Chemplak, Sek Agama Felda Chemplak Barat, S,MK Tenang, SJK (Tamil) Ladang.
8:19
Admin: Jam 8.00 pagi tadi, kesemua 12 tempat mengundi telah dibuka.
8:17
Admin: Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih terkawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.
8:16
Admin: Jalan utama Pekan Labis - Kampung Tenang - Chemplak - Bandar Labis kelihatan masih belum dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.
8:13
Admin: Hujan masih lebat, di beberapa kawasan Tenang Station sudah ditenggalami air.
8:11


Normala Sudirmana (PAS) vs Azahar Ibrahim (BN)
8:08
Admin: Sejak awal pagi lagi, Petugas jentera PAS dan PR mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan bersemangat.
8:06
Admin:
Pilihan raya kecil DUN Tenang bermula jam 8.00 pagi ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon PAS, Normala Sudirman dan Barisan Nasional (BN), Azahar Ibrahim.
Sunday January 30, 2011
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong