Pergilah ke mana-mana Pejabat MPOB, samada di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, atau cawangan-cawanganya di Negeri Pahang, Kuantan atau Temerloh, tanyakanlah tentang wang insentif tanam semula dari MPOB sejumlah RM4,000.00, pejabat-pejabat itu akan menyatakan bahawa peruntukan untuk itu sudah kehabisan!
Seorang peneroka Felda Jengka 3 telah menyerahkan surat daripada MPOB Kuantan yang jelas tertulis bahawa MPOB tidak ada lagi mempunyai dana untuk dibayar kepada peneroka-peneroka sebagai insentif tanam semula.
Beberapa orang Peneroka dari Felda Jengka 9 menunjukkan cek-cek yang diterima daripada MPOB tetapi apabila mahu dituntut di Bank di Jengka, cek-cek itu ditendang, menunjukkan MPOB tidak lagi mempunyai sebarang dana untuk dibayar sebagai insentif tanam semula.
Tetapi apabila berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini, semua peneroka-peneroka Felda Jengka 23 telah masing-masing dibayar RM4000.00 dari MPOB.
"Sebenarnya itulah rasuah Pilihanraya yang dilakukan oleh UMNO/BN dan Felda. Satu siasatan perlu dilakukan dari manakah sumber wang itu, kalau benar dari MPOB maka beribu orang peneroka bukan sahaja di Pahang bahkan diseluruh Negara layak menerimanya. Kalau wang itu bukan dari MPOB, maka itu adalah rasuah yang dilakukan UMNO/BN bagi menyogok peneroka-peneroka supaya mengundi calon UMNO/BN didalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau"
kata Peneroka dari Jengka 3.
Bagaimanapun, semua peneroka-peneroka didalam kawasan Tiga Segi Jengka akan mengemukakan tuntutan kepada MPOB supaya mereka dibayar wang insentif tanam semula, dan mereka akan mengemukakan melalui tuntutan guaman. "Kenapa Jengka 23 boleh dapat dan kami tidak boleh dapat?"
Orang-orang UMNO di seluruh kawasan Jengka juga mahu mengemukakan tuntutan. "Kami juga orang UMNO, kenapa kami tidak dapat? Kenapa peneroka-peneroka Jengka 23 dapat?"
Habuan rasuah kepada peneroka-peneroka Jengka 23 ini sudah memakan tuan, dan peneroka-peneroka dari UMNO sanggup berubah haluan didalam PRU-13 ini jika MPOB tidak membayar wang insentif itu kepada mereka.
Artikal dari Lubuk Kawah
1 ulasan:
Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang bodoh
Catat Ulasan