Jawapan:
Syarat untuk tanam semula ialah seperti berikut:
Sawit:
• Peneroka telah habis Bayaran Kembali
• Mendapat persetujuan JKKR
• Pendapatan peneroka kurang daripada RM800/bulan atau hasil kurang
daripada 13.6 tan sehektar setahun
• Mendapat kelulusan Jawatankuasa Tanam Semula Ibu Pejabat dan
Lembaga Felda jika tidak memenuhi syarat di atas dengan alasan yang
munasabah
• Ketinggian pokok melebihi 50 kaki (15 meter), bagi sawit
• Umur pokok yang dituai melebihi 25 tahun.
Getah:
• Peneroka telah habis Bayaran Kembali dan jika belum habis BK perlu
ditolak dari jualan kayu getah
• Mendapat persetujuan JKKR
• Pendapatan peneroka kurang daripada RM800/bulan atau hasil kurang
daripada 1000 kg sehektar setahun.
• Mendapat kelulusan Jawatankuasa Tanam Semula Ibu Pejabat dan
Lembaga Felda jika tidak memenuhi syarat di atas dengan alasan yang
munasabah
• Panel torehan parah dan tiada tempat lagi untuk ditoreh setelah
dilakukan ekploitasi hasil
2. Apakah faktor yang menentukan jenis tanaman sewaktu tanam semula?
Jawapan:
Jenis tanaman sewaktu tanam semula ditentukan oleh faktor-faktor berikut:
• Taburan hujan
• Jenis tanah
• Bentuk muka bumi
• Mengikut zon tanaman yang ditetapkan oleh badan berwajib (MPOB,
LGM, Jabatan Pertanian dan FELDA)
3 Adakah peneroka diberi pilihan untuk menentukan jenis tanaman
sewaktu tanam semula?
Jawapan:
Penjelasan dan perundingan bersama JKKR akan dilaksanakan terlebih
dahulu, berdasarkan faktor kesesuaian tanaman dan pulangan ekonomi
kepada peneroka sebelum jenis tanaman ditentukan.
4 Bolehkah peneroka menanam semula dengan dua jenis tanaman dalam
satu lot?
Jawapan:
FELDA tidak membenarkan peneroka menanam dua jenis tanaman dalam
satu lot kerana ia menyukarkan FELDA untuk mengurus kebun tersebut.
5. Apakah perlu dibuat pertukaran syarat penggunaan tanah bila berlaku
perubahan tanaman sewaktu tanam semula?
Jawapan:
• Ya, bila berlaku perubahan tanaman sewaktu tanam semula, pertukaran
syarat penggunaan tanah perlu di buat.
• Pertukaran ini dikenakan kadar bayaran yang ditetapkan oleh negeri
masing-masing seperti yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara dan
di bayar oleh peneroka.
3
6. Adakah semua peneroka diwajibkan mengambil sara hidup?
Jawapan:
Peneroka tidak diwajibkan mengambil sara hidup tetapi FELDA menyediakan
kemudahan ini bagi membolehkan peneroka membiayai perbelanjaan
keluarga sebelum kebun mengeluarkan hasil.
7. Bagaimanakah proses penjualan kayu getah dijalankan?
Jawapan:
Proses penjualan kayu getah adalah seperti berikut:
• Anggaran tan/ha kayu getah yang akan dikeluarkan akan dibuat terlebih
dahulu
• Urusan tender diuruskan oleh FELDA secara terbuka mengikut pecahan
blok dan ditawarkan kepada penender yang memberi harga tertinggi
• Pemborong hanya dibenarkan masuk kerja setelah wang belian kayu getah
dibayar sepenuhnya kepada peneroka
• Peneroka akan dibayar baki wang kayu getah setelah ditolak hutang
FELDA
• Mematuhi peraturan Surat Pekeliling TPB – Operasi 6/2007 bertajuk
Panduan Pengeluaran Kayu Getah.
8. Adakah kebun tanam semula di insuranskan ?
Jawapan:
Ya, kebun tanam semula akan di insurans dan dilindungi selagi peneroka
bersama FELDA dan membuat caruman dengan kadar RM10 seekar setahun,
bermula selepas siap kerja menanam. Kos insuran sebelum siap kerja
menanam dikira sebahagian kerja operasi tanam semula.
4
9. Bolehkah kerja tanam semula dilaksanakan dengan hanya
melibatkan sebahagian sahaja dari satu-satu peringkat di rancangan,
manakala sebahagian dari peringkat tersebut tidak ditanam semula?
Jawapan:
• Pembangunan tanam semula bagi sesuatu peringkat tidak boleh
dilaksanakan sebahagiannya kerana pelaksanaan secara berperingkatperingkat
akan menambah kos kerja tanam semula.
• Kerja tanam semula yang dilaksanakan secara berkelompok dapat
mengawal kos di tahap yang rendah dan kebun dapat diurus dengan
cekap
• Pelaksanaan penanaman secara berperingkat akan dibuat kajian terlebih
dahulu untuk dipertimbangkan jika terdapat alasan yang munasabah
10. Apakah status FELDA Technoplant Sdn. Bhd (FTPSB) dalam
pengurusan kerja tanam semula?
Jawapan:
FELDA Technoplant Sdn. Bhd (FTPSB) bertindak sebagai agen pengurusan
kerja tanam semula yang dilantik oleh FELDA.
11. Apakah rasional FELDA melantik FTPSB menguruskan tanam
semula?
Jawapan:
• FTPSB dilantik sebagai agen pengurusan tanam semula supaya kebun
peneroka dapat diurus secara berkelompok di bawah satu pengurusan.
• Mengurangkan kos kerana kebun diuruskan secara berskala besar.
• FTPSB mempunyai kepakaran untuk menguruskan kebun dengan berskala
besar.
• Meningkatkan pendapatan serta menjaga perpaduan masyarakat.
• Pengurusan oleh FTPSB adalah dikhususkan kepada ladang sahaja
dengan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP).
5
12. Bilakah kakitangan FTPSB ditempatkan di sesebuah rancangan
untuk membuat persiapan kerja tanam semula?
Jawapan:
Kakitangan FTPSB akan ditempatkan di sesebuah rancangan 3 bulan
sebelum kerja tanam semula bermula. Bagi rancangan yang menyediakan
tapak semaian penempatan kakitangan dilaksanakan setahun lebih awal.
13. Bolehkah kebun peneroka yang dipajak atau digadai, ditanam semula
oleh FELDA?
Jawapan:
• Boleh, kebun peneroka yang dipajak atau digadai boleh ditanam semula
oleh FELDA, dengan syarat peneroka menyelesaikan dahulu bayaran
pajakan dan gadaian serta tiada tuntutan oleh pemajak selepas bayaran
dibuat
• Bagi pajakan dan gadaian dengan institusi yang berdaftar, perundingan
dan persetujuan di antara FELDA, peneroka dan institusi berkenaan perlu
diperoleh
14. Bilakah peneroka perlu menandatangani surat perjanjian?
Jawapan:
Peneroka perlu menandatangani surat perjanjian setelah mendapat kelulusan
tanam semula oleh FELDA dan peneroka bersetuju dengan syarat yang
terkandung dalam surat perjanjian.
15. Siapakah yang boleh menandatangani surat perjanjian tanam semula
selepas peneroka meninggal dunia?
Jawapan:
Selepas peneroka meninggal dunia, pengganti akan dilantik dari kalangan
waris kadim atau pentadbir seperti yang diputuskan oleh Pentadbir
6
Pusaka/Pejabat Tanah. Pengganti peneroka tersebut berhak untuk
menandatangani surat perjanjian tanam semula berkenaan
16. Apakah jenis surat perjanjian yang digunakan untuk tanam semula?
Jawapan:
Peneroka hanya perlu menandatangani sejenis surat perjanjian sahaja iaitu
Surat Perjanjian Pengurusan Tanam Semula
17. Adakah generasi kedua diberi penerangan mengenai kandungan
surat perjanjian tanam semula?
Jawapan:
• Penerangan mengenai kandungan surat perjanjian tanam semula
diberikan semasa kempen tanam semula kepada semua pihak di
rancangan.
• Satu salinan surat perjanjian yang telah ditandatangani akan diberi
kepada peneroka
18. Mengapa FELDA meminta peneroka bersetuju mengkaveatkan tanah
peneroka dalam surat perjanjian tanam semula?
Jawapan:
FELDA perlu melindungi kepentingannya dan hak FELDA yang telah
mendahulukan perbelanjaan sewaktu tanam semula dilaksanakan.
19. Bilakah kempen dan penerangan tanam semula perlu dibuat?
Jawapan:
Kempen dan penerangan tanam semula dibuat setelah sesuatu rancangan
mendapat kelulusan tanam semula dari FELDA dan dua tahun sebelum kerjakerja
tanam semula dijalankan
20. Adakah peneroka dibenarkan mengambil hasil sebelum lotnya
ditebang?
7
Jawapan:
Peneroka hanya dibenarkan mengambil hasil sawit/getah sebelum sara
hidup dibayar.
21. Apakah peraturan FELDA terhadap pembeli yang berminat untuk
membeli batang dan pelepah sawit yang akan ditebang untuk ditanam
semula?
Jawapan:
Jualan akan dilakukan secara tender terbuka oleh FELDA dan hasilnya akan
dikembalikan kepada peneroka atau digunakan untuk menampung kos
pembangunan tanam semula.
22. Adakah semua peneroka dimestikan menyertai tanam semula
bersama FELDA?
Jawapan:
• Semua peneroka dikehendaki menyertai tanam semula bersama FELDA
secara berkelompok
• Ia memudahkan pemantauan dibuat oleh Felda, Jawatankuasa tanam
semula dan kos operasi dapat dikawal pada tahap yang sebaiknya
• Hutang lama dapat dikutip dan peneroka mendapat pendapatan yang
terjamin di bawah pengurusan Felda.
23. Apakah kriteria pemilihan kontraktor dan pemborong dalam
melaksanakan kerja tanam semula?
Jawapan:
Pemilihan kontraktor dibuat melalui tender yang diuruskan oleh FELDA.
Kontraktor dipilih berdasarkan kepada tawaran harga yang kompetitif,
berkemampuan dan berpengalaman.
24. Adakah koperasi diberi keutamaan dalam kontrak kerja tanam
semula?
Jawapan:
8
Koperasi yang kemampuan dan pengalaman akan diberi keutamaan untuk
menjalankan kerja tanam semula.
25. Adakah jalan pertanian dibuat dan diperbaiki semasa kerja tanam
semula?
Jawapan:
Jalan pertanian akan dibuat dan diperbaiki berdasarkan keperluan. Ia
menggunakan peruntukkan tanam semula dan jika tidak mencukupi ia akan
dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanam Semula supaya kos
tersebut dikira operasi kebun dan perlu ditanggung oleh peneroka.
26. Bolehkah FELDA memperbetulkan jajaran jalan pertanian yang
sedia ada?
Jawapan:
FELDA boleh membetulkan jajaran jalan pertanian mengikut keperluan
semasa dan kos akan dimasukkan ke dalam kos pembangunan tanam semula.
Kerja ini hanya melibatkan jalan pertanian kedua (subsidiary road) sahaja
dan tidak termasuk jalan utama (main road) serta tidak menjejaskan batu
sempadan.
27. Bolehkah FELDA mengambil tanah laterit dari lot peneroka untuk
menaik taraf jalan-jalan pertanian?
Jawapan:
FELDA boleh mengambil tanah laterit dari lot peneroka untuk menaik taraf
jalan pertanian setelah rundingan dibuat dan mendapat persetujuan dari
tuan lot
28. Adakah pandangan peneroka diambil kira sewaktu kerja
pembangunan tanam semula dibuat?
Jawapan:
9
Sudah tentu pandangan peneroka akan diambil kira sewaktu kerja
pembangunan tanam semula dibuat, asalkan pandangan tersebut disalurkan
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tanam Semula peringkat rancangan
29. Bilakah Jawatankuasa Tanam Semula mula ditubuhkan di peringkat
rancangan dan siapakah ahli-ahli jawatan kuasa mesyuarat tersebut?
Jawapan:
• Jawatankuasa Tanam Semula ditubuhkan selepas pokok sawit atau getah
mula ditebang
• Pengerusi Jawatan kuasa ialah Pengurus FELDA. Ahli-ahlinya terdiri
dari Pengurus FTPSB, Timbalan Pengerusi JKKR/Pengerusi JKKK,
Wakil setiap blok, Pengerusi Koperasi, GPW dan Belia
• Mesyuarat perlu diadakan sekurang kurangnya sekali sebulan
30. Bolehkah pengurus FTPSB menghadiri mesyuarat JKKR di peringkat
rancangan?
Jawapan:
Pengurus FTPSB boleh menghadiri Mesyuarat JKKR sebagai wakil undangan
jika dikehendaki oleh pengerusi.
31. Benarkah FTPSB mengaut keuntungan dan tidak dipulangkan
kepada peneroka? Adakah peneroka patut diberikan saham?
Jawapan:
• Sumber pendapatan FTPSB adalah melalui bayaran levi pengurusan
sebanyak RM10 seekar sebulan yang diterima dari FELDA semasa
tempoh pembangunan tanam semula
• Apabila kebun mula berhasil, peneroka akan dikenakan levi pengurusan
dengan kadar RM10 seekar sebulan
• FTPSB adalah anak syarikat FELDA Holdings di mana 51% kepentingan
ekuitinya dimiliki oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF)
10
• Peneroka akan mendapat keuntungan melalui dividen dan bonus yang
dibayar oleh KPF
• FTPSB adalah syarikat yang dilantik oleh FELDA sebagai agen
pengurusan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik
32. Di manakah tempat peneroka ingin mengadu jika tidak berpuas hati
dengan pengurusan kebun?
Jawapan:
Peneroka boleh membuat aduan mengenai urusan tanam semula melalui
Pengurusan rancangan FELDA, Jawatankuasa Tanam Semula Rancangan
dan JKKR/JKKK.
33. Adakah perlu pengurus FTPSB ditempatkan di setiap rancangan tanam
semula ?
Jawapan:
Pengurus FTPSB akan ditempatkan di setiap rancangan tanam semula
berdasarkan pada keperluan tugas
34. Bolehkah bayaran cukai tanah diuruskan oleh FTPSB?
Jawapan:
Peneroka perlu membayar sendiri bayaran cukai tanah dengan mematuhi
peraturan yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
35. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat bancian ke atas
batu sempadan?
Jawapan:
• Pengurus FELDA akan membuat bancian ke atas batu sempadan bersama
peneroka dan disahkan oleh Pengurus FTPSB. Kerja ini perlu disiapkan
sebelum kerja tanam semula.
Kerja mencari dan mengganti batu akan dimasukkan dalam sebahagian
kos pembangunan tanam semula.
11
36. Adakah peneroka layak untuk menuntut ganti rugi sekiranya kebun
tidak diuruskan dengan baik?
Jawapan:
• Denda akan dikenakan kepada pemborong sekiranya gagal menjalankan
kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan kutipan denda akan
dimasukkan ke dalam akaun peringkat.
• FELDA akan menentukan sebaik mungkin kerja tanam semula mengikut
Amalan Pertanian Baik (GAP)
37. Adakah mutu anak benih yang dikeluarkan oleh FELDA berkualiti?
Jawapan:
• Biji benih yang digunakan untuk tanam semula, dikeluarkan oleh anak
syarikat FELDA iaitu FELDA Agricultural Services Sdn. Bhd (FASSB).
Biji benih telah disahkan dan terbukti mempunyai kualiti yang tinggi.
• Penghasilan bahan tanaman adalah dari sumber biji benih yang baik dan
pengurusan tapak semaian yang sempurna dan terbaik dilaksanakan bagi
mengeluarkan bahan tanaman yang bermutu tinggi
• Penubuhan tapak semaian mendapat Sijil Oil Palm Nursery Certificate
(OPNC) yang dikeluarkan oleh MPOB
38. Adakah benih sawit dari pembekal lain selain daripada FELDA,
boleh digunakan sebagai bahan tanaman?
Jawapan:
Pembelian anak getah dan sawit dari pembekal lain tidak dibenarkan kecuali
mendapat kelulusan dari FELDA.
12
39. Apakah kemudahan yang masih diperolehi oleh peneroka setelah
kebun di tanam semula?
Jawapan:
Setelah kebun ditanam semula, peneroka layak mendapat insentif dan
kemudahan yang diberikan oleh FELDA seperti bonus produktiviti, pinjaman
pembesaran rumah, pinjaman pelajaran tinggi, SIUF dan lain-lain.
40. Adakah kawasan kosong dan paya perlu dimajukan semasa
pembangunan tanam semula?
Jawapan:
Ya, kawasan-kawasan tersebut akan dimajukan kerana ia adalah sebagai
langkah untuk mengawal serangan musuh dan penyakit.
41. Bagaimanakah pengagihan pendapatan dari ladang kepada waris
dibuat apabila peneroka meninggal dunia?
Jawapan:
Waris perlu mendapatkan persetujuan keluarga melalui pentadbir pusaka di
Pejabat Tanah. Hanya seorang sahaja akan dilantik sebagai pengganti dan
segala urusan kebun serta agihan pendapatan ladang diserahkan kepada
pengganti yang diiktiraf.
42. Adakah potongan jalan pertanian dikenakan kepada peneroka dalam
kerja-kerja menanam semula?
Jawapan:
• Pengurusan jalan pertanian merupakan salah satu aktiviti yang penting
dalam operasi ladang
• Segala perbelanjaan yang melibatkan jalan pertanian akan dikira sebagai
sebahagian daripada kos operasi ladang dan di puratakan mengikut
purata keluasan kebun
13
• Kos ini ditanggung oleh peneroka
43. Apakah faedah jangka masa panjang bagi peneroka yang tanam
semula bersama FELDA?
Jawapan:
Peneroka yang tanam semula bersama FELDA akan menikmati kelebihan
seperti berikut:
• Kebun diuruskan dengan sistematik dan baik untuk mendapat penghasilan
yang tinggi
• Peneroka mendapat pendapatan yang stabil setiap bulan
• Pengurusan berskala besar lebih menjimatkan kos berbanding
pengurusan secara individu
• Peneroka boleh menambah pendapatan dengan melibatkan diri dalam
usaha sampingan
• Bagi peneroka yang telah berusia, uzur, janda dan sebagainya, kebun
diuruskan dengan baik dan mereka hanya menerima pendapatan tetap
setiap bulan.
• Mengelakkan eksploitasi orang tengah seperti memajak, menyewa dan
membeli hasil tanpa kawalan harga.
• Peneroka mendapat khidmat dari FELDA yang mempunyai kepakaran
dalam pengurusan ladang
• Peneroka mendapat kemudahan pinjaman yang disediakan oleh FELDA
seperti SIUF, pinjaman pembesaran rumah, pinjaman pelajaran tinggi
dan sebagainya.
44. Bilakah kerja menanam mesti disiapkan?
Jawapan:
Dalam keadaan biasa, kerja menanam mesti disiapkan dalam tempoh enam
hingga lapan bulan dari tarikh mula tebang.
14
45. Berapa lamakah tempoh sulaman?
Jawapan:
Sulaman dilakukan dalam tempoh setahun selepas tanam semula. Bahan
tanaman Advance Planting Material (APM) akan digunakan bagi tujuan ini.
46. Adakah perlu peneroka membuat pengesahan siap tanam dan siap sulam?
Jawapan:
Peneroka perlu membuat pengesahan dalam tempoh 3 bulan selepas siap
tanam. Peneroka dianggap bersetuju sekiranya pengesahan tidak dibuat
dalam tempoh tersebut.
47. Bilakah ternakan perlu dikeluarkan apabila rancangan akan ditanam
semula dan apakah masa yang sesuai bagi ternakan dimasukkan kembali
ke kebun?
Jawapan:
• Bagi tanaman kelapa sawit, ternakan perlu dikeluarkan tiga bulan
sebelum kerja penebangan dilakukan. Ternakan dibenarkan masuk ke
kebun selepas pokok mencapai umur lapan tahun
• Bagi tanaman getah, ternakan dilarang sama sekali berada di dalam
kebun
48. Adakah peneroka dibenarkan untuk mengusahakan tanaman kontan
semasa tanam semula?
Jawapan:
• Peneroka digalakkan mengusahakan tanaman kontan selagi tidak
mengganggu urusan kerja tanam semula dan memberi kesan kepada
tanaman utama
• Peneroka perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FELDA.
15
• Tanaman hanya boleh diusahakan bagi tempoh tahun pertama
pembangunan sahaja. Antara tanaman kontan ialah tembikai, cili, jagung,
ubi keledek, labu, jenis sayur sayuran dan tanaman lain yang disyorkan
oleh agensi berkenaan
49. Bolehkah kadar pembajaan di kawasan kebun dikurangkan untuk
mengurangkan kos perbelanjaan operasi ladang?
Jawapan:
• Boleh, setelah mendapat kelulusan FELDA seperti syor yang dibuat oleh
FELDA Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB). Ini kerana kos baja
merupakan 35 -40 % daripada kos operasi ladang. Pembajaan
merupakan elemen yang penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi.
Pengurangan kadar baja akan menjejaskan pertumbuhan pokok yang
turut menjejaskan hasil.
50. Bolehkan ahli blok bekerja atau menjadi kontraktor di blok sendiri?
Jawapan:
Ahli blok amat digalakkan untuk bekerja atau menjadi kontraktor di blok
sendiri tetapi perlu mematuhi penentuan kerja dan spesifikasi yang ditetapkan.
51. Bagaimana hendak menggalakkan penyertaan dan penglibatan
peneroka dan koperasi dalam pelaksanaan kerja-kerja tanam semula?
Jawapan:
Peneroka digalakkan bekerja dengan kontraktor yang dilantik oleh FELDA
atau sebagai buruh harian, terutama bagi kerja yang tidak melibatkan
mekanisasi
16
52. Adakah benar dakwaan peneroka bahawa bayaran sara hidup yang
diberi oleh FELDA menyebabkan peneroka menanggung hutang seumur
hidup?
Jawapan:
• FELDA menyediakan kemudahan sara hidup kepada peneroka yang
tanam semula. Terpulang kepada peneroka untuk memilih sama ada
mengambil sara hidup atau tidak. Sara hidup merupakan pendapatan
sementara sebelum kebun berhasil untuk menampung perbelanjaan
keluarga dan dikira sebagai hutang peribadi. Sara hidup di bayar
apabila kawasan kebun mula ditebang
• Peneroka tidak menanggung hutang seumur hidup dan perlu dibayar
dalam tempoh 15 tahun. Bayaran akan dikutip daripada hasil ladang
53. Adakah FELDA memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja
tempatan terutama para belia, dalam kerja-kerja ladang?
Jawapan:
FELDA sentiasa menggalakkan penglibatan pekerja tempatan terutama belia
dalam melaksanakan kerja-kerja ladang sama ada bekerja dengan koperasi,
pemborong yang di lantik atau pun mengambil kontrak secara individu
54. Apakah langkah jangka panjang yang diambil oleh FELDA untuk
mengatasi masalah tenaga kerja di kebun?
Jawapan:
FELDA menggalakkan penglibatan belia dan warga peneroka dalam urusan
kerja kebun dengan menjadikan kerja ladang menarik bagi mereka dan boleh
mendatangkan pendapatan lumayan. Ini dilakukan dengan menambah baik
kemudahan dan prasarana, meningkatkan penggunaan teknologi baru dan
mekanisasi ladang serta mengadakan insentif seperti elaun rumah, motor,
EPF dan Socso.
17
55. Apakah peranan peneroka sebagai tuan tanah dalam memastikan
kerja tanam semula dapat dilaksanakan dengan baik?
Jawapan:
• Peneroka perlu mengesahkan batu sempadan
• Peneroka boleh memantau dan memberi teguran kepada FTPSB melalui
Mesyuarat Jawatan Kuasa Tanam Semula di rancangan
• Peneroka perlu mengesahkan bilangan dirian pokok mencukupi selepas
kerja menanam telah disiapkan.
• Peneroka yang berupaya digalakkan bekerja di lot sendiri dan akan
dibayar upah kerja.
56. Apakah tindakan yang diambil oleh FELDA untuk memperbaiki
mutu kerja tanam semula oleh FTPSB?
Jawapan:
FELDA telah mengenal pasti terdapat beberapa kelemahan yang berlaku di
dalam mutu kerja tanam semula adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:-
• kekurangan tenaga kerja ladang
• kemampuan pemborong
• mutu pengawasan dan penguatkuasaan
• kemahiran mengurus
Oleh itu tindakan yang diambil oleh FELDA adalah :
• menambah tenaga buruh melalui kemasukan buruh asing
• melibatkan tenaga kerja tempatan terutama warga FELDA
• warga FELDA digalakkan turut sama menyertai kerja-kerja ladang
sebagai usaha menambah pendapatan
• kecekapan badan-badan peneroka khususnya koperasi dipertingkatkan
melalui khidmat nasihat dan bimbingan
• mengambil tindakan ke atas kakitangan yang lemah
18
• mengenakan denda kepada pemborong yang cuai atau tidak menurut
spesifikasi kerja dan menamatkan pemborong yang lemah atau
mengecilkan kawasan kerja bagi pemborong yang kurang berkemampuan
• meningkatkan kesedaran para peneroka terhadap mutu ladang yang baik
dan penghasilan yang tinggi
57. Bolehkah pewaris yang menggantikan ibu bapa (peneroka) yang telah
meninggal dunia, memajak atau menggadai tanah yang sedang
diuruskan oleh FTPSB?
Jawapan:
• Pewaris tidak dibenarkan memajak atau menggadai kebun yang diuruskan
oleh FTPSB kerana sekatan kepentingan di dalam hak milik yang
ditetapkan oleh kerajaan negeri.
• Peneroka juga masih berhutang Bayaran Kembali dengan FELDA.
19
KEWANGAN
1 Berapakah kadar bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibayar
kepada peneroka?
Jawapan:
• Peneroka diberi bantuan sara hidup dan pendahuluan pendapatan bagi
membantu mereka meneruskan kehidupan sementara menunggu pokok
berhasil.
• Kadar bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil adalah mengikut
Arahan Kewangan Bil. 15 seperti jadual di bawah.
Tahun Kadar Seekar/Sebulan Catatan
Kelapa Sawit
1 RM100
2 RM120 Sara hidup
3 RM130
4 hingga 5 RM140 Pendahuluan
6 hingga 8 RM150 Pendapatan
Getah
1 RM100
2 RM120 Sara hidup
3 hingga 6 RM130
2 Bagaimanakah kadar bayaran ini ditentukan?
Jawapan:
Kadar bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil ditentukan berdasarkan
kepada kajian purata keperluan perbelanjaan sesebuah keluarga dan
pendapatan yang melebihi paras kemiskinan negara.
20
3 Adakah FELDA akan membayar pendahuluan hasil kepada peneroka
yang tidak mengambil sara hidup tetapi bersetuju kekal dengan FELDA
selepas 36 bulan.?
Jawapan:
FELDA akan membayar pendahuluan hasil seperti kadar yang telah
ditetapkan melalui Arahan Kewangan Bil. 15.
4 Apakah kaedah penentuan bayaran sara hidup, sama ada mengikut
keluasan atau pegangan (luas)?
Jawapan:
• Kadar bayaran sara hidup dibayar mengikut saiz pegangan (holding size)
di sesebuah rancangan.
• Saiz pegangan adalah purata keluasan individu sepertimana dalam
perjanjian sama ada 8, 10, 12 atau 14 ekar.
5 Berapa lamakah tempoh sara hidup dibayar bagi peneroka getah?
Jawapan:
• Bayaran sara hidup peneroka getah diberi sehingga 72 bulan (6 tahun)
atau pokok getah mula mengeluarkan hasil, yang mana lebih dahulu.
6 Siapakah yang berhak mengeluarkan hasil selepas wang jualan kayu getah
dibayar kepada peneroka?
Jawapan:
• Hasil tersebut akan diuruskan oleh FELDA setelah peneroka mendapat
bayaran wang kayu getah sepenuhnya dan bayaran sara hidup.
• Hasil tersebut akan diuruskan dan dimasukkan ke dalam akaun FELDA
mengikut Surat Pekeliling TPB (Operasi) Bil 6/2007 bertajuk Panduan
Pengeluaran Kayu Getah.
21
7 Bolehkah cukai ses getah (wang potongan bantuan tanam semula getah)
dikembalikan kepada peneroka?
Jawapan:
Tidak. Kutipan ses diurus oleh RISDA melalui jualan hasil getah sebanyak 14
sen sekilogram. Wang ses digunakan untuk membiayai kos pembangunan
tanam semula yang didahulukan oleh FELDA, sama ada tanaman dari getah
ke getah atau getah ke sawit. Kadar yang diterima pada masa sekarang
adalah RM 7,000 sehektar bagi tanaman getah ke getah manakala sawit ke
getah adalah RM6,000 sehektar.
8 Bilakah potongan wang tabung tanam semula kali kedua dibuat?
Jawapan:
Potongan wang tabung tanam semula kali kedua akan mula dikutip apabila
pokok mula berhasil dengan kutipan sebanyak RM10 seekar sebulan bagi
tempoh 20 tahun.
9 Bolehkah paysheet individu diwujudkan bagi peneroka tanam semula
sendiri?
Jawapan:
Boleh kerana ini adalah usaha menarik minat peneroka untuk menyertai
tanam semula bersama FELDA dan mereka berpeluang menikmati
kemudahan yang disediakan oleh FELDA
10 Mengapakah levi pengurusan kebun yang diuruskan oleh FTPSB
dikenakan kepada peneroka?
Jawapan:
• Bagi sawit, levi pengurusan dikenakan kepada peneroka sebagai bayaran
kos pengurusan atau kos pentadbiran bagi menguruskan kebun secara
komersial. Ianya ditanggung oleh FELDA mulai bulan pertama hingga
36 bulan. Mulai bulan ke 37 dan seterusnya, levi akan dikenakan kepada
22
peneroka dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kos operasi
ladang.
• Bagi getah pula, levi pengurusan ditanggung oleh FELDA bagi bulan
pertama hingga 72 bulan atau berhasil. Mulai bulan ke 73 atau mula
berhasil dan bulan seterusnya, levi akan dikenakan kepada peneroka dan
dimasukkan sebagai sebahagian kos operasi ladang
11 Berapakah kos pembangunan semasa tanam semula sawit dan getah?
Jawapan:
• Bagi kelapa sawit, kos sebenar tanam semula adalah berdasarkan harga
tender. Pada asasnya purata yang digunakan ialah RM5,200 sehektar
bagi tempoh 36 bulan dari mula tebang.
• Bagi getah, kos sebenar tanam semula juga berdasarkan harga tender.
Pada asasnya purata yang digunakan ialah mengikut jumlah bantuan
RISDA RM7,000 sehektar bagi tempoh 72 bulan dari mula tebang.
12 Adakah peneroka akan dikenakan kos pembangunan tambahan
sekiranya peruntukan tidak mencukupi?
Jawapan:
Bagi tanaman kelapa sawit, kos pembangunan tambahan tidak dikenakan.
Bagi tanaman getah ke sawit, kos pembangunan tambahan akan ditanggung
oleh peneroka kerana tiada caruman dibuat oleh peneroka getah dalam
Tabung Tanam Semula.
13 Apakah yang dikategorikan sebagai kos tanggungan bersama (common
cost) dan kos tanggungan individu?
Jawapan:
• Kos tanggungan bersama ialah kos yang digunakan untuk kerja
pembangunan tanam semula yang melibatkan aktiviti secara berkelompok
di mana faedah diperoleh secara bersama seperti membuat jalan
pertanian, pembetung, parit serta kawalan musuh dan penyakit.
23
• Kos tanggungan individu ialah sara hidup dan pendahuluan hasil sahaja
14 Berapakah bayaran upah yang diperolehi oleh peneroka jika ingin
bekerja sendiri di kebun?
Jawapan:
Peneroka yang bekerja sendiri di kebun akan dibayar upah mengikut kadar
semasa yang telah disyorkan oleh Malayan Agricultural Producers
Association (MAPA). Tambahan insentif ialah seperti SOCSO, elaun
kehadiran, elaun motor, elaun tempat tinggal, rawatan di hospital kerajaan,
KWSP dan cuti tahunan bergaji mengikut kelayakan.
15 Bilakah akaun tanam semula dikunci dan bilakah peneroka mendapat
pendapatan sebenar setelah dikunci?
Jawapan:
• Akaun tanam semula dikunci apabila kadar Bayaran Kembali di bawah
RM150/peneroka sebulan, mengikut perkiraan berdasarkan keluasan 10
ekar. Kebiasaannya ini berlaku pada awal tahun keempat berhasil
• Peneroka mendapat pendapatan bersih apabila pendapatan kebun ditolak
dengan kos operasi semasa dan Bayaran Kembali.
16 Bolehkah penyata hutang peneroka di bentangkan setiap bulan di
mesyuarat jawatan kuasa tanam semula?
Jawapan:
• Mengikut surat perjanjian tanam semula, penyata hutang peneroka akan
dibentangkan setiap tiga bulan selepas titik pulang modal
• Perbelanjaan sebenar boleh didapati setiap bulan dengan merujuk kepada
pengurusan FELDA atau FTPSB di rancangan
• Wakil blok digalakkan untuk memaklumkan penyata perbelanjaan kepada
ahli melalui mesyuarat blok
24
17 Bagaimana bayaran lebihan hasil dilaksanakan dan siapakah yang layak
mendapat bayaran tersebut?
Jawapan:
• Lebihan Hasil bermaksud pendapatan daripada hasil setelah ditolak kos
operasi kebun, Pendahuluan Hasil (PH) yang didahulukan oleh FELDA
serta Bayaran Kembali Sementara (BKS) yang ditetapkan. Jika terdapat
lebihan, maka ia akan dibayar kepada peneroka setiap akhir bulan
berikutnya
• Penentuan bayaran lebihan hasil adalah bergantung kepada perolehan
hasil yang melebihi 15 tan sehektar setahun (atau 1.4 tan sebulan) dan
harga semasa di paras tidak kurang RM500 se tan
18 Bolehkah sistem akaun peneroka tanam semula ini dibuat secara
individu atau blok, selain daripada sistem kelompok secara berperingkat?
Jawapan:
Sistem akaun peneroka tanam semula tidak boleh dibuat secara individu
tetapi dibenarkan secara blok. Kos operasi akan dipuratakan mengikut
peringkat atau blok yang meliputi kos kutipan (tuai dan angkut). Pendapatan
peneroka berdasarkan hasil yang diperolehi mengikut blok masing-masing
dan lebihan pendapatan berdasarkan keluasan lot peneroka
19 Bolehkah peneroka memohon tambahan bayaran pendahuluan hasil?
Jawapan:
Tambahan bayaran pendahuluan hasil tidak boleh dilaksanakan.
Pendahuluan Hasil (PH) akan dibayar mengikut ketetapan yang diputuskan
seperti Arahan Kewangan Bil. 15.
25
20 Bilakah tempoh yang diperlukan untuk melunaskan bayaran kembali
dan bagaimanakah penentuan bayaran kembali dibuat?
Jawapan:
• Bayaran kembali boleh dilunaskan dalam tempoh 15 tahun berdasarkan
akaun individu. Bayaran ini ditolak daripada penjualan hasil kebun
• Jumlah bayaran kembali ialah termasuk sara hidup, pendahuluan hasil
yang diambil oleh peneroka serta kos operasi ladang, setelah di campur
dengan kadar faedah 6.25% yang dikenakan sekali sahaja ke atas jumlah
tersebut.
21 Mengapa berlaku bayaran lebihan hasil yang berbeza bagi dua peringkat
yang dituai pada tahun yang sama?
Jawapan:
Keadaan ini berlaku disebabkan perolehan hasil dan kos operasi yang
berbeza bagi setiap peringkat.
22 Adakah kebun peneroka yang telah berhasil dan ditutup kira-kira
dilindungi oleh insurans?
Jawapan:
Ya, semua kebun peneroka diinsuranskan selagi bersama FELDA dan
peneroka dikehendaki mencarum dengan kadar RM10 seekar setahun
23 Adakah hutang lama peneroka generasi pertama diambil kira setelah
kawasan kebun tanam semula berhasil?
Jawapan:
• Ya, hutang lama peneroka seperti BK, baja, CAC dan lain-lain diambil
kira sebagai BK apabila kebun yang telah ditanam semula berhasil.
• BK tersebut perlu dibayar oleh peneroka atau pengganti peneroka.
26
TANAM SEMULA SENDIRI
1 Kenapa peneroka tidak dibenarkan untuk membuat kerja tanam semula
sendiri?
Jawapan:
Kelebihan membuat kerja tanam semula bersama FELDA ialah:
• Pengurusan kebun dijalankan secara berkelompok.
• Kos dapat dikawal di tahap yang rendah
• Kebun diurus secara profesional
• Menggunakan bahan tanaman yang dijamin berkualiti
• Pengurusan lebih berpengalaman
• Sumber dana yang sedia ada
2 Bolehkah peneroka yang tanam semula sendiri mengeluarkan wang
tabung tanam semula?
Jawapan:
• Bayaran tanam semula sendiri akan diberikan dalam bentuk tunai
sebanyak RM850/ekar setelah disahkan oleh pengurusan FELDA bahawa
peneroka berkenaan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Manakala bakinya akan diberi dalam bentuk input pertanian seperti baja,
kimia dan kos membaiki jalan pertanian yang diuruskan oleh FELDA.
• Rujuk surat pekeliling TPB- Operasi 2/2008 bertajuk Kaedah Baru
Bayaran Tanam Semula Sendiri Berbentuk Bahan bagi baki RM850
Seekar Kepada Peneroka.
3 Adakah pokok asal peneroka yang tanam semula sendiri akan
dikekalkan sekiranya peneroka tersebut menyertai tanam semula sendiri
dengan FELDA?
Jawapan:
FELDA akan mengesahkan terlebih dahulu sumber bahan tanaman yang
ditanam dan juga keadaan kesuburan pokok serta hasil diperoleh. Sekiranya
27
sumber bahan tanaman diragui, FELDA akan menggantikan dengan bahan
tanaman yang bermutu tinggi
4 Bolehkah perbelanjaan peneroka tanam semula sendiri yang baru
menyertai FELDA dikira sama seperti kos pembangunan peneroka yang
telah lama tanam semula bersama FELDA?
Jawapan:
• Kos operasi peneroka yang baru dan lama tanam semula bersama FELDA
dikira secara berasingan.
• Jika pemulihan dilaksanakan oleh FELDA, kos dikira mengikut akaun
individu.
• Jika pemulihan dilaksanakan oleh FTPSB, akaun peneroka akan
dipecahkan mengikut tiga kategori iaitu peneroka ambil alih, peneroka
belum tanam semula dan peneroka tanam semula sendiri.
• Kos bersama seperti jalan pertanian, parit dan kawalan musuh &
penyakit akan ditanggung oleh semua peneroka yang terlibat.
5 Bolehkah peneroka yang tanam semula sendiri menyertai program
tanam semula bersama FELDA?
Jawapan:
Ya, peneroka tersebut boleh menyertai tanam semula bersama FELDA.
Pemeriksaan akan dibuat oleh Pengurus FTPSB bagi memastikan sumber
bahan tanaman berkualiti dan keadaan pokok subur. FELDA akan menanam
semula sekiranya didapati bahan tanaman asal diragui dan keadaan pokok
tidak subur.
6 Adakah Peneroka yang tanam sendiri patut menanggung kos penjagaan
jalan pertanian dan lain-lain kos sebagaimana yang dikenakan kepada
peneroka yang tanam semula dengan FELDA?
Jawapan:
28
• Ya, peneroka yang tanam semula sendiri juga menggunakan jalan
pertanian tetapi pada masa sekarang mereka tiada sumbangan dalam
penjagaan jalan pertanian.
• Pengurusan FELDA dengan kerjasama JKKR, JKKK atau Pertubuhan
Peneroka perlu berunding dengan peneroka tanam semula sendiri untuk
membuat kutipan sementara bagi menyelenggarakan jalan pertanian dan
kerja-kerja lain seperti membaiki parit, pembersihan sempadan serta
kawalan musuh dan penyakit.
7 Benarkah dakwaan peneroka yang tanam semula sendiri memperoleh
pendapatan yang lebih tinggi berbanding peneroka yang diurus oleh
FTPSB?
Jawapan:
• Dakwaan ini tidak benar kerana pendapatan peneroka yang kebunnya
diuruskan oleh FTPSB merupakan pendapatan bersih setelah ditolak
kesemua kos operasi ladang.
• Pendapatan peneroka tanam semula sendiri pula merupakan pendapatan
kasar yang belum ditolak kos operasi.
8 Kenapakah wang tabung tanam semula tidak dipulangkan kesemuanya
kepada peneroka yang tanam semula sendiri?
Jawapan:
• Peneroka mencarum untuk tabung tanam semula sebayak RM4.00 se
ekar selama 20 tahun. Purata keseluruhan caruman peneroka adalah
RM8,500 bagi peneroka yang memiliki 10 ekar kebun.
• FELDA memulangkan semua wang caruman kepada peneroka dalam
bentuk tunai sebanyak RM850/ekar atau RM8,500 bagi seorang peneroka.
• Bakinya wang tersebut dibiayai oleh FELDA tetap dipulangkan kepada
peneroka tanam semula sendiri tetapi dalam bentuk bahan input pertanian
1 ulasan:
Boleh kah tanah peneroka FELDA dijual/beli dan apakah prosedur/proses nya?
Catat Ulasan