Mesyuarat Technoplant bulan ini agak tegang sedikit dengan isu yang sama dan tindakkan yang mengejutkan dari pehak peneroka sendiri.
Bulan 3,4 5 dan 6 adalah bulan musim peneroka mengambil ladang dari Felda .
Walau pun pehak pentakbiran memberi amaran dan ancaman peneroka tetap mengambil ladang antara amcaman dengan tidak secara langsung ialah
- Peneroka tidak dibenarkan bekerja dengan Technoplant diladang Felda
- Anak-anak peneroka yang mengambil ladang diberhentikan bekerja oleh Technoplant.
- Kerja-kerja kontrak ditamatkan dan lori tidak dibenarkan membuat kerja dengan Felda.
- Status ketua blok tidak iktiraf.
Antara ketua blok yang mengambil ladang dari Felda ialah ketua blok 8,9,10 dan 14.
Mengapa peneroka tetap mengambil ladang dari Felda walau pun sudah diberi nasihat dan taklimat..?
Antara puncanya ialah
- Sara hidup yang tidak cukup,felda tidak berterus terang dalam semua kerja ,felda suka bermain politik cara umno tetapi tidak pandai bermain politik cara peneroka.felda beritahu orang luar mengatakan peneroka kaya sedangkan hakikatnya peneroka mengemis dengan tanah 10 ekar.
- Pentadbiran rancangan dengan peneroka tidak bersatu..
- Banyak cadangan dalam mesyuarat tidak diterima dan tidak di minitkan..sebagai contoh peneroka mencadangkan BTB dibuat secara blok tidak disatukan dalam satu rancangan.cadangan ini telah di buat 3 bulan lepas dan di kupas lebih dari 2 jam tetapi tidak ada minit sehingga apabila peneroka ramai yang ambil ladang dan perkara ini timbul semula baru pehak pentadbiran ambil perhatian.
Tanaman semula Felda Chini 04 sulaman purata 54% dan sehingga kini sudah lebih 5 tahun peneroka tidak pernah mendapat lebihan hasil seperti rancangan lain.
Ini bermaksud technoplant tidak berjaya dan antara kesanya ialah pertumbuhan pokok tidak sekata menyebabkan rungutan dari peneroka dari segi hasil. jalan pintasnya ialah peneroka mengambil ladang dan mengusahakan sendiri.sekiranya felda cepat bertindak dengan membahagikan blok masing-masing saya percaya dan yakin peneroka tidak mengambil ladang dari felda secara beramai-ramai seperti sekarang ini.
- 3 bulan yang lalu juga peneroka mencadangkan dalam mesyuarat agar menitik beratkan masaalah sempadan dengan membuat tanda cat atau sebagainya antara kawasan paya,penanam sendiri dan tanah felda tapi sehingga sekarang tidak ada kesan kerja pun sedangkan ini penting dari segi kecurian BTS ,terlajak ambil BTS ,terlajak meracun,terlajak membaja dan pengawasan sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini dan hakikatnya ia berlaku menyebabkan peneroka tidak puas hati ...lalu jalan pintasnya ialah peneroka menganbil ladang dari felda.
Cuba kita fikirkan secara rasional ....
Kita ada tanah 10 ekar tapi felda beri pinjam RM1450.00 dengan bersih ditangan sekitar RM750.00 sebulan.
Sedangkan peneroka yang tanam sendiri berpendapatan sekitar RM5,500.00 sebulan dan ia bukan duit pinjaman.
Felda kupaslah masaalah ini secara ilmiah ...
Tetapi peneroka tetap mengatakan ini tidak adil...!!
MANA WANG LEBIHAN HASIL SELEPAS 3 TAHUN SELAMA INI.!!!
RUGI ??? ..ITU BUKAN KERJA KAMI ...ITU SILAP KAMU...
KAMI TIDAK MENYAMAN KAMU ITU SUDAH BAIK....
KAMU KENA INGAT !!!...
KAMI TIDAK CUKUP DENGAN PENDAPATAN RM 750.00.
4 ulasan:
Pelik kan? PM mahu org Felda maju. Sepatutnya peneroka disokong utk ambl alih ladang..dipantau, ditunjuk ajar..mana yang tdiak usahakan dengan betul, diberi surat amaran..Ladang tu geran atas nama peneroka..sepatutnya tiada paksaan & Felda seharusnya bangga dengan peneroka yang berusaha menaiktaraf hidup. Memang Felda banyak budi & bakti kepada org2 Felda yang sebelum ini tiada tanah walau sekaki pun, tetapi adakah dengan alasan budi ini memberi lampu hijau untuk mereka memperbodohkan peneroka? Digula2kan dengan "elaun tetap"-sedangkan pinjaman! Tidak diterangkan secara telus, mana sebenarnya yang baik utk peneroka. -Felda Linggiu, Kota Tinggi, Johor-
Pelik kan? PM mahu org Felda maju. Sepatutnya peneroka disokong utk ambl alih ladang..dipantau, ditunjuk ajar..mana yang tdiak usahakan dengan betul, diberi surat amaran..Ladang tu geran atas nama peneroka..sepatutnya tiada paksaan & Felda seharusnya bangga dengan peneroka yang berusaha menaiktaraf hidup. Memang Felda banyak budi & bakti kepada org2 Felda yang sebelum ini tiada tanah walau sekaki pun, tetapi adakah dengan alasan budi ini memberi lampu hijau untuk mereka memperbodohkan peneroka? Digula2kan dengan "elaun tetap"-sedangkan pinjaman! Tidak diterangkan secara telus, mana sebenarnya yang baik utk peneroka. -Felda Linggiu, Kota Tinggi, Johor-
hahaha..ambik lah balik ladang pakcik tuu..pneroka mcm pkcik ni klau bawah jagaan saya mmg saya suruh ambik balik je..nak urus ladang sndiri silakan..tapi ape jadi kmudian hari jangan nk srah smula pd technoplant..reti malu skit..org melayu mmg tak tau besyukur..
lagi 1 pakcik suruh anak pakcik jadi staff technoplant.lagi bagus klu dapat kat tempat pakcik.pastu pkcik cadangkan pembahagian hasil ikut blok..tanya dia setuju ke tak dengan gaji yg dia dapat yg peneroka agung2 kan bahawa kami bayar gaji kamu...
Catat Ulasan