INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Februari 25, 2011

TECKNOPLANT DAN LADANG

Apabila berbicara bab Tecknoplant antara masaalah yang tak pernah selesai ialah dalam bab sempadan ladang, tak kira sempaan apa sekali pun, ia bagaikan tidak ada penghujung.

Apabila pegawai ladang tidak tahu sempadan ini bererti mandor juga tidak tahu sempadan dan lebih-lebih lagi pekerja ladang.

Ini mengakibatkan berlakunya kekalutan dan perselisihan antara peneroka taman sendiri dan Tecknoplant,antaranya membaja terlajak ke ladang tanam sendiri dan sebagainya.

Ada disesetengah rancangan felda walau pun sudah melebihi 6 tahun tanam semula tapi masaalah sempadan masih tidak selesai , malah pegawai,mandor dan pekerja ladang masih tidak tahu mana sempadan yang sebenar.

Apabila ketua blok bertanya dalam mesyuarat tanam semula pehak teckno.mempunyai seribu alasan yang berakhir dengan kesalahan di pehak peneroka.

Peneroka menyerahkan ladang pada felda untuk diurus beserta dengan plant tanah bukanya pakai tunjuk-tunjuk dengan tangan atau mulut.

Sebenarnya kalau sekadar ingin mengetahui sempadan ia kerja yang paling mudah kalau ada plant dan kompas , semua orang boleh tahu dengan mudah tak lebih dari 15 minit untuk belajar.

Tidak ada satu pegawai ladang pun yang saya lihat apabila masuk ladang dalam bakul motorsikal mereka ada plant ladang yang sebenar dan kompas.

Mengapa masih ramai pegawai ladang apabila masaalah ini timbul ia akan merujuk pada peneroka dan peneroka terkebil-kebil menjawab ...

Semuanya main agak-agak...........DAN AKHIRNYA PENEROKA DIPERSALAHKAN.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Pakat2 pagor ladang gamoknye.

Gaya peneroka berkata...

haaa....haaa...
masaalanya kalau tak ada tanda ladang ada yang potong buah terlajak sokmo..maklum lah buah mahal ni...

Tanpa Nama berkata...

Saya ni anak peneroka FELDA Jengka 2.

Tahun tebang 1995/6. Tapi sampai skang saya tak ada masalah untuk kenal pasti sempadan ladang.

Sebelum tebang semula, FELDA dah arahkan kita sebagai pemilik ladang untuk menanda pancang batu sempadan.

Dah ada pelan, pancang, lagipun dah berpuluh tahun duduk sana takkan tak tahu sempadan lagi?

Saya ni dah duduk Kuantan pun, tapi tiap - tiap minggu balik Jengka tengok ladang. Tunggu buruh / lori kasi resit buah atau pergi pejabat cuma nak ambik duit buah jek kejenya. Ni konfirm tuan ladang tak penah masuk ladang, anak - anak lagilah tak pernah. Duk merempit melepak tak tentu hala.

Mintak maaf la komen saya kasar sikit tapi sebagai TUAN LADANG, kita lah yang harus tahu sempadan bukan buruh atau Pengurus. Macammana diorang nak tahu sempadan sedangkan kita sendiri tak tahu.

Wassalam.

Gaya peneroka berkata...

100% peneroka tahu sempadan ladang masaalahnya ...
70% peneroka yang serah pada felda tak masuk ladang...
Harapkan ketua blok jer...
Disini timbul masaalah....
Tapi ia boleh diselesaikan....

Tanpa Nama berkata...

klu tuan ladang sendiri pon x tau sempadan, baek x payah jd peneroka..

Gaya peneroka berkata...

tuan ladang tahu sempadan ...
cuba faham baik-baik..dalam masa felda kempen supaya peneroka serah pada felda untuk diurus..felda kata felda yang terbaik dan peneroka duduk dan tiap-tiap bulan terima duit ladang semua felda urus...
tetapi mengapa apabila ada masaalah peneroka disalahkan..
cuba tanya technoplant masa membaja dan potong buah ada dia beritahu semua peneroka untuk tunggu diladang hanya beritahu sempadan...?
Tanpa nama bercakap mengalakkan pegawai ladang lepas tangan dan ia memberi seluas-luasnya ruang pada pencuri ...

Tanpa Nama berkata...

pakcik..yg curi buah tu pon anak peneroka jugak..mmg salah peneroka la x pndai jaga anak..

Gaya peneroka berkata...

MASAALAHNYA AWAK SEBAGAI PEGAWAI LADANG JARANG MASUK LADANG...NASIB BAIK KERJA DENGAN FELDA ...KALAU KERJA DI LADANG KOSMA ATAU SAWIRA DAH LAMA KO KENA BUANG...
KALAU PENEROKA BERITAHU ADA LADANG SEMAK MULA SEBUK TANYA KAWASAN MANA..?KAWASAN MANA..?KAWASAN MANA..?KAWASAN MANA..?KAWASAN MANA..?X KAN PEGAWAI LADANG X TAHU....

Tanpa Nama berkata...

setahu aku konsep tanam semula adalah secara kelompok maknanya perimeter sempadan kelompok adalah sangat penting. sempadan dengan peneroka tanamsendiri jarang bermasalah..yg masalah peneroka ambilalih/rampas yg sepatutnya kenalpasti sempadan dan tanda dengan jelas...kalau sikap pegawai ladang tu...memang la tak patut tapi cuba pegi tengok pegawai boustead sg jernih tu...hari2 duk mengeteh berjam2...kosma dan sawira tu bukanlah perbandingan yg sesuai...aku lebih dari kenal peel diorang...hehe

Tanpa Nama berkata...

jangan tak tahu pulak ada peneroka /anak peneroka yg alih batu sempadan...ini memang berlaku..dapat pokok lebih...masyaallah

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong