INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Mac 11, 2011

PENEROKA DAN SES

Hari yang paling mengembirakan bagi peneroka Jengka 22 & 23. Dengan kemenangan berganda BN dalam PRK Dun Kerdau dan Dun Merlimau, pastinya janji BN untuk membayar wang SES berjumlah RM 13,000.00 setiap peneroka akan diterima. Seronok sakanlah peneroka menikmatinya.
.
Dalam masa yang sama peneroka juga jangan lupa bahawa wang tersebut perlu dibayar kembali. RM 650.00 setiap bulan akan ditolak daripada gaji peneroka. Bayaran ini akan berterusan sehingga 15 tahun atau 180 bulan. (RM650.00 X 180 bulan = RM117,000.00 ).
.
Adakah berbaloi habuan yang diterima ini?...
Persoalan lain yang timbul, kenapa peneroka dimestikan membayar semula? Sedangkan ini adalah Wang SES, caruman oleh peneroka. Kemana perginya wang tanam semula RISDA? Kenapa duit penjualan kayu getah tidak diberikan kepada peneroka? Kenapa hanya peneroka di Jengaka 22 & 23 sahaja yang dibayar? Kenapa bayaran ini di janjikan sewaktu PRK?
.
Adakah benar peneroka Jengka 22 & 23 akan memperolehinya? Pencatat turut simpati terhadap peneroka ini kerana bayaran kembali yang terlalu tinggi. Adakah Felda berperanan sebagai ALONG atau LINTAH DARAT?...
.
Kemenangan BN dalam PRK ini tidak mampu untuk dibanggakan. Setelah semua agensi Kerajaan digunakan, rasuah jutaan ringgit kepada pengundi, ancaman menakut-nakut pengundi sehingga membawa pengundi mengundi BN secara terpaksa, kemewahan dan pembaziran berleluasa, projek-projek yang tidak berkualiti malah BN yang mengatakan mereka menang, turut juga memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
.
Undi Pakatan Rakyat juga turut meningkat. Seharusnya, Pakatan Rakyat diberi pujian. Kawasan Felda kini sudah boleh ditembusi. PKR berjaya menubuhkan Ranting di ketiga-tiga Felda. Permohonan menjadi ahli PKR dan PAS turut meningkat... ANAK turut mendapat tempat dikalangan anak-anak muda Felda dan berjaya menubuhkan cawangan.
.
Jika BN mengamalkan Demokrasi yang telus, sistem pilihanraya yang adil, ruang liputan media yang jujur, memberi peluang kepada Pakatan Rakyat bersiaran di TV @ Radio seimbang dengan BN, laporan media akhbar bersikap adil, semua agensi Kerajaan tidak dibaruakan oleh BN, BN belum tentu mampu mencapai kemenangan.
.
Kita nantikan pengistiharan pembubaran DUN & Parlimen PRU 13. Inilah masa yang paling sesuai untuk menterjemahkan penerimaan rakyat kepada parti yang bakal memerintah. Hanya kerajaan yang Adil, Jujur, berintergriti dan mengutamakan rakyat dan negara sahaja yang menjadi pilihan. Pakatan Rakyat mampu membawa rakyat dan negara kearah perubahan dan pembentukan Malaysia Baru yang lebih sempurna.
http://amkj.blogspot.com/2011/03/peneroka-terima-duit-tapi-hati-sakit.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Duit sarahidup seribu lebih sebulan dan lain-lain kos ladang sehingga hasil sawit mampu menampung perbelanjaan tu takkan nak free aje kot?.

Yang 13 ribu dulu tu, nak tolak hutang tadi, tapi peneroka nak jugak... tak pe laa...hutang dengan felda tak macam hutang dengan bank. Felda tak datang rumah mintak hutang, felda tak de lagi lelong tanah peneroka sebab tak bayar hutang. Peneroka aje yang dah ada sejarah saman felda. Yang kayanya peguam... alahai...kesian peneroka kena bodohkan dek mazlan.

Untung jadik peneroka..(sebab tu TITM beli tanah peneroka..)

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong